Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Thursday, May 19, 2016

#MovieReview : X-Men: Apocalypse Mungkin Superhero Terlajak Cool


 Assalamualaikum & hello there,

Perasan tak tahun ni banyak sangat movie keluaran Marvel. Cerita superhore bergolak dari Batman V Supermen lepas tu Captain America dan minggu ini deman X-Men. Semalam BBL sempat tonton movie X-men lepas balik event Blogger Hunt 2016 anjuran Alam Flora. Jom baca #MovieReview X-Men: Apocalypse 2016.

Trailer X-Men: Apocalypse



Sinopsis X-Men: Apocalypse

Sekual X-Men: Apocalypse yang menelan bajet $234 juta bermula kisah asal usul kewujudan mutan sejak 3100 BC. Disembah sebagai tuhan sejak awal tamadun, Apocalypse abadi En Sabah Nur menjadi mutan yang pertama dan yang paling berkuasa pada era kegemilangan Mesir Purba. Waktu ni, mutan Four Housemen sentiasa melindungi En Sabah Nur namun mereka terbunuh semasa proses reborn En Sabah Nur akibat kianat oleh pemyembah dia sendiri.


Selepas beribu-ribu tahun, En Sabah Nur bangkit di Kaherah. Kemudian dia mula merekrut Storm sebagai pembantunya. Untuk menguatkan kuasa veto, mutan Psylocke, Angel dan Magneto menyertai misi En Sabah Nur untuk mewujudkan pemerintahan dunia baru (new world order).

Dalam masa sama, Profesor X dan Raven mengetuai pasukan muda X-Men untuk menghentikan musuh yang seolah-olah kebal dimusnahkan oleh manusia. Bersama mereka ialah Cyclops, Jean Grey, Nightcrawler, Beast dan Quicksilver membantu melawan Apocalypse En Sabah Nur. Akhirnya master mutan ini mati selepas Jean Grey melepaskan semua tenaga dirinya.


Hujung cerita dunia mula merima mutan sebagai superhorse baru selepas berjaya menyelamatkan bumi dari kehancuran kiamat oleh En Sabah Nur.

- Tamat -


Komen BBL


1. One of the coolest superhero movies this year

Tak sakit kepala seperti Batman V Superman dan boring macam Captain America: Civil War, movie X-Men: Apocalypse lebih santai walaupun starting celaru sikit. Yelah, duk cerita kissah setiap mutan sebelum mereka semua bertemu sama ada jadi team baik atau team jahat. Bagi BBL, jalan cerita forward tanpa adegan throwback. Senang cerita tersangat best!


2. Manusia dengan kelebihan superpower

Profesor X ni ada private sekolah – mostly student adalah mereka yang ada bakat luar biasa. Bukan bakat boleh nyanyi lagu Sudah Ku Tahu dalam bilik air atau bakat mengayam ketupat dengan mata tertutup tapi kebolehan baca minda orang, hilang & pindah tempat lain tanpa guna pintu Doraemon, berlari sepantas kilat dan bertukar bentuk (jadi lelaki & perempuan). Sekali teruju pulak boleh masuk sekolah Profesor X ni.


3. Terkejut…kelakar..stress..gempak = X-Men: Apocalypse

Rasanya semua elemen kat atas ada movie X-Men: Apocalypse. Dari zaman tamadun Mesir hinggalah kehancuran dunia oleh En Sabah Nur, timelapse sangat awesome. Lagi pun scene fight mutan Apocalypse tak terlampau overdose macam Superman V Batman. Part kelakar ada sikit-sikit bila Nightcrawler sangat nerd bila Cyclops usik. Oh ya, Quicksilver sangat sempoi walaupun kekadang rasa jealous dia boleh berlari sepantas kilat.


4. Wolverine bukan watak utama X-Men

Dalam kepala BBL, sebut XMen mesti terlintas watak Wolverine dengan bilah pisau kat celah jari. Sebelum ni, Wolverine adalah satu-satunya watak wajib dalam setiap filem X-Men tetapi jika korang perasan scene dia kejap je dalam sekual Apocalypse. Dia nak bersara eh?


Bintang BBL




Totally 350% terlajak laris BBL cadangkan korang tonton X-Men: Apocalypse kerana anda akan merasai sepenuhnya kuasa superhero. Tipu je. BBL tengok semalam, itu pun kecik hati tak menang premier screening X-Men: Apocalypse. Certain cinemas utama area lembah Klang dah mula showing in X-Men: Apocalypse bermula malam tadi walaupun official date realase Malaysia sepatutnya hari ni kan.

Apa lagi pergi book cepat tiket X-Men: Apocalypse sebelum sold out untuk weekend ini.


BBL ~ Warcraft upcoming next 

()


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....


1 comment:

  1. Dh tgok smlm. Mmg best & ada part kelakar , part ngeri semua ada . 5 bintang!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...