Kenapa Saya Bangga Menjadi Rakyat Malaysia

11:48 AM

Selamat Hari Kebangsaan Malaysia

Pejam celik kita dah 60 tahun merdeka bermula tanggal 31 Ogos 1957. Sejak era pemerintahan perdana menteri pertama Tunku Abdul Rahman, rakyat Malaysia hidup dalam satu negara yang mempunyai pelbagai kaum iaitu Melayu, Cina, India, pribumi Sabah & Sarawak. Atuk nenek selalu pesan supaya saling hormat satu sama lain walaupun berbeza latar belakang budaya, agama, adat resam dan kefahaman kerana mereka juga penduduk yang berbangga menjadi warganegara Malaysia.




Namun apa yang lebih seronok menjadi rakyat Malaysia tak lain ialah

1. Semua makanan adalah favorite 

Bila sebut pasal makan memang berpisah tiada dengan BBL. Mulakan sarapan pagi dengan Roti Nan bersama Putu Mayam, tengahari boleh lunch Mee Cantonese dengan Dim Sum dan belah malam pekena Nasi Lemak special. Yang bestnya semua penduduk Malaysia ada makanan favorite kaum lain seperti orang cina sukakan Nasi Kerabu, orang Melayu sangat suka makan capati dan kaum India suka kuih bulan. Senang cerita anda tak akan putus makanan sedap dalam Malaysia


2. Ada banyak cuti perayaan

Tiada yang lebih seronok bila dapat cuti time Hari Merdeka, Tahun Baru Cina, Thaipusam, Deepavali, Hari Krismas, Hari Wesak, Hari Raya Puasa & Haji, Maulidul Rasul dan banyak lagi cuti lain. Tahu tak Malaysia antara negara paling banyak cuti umum sebanyak 14 hari setahun. Negara lain mana ada..bertuah jadi orang Malaysia asyik ada je cuti umum dalam sebulan. Bila musim raya, semua kawan-kawan lain bangsa datang ziarah rumah. Contohnya time raya puasa, mesti kawan kerja bangsa India, Cina, Sabah, Sarawak datang ke rumah makan lemang, ketupat, rendang, sate, lontong, nasi himpit kuah kacang. Bila Tahun Baru Cina pulak confirm dapat ampau dengan buah limau dari jiran sebelah. Bestnya..


3. Semua tempat cantik-cantik

Dari Perlis sampailah Sabah, Malaysia memang banyak tempat menarik dan seronok. Tak perlu pergi luar negara. Jalan je dalam Malaysia dah cukup puas tengok panorama indah. Contohnya kita ada bangunan berkembar KLCC tertinggi di dunia kat Kuala Lumpur, pantai cantik kat Terengganu, nak sejuk boleh ke Genting Highland Pahang, snorkeling dengan ikan nemo kat Pulau Simpadan Sabah, taman tema Legoland pun seronok di Johor dan bendang sawah di Kedah


BBL juga berbangga dengan jenama tempatan yang ramai diguna oleh suri rumah Malaysia dan terkenal di luar negara seperti produk elektonik KHIND. Kat rumah pun ada satu KHIND Electric Oven Toaster yang selalu mak guna untuk bakar biskut coklat dan size sangat besar 22L. Boleh bakar dua dulang dalam satu masa.


Bertambah bangga juga melihat anak tempatan kini mempunyai label fesyen sendiri seperti Kurta Al Fattah oleh AMAR AMRAN ini. Dibuat dari fabrik Itallian cotton memang selesa dan sejuk sesuai dengan cuaca Malaysia. Sebab itu BBL mempunyai satu kurta Amar Amran untuk Raya Aidil Fitri lepas


Sekarang ni Lazada nak berkongsi rasa cinta kepada negara bersama anda dalam promosi Merdeka! Merdeka! Sales dengan diskaun 80% produk kebangaan tempatan. Promosi bermula 25 hingga 31 Ogos 2017 ini sahaja. Jom kita sokong produk Malaysia!



You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. setuju dgn semua sebab tuu :D makanan, cuti, tempat menarik!

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. Hmm, memandangkan sekarang kat negara orang lain. Saya rasa point nombor satu tu paling legit. Makanan meriah and the best! Proud to be Malaysian. Selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-60!

    ReplyDelete
  3. Semua negeri memang best tetapi negeri saya iaitu Sabah ialah negeri yang paling best sama sekali! 😍

    ReplyDelete