Kenangan Manis Lepak Atas Yacht Bersama Your Cruise Sensation
7:31 AMAssalamualaikum & hello people..
Kita sambung lagi aktiviti BBL buat di Langkawi tempoh hari. Lepas breakfast kat villa Rouhi Retreat, kami terus ke Langkawi Yacht Club - lokasinya betul-betul sebelah Jeti Kuah. Cantik amat lobi yacht club ni. Dari sini boleh nampak bermacam jenis yacht yang berlabuh sekitar dek jeti. Ada kecik, ada sederhana & besar macam kat Miami tu. Mostly yacht milik pelancong asing & juga rakyat Malaysia yang mempunyai hobi mahal ni.
Plan hari ni nak island tour bersama Your Cruise Sensation. Siapa je tak excited dapat naik kapal sambil sunbath ala mat salleh. Hahaha
Sementara tunggu team Your Cruise Sensation bersiap sedia dengan yacth untuk sesi tour mengelilingi sekitar tempat menarik dalam Pulau Langkawi, kami sakan pose gambar ala-ala mat salleh. Ha jangan lupa pakai sunblock dulu. Lagi bagus 30 minit sebelum expose dengan cahaya matahari. Al maklumlah..bila cuaca cantik memang gambar jadi lawa. Bak kata kawan, demi sekeping gambar sanggup berpanas.
Since dari mula-mula plan nak datang Langkawi memang dah pakat pakai baju tema putih. Baru ada gaya kan. Lebih kurang jam 10 pagi macam tu, anak kapal Your Cruise Sensation menjemput kami ke yacht. Fuh excited habis. Tada ini lah dia yacth yang kami naik tu. Boleh muat 20-25 pax dalam satu masa.
Sedikit tentang yacth kami naik ni jenis model Sailing Catamaran / Manta Blu 57. Panjangnya 17.37 meter dengan enjin kapasiti Vetus VH4085. Boleh memecut kelajuan hingga 10 kt. Dalam yatch ni ada 4 kabin & 4 toilet untuk kemudahan tetamu serta anak kapal.
Pakej tour bersama Your Cruise Sensation akan ambil masa 4 jam dari Langkawi Yacth Club mengelilingi beberapa pulau sekitar Langkawi. Tahu kan, Langkawi ada 99 buah pulau kesemua sekali. Boleh refer route bawah ni. Memang seronok sebabnya dapat tengok pemandangan sisi lain pulau permata Kedah ni.
Your Cruise Sensation offer dua pakej - Day Cruise selama 4 jam dari 10 pagi sampai 2 petang & Sunset Cruise dari jam 4 petang hingga 8 malam. Korang nak tengok sunset dari atas yacth boleh pilih pakej sunset. Harga cruise termasuk la
- Sesi santai di loby RLC
- Sesi penerangan & tour oleh anak kapal
- Kapten kapal & anak kapal
- Buffet makanan dengan free flow drinks
- Salt jacuzzi (tuala mandi & life jacket)
- Perlindungan insurance
First stop kami dari jeti terus ke ikon Pulau Langkawi - dataran Helang. Fuh retis habis snap gambar atas yacth berlatar belakang burung helang ni. Ha meh BBL belanja sikit gambar. Meh la cuba bila datang Langkawi...
Dah puas bergambar, kapten bawa kami terus ke destinasi ke dua menyurusi laut Selat Melaka ke Pasir Dagang. Sambil tu kapten explain la tempat-tempat menarik sekitar perjalanan tu. Contoh macam kalu pass by pulau, kapten bagitau tu pulau apa. Oh ya BBL perasan ada doplhin tau tapi tak sempat nak ambil gambar sebab kalut duk bergambar atas kapal. hahaha
Salt Jacuzzi TERBAIK!
Sebenarnya tak perasan ada aktiviti Salt Jacuzzi, sampai la anak kapal bagitau okay semua standby tukar baju sebab kita nak berenang. Mula cam pelik, macam mana nak berenang dengan kapal tengah bergerak ni. Rupanya ada jaring kat belakang kapal. So semua akan tersangkut atas jaring ala-ala ikan Selayang. Yang penting jangan takut sebabnya kena pakai life jacket & ada safety staff akan monitor anda sepanjang atas salt jacuzzi tu.
Nak tahu siapa orang pertama turun? Of course la BBL yang rasmi dulu! Fuh memang terbaik la. Sambil terdampar atas air dibawa arus laut. Lagi seronok bila beramai-ramai ni. Masing-masing sakan ketawa buat lawak. Terbahak sampai masuk air laut. Oh ya, nak lagi adventure boleh cuba floating dalam pelampung. Anda akan ikut belakang kapal jauh sikit.. seronok habis.
Bila sampai ke kawasan pantai Pasir Dagang, kami boleh free style swimming. Nak loncat dari atas kapal? Pun boleh.. atau nak berjemur baring supaya kulit badan jadi sawo matang pun tak jadi hal la. Your Cruise Sensation ada sediakan kayak incase nak cuba berkayak sekitar kapal. Best betul dapat berenang keliling yatch persis ikan dugong ni hahaha. Satu yang hapening sepanjang tour ni bila pasang lagu hit Spotify kuat-kuat di speaker yacht. Yelah bukan ganggu orang kat tengah laut tu.
Dah puas mandi & berenang mesti perut rasa lapar giler kan. Jangan bimbang, anda bakal menikmati sajian buffet free flow yang disediakan oleh anak kapal. Oleh sebab kami pilih day cruise, menu hidangan tengahari kami cukup lazat & sedap. Ada nasi goreng, ayam goreng, udang goreng, buahan-buahan & beberapa lagi menu sampingan lain. Sambil makan boleh layan view pemandangan panorama pulau-pulau.
4 jam day cruise sumpah tak terasa. Kejap je walaupun tak puas sebenarnya. Ini la kenangan paling indah BBL sepanjang 5H 4M di Langkawi. Eh rasa nak repeat lagi nanti.
Incase anda berminat untuk merasai pengalaman unik di Kubang Badak Biogeotrail ni boleh contact nombor bawah ni.
+6013-4323268 (Puteri Kassandra)
+6018-2404505 (Adam Daniel)
Jumpa di next entri okay.
0 Budak Suka Minum Bandung Laici