Terbang Ke Langkawi Dengan FireFly
8:06 PMAssalamualaikum semua..
Eh rasa excited kejap nak update entri travel BBL ke Langkawi. Last week saya, housemate & kawan-kawan pergi bercuti kat Pulau Mahsuri. Siapa tak seronok weh dapat rentas negeri jalan-jalan kan. Mulanya kami plan nak naik bas je. Bila fikir balik risau feri dah penuh bila sampai jeti Kuala Perlis, so decide naik kapal terbang terus. Mudah, cepat sampai & sekarang ada promosi tiket ke Pulau Langkawi kan.
Terbang Bersama FireFly Airlines
Ni 1st BBL terbang dengan FireFly tau. Setahu saya FireFly anak syarikat subsidari Malaysiian Airlines. Agak nervous risau terlepas flight je. Cuak weh. Btw FireFly ni terbang dari Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Abdul Aziz Shah (SAAS) atau famous sebagai Skypark Terminal. Dekat amat dengan rumah kat Bukit Jalil dah senang nak access public transport macam bas rapid KL, LRT Subang Jaya & MRT Kwasa Sentral (just naik grab ke airport) atau terus je direct train dengan KTM Skypark.
Flight kami pukul 10 pagi, seloknya better sampai 2 jam awal senang nak check in lauggage. BBL & housemate keluar rumah jam 7 pagi & sampai kat airport pukul 7.45 pagi macam. Sebenarnya FireFly benarkan kita check in 30 minit sebelum flight departure time. Biasa waktu pagi kurang passenger sikit. Sampai je terus pergi breakfast dulu makan nasi lemak. Jangan risau kat sini banyak kedai makan boleh pilih dari fast food, kopitiam & food court.
Dalam 8.30 pagi macam tu geng-geng travel BBL sampai. Semua sekali 10 orang. Ha baru la meriah macam rombongan mak cik semah hahaha.
First thing kami terus check in lauggage. Nak tahu tak kenapa saya pilih FireFly?
Kelebihan FireFly
FireFly ada 3 option sama ada FlyBasic, FlyPremium & FlyInfinite. BBL pilih FlyBasic je sebabnya dapat check in lauggage maksimum 20kg ye. Yelah kita kan nak pergi Langkawi, baju-baju ootd sampai penuh lagguage tu. Kan biasa orang pergi Langkawi mesti shopping banyak chocolate, ubat gamat, kain batik & macam-macam la. Kalu mak-mak borong pinggan mangkuk atau periuk belanga kan. So bawak je extra lagguage khas isi barang survenior dari Langkawi.
0 Budak Suka Minum Bandung Laici