Homestay Kg Ujung Bukit Lokasi Unik Untuk Berehat Di Perlis

9:01 AM

Bercakap tentang Perlis mesti ramai rakyat tempatan tak tahu sebenarnya negeri terkecil di Malaysia banyak hidden gems yang masih bersalut dengan alam semulajadi. Sekitar awal Ogos lalu BBL bersama team Borakkita meneruskan jelajah #TravelogueMalaysia edisi Perlis Indra Kayangan selama 5 hari 4 malam meneroka tempat menarik yang ada untuk bacaan korang. So boleh jadikan negeri Perlis destinasi baharu untuk anda datang bercuti. 


Homestay Rumah Kayu Kampung & Bendang Sawah Depan Rumah

Pilihan lebih 17 buah rumah homestay sama ada kayu atau konkrit pastinya membuatkan diri terasa suasana kampung sebenar. Lagi excited anda bakal melalui kawasan bendang padi kiri kanan sepanjang jalan menuju homestay Kg Ujung Bukit. Kebetulan waktu BBL datang padi tengah menghijau. Terus buka lagu Gerua acah feeling hindustan. Cewah..


Best choice BBL cadangkan anda pilih rumah homestay kayu betul-betul mengadap sawah padi. Buka je pintu rumah atau jendela terus nampak sawah. Terasa throwback zaman P.Ramlee duduk santai kat beranda rumah sambil borak dengan ahli keluarga. Pekena kopi panas dengan ubi kayu lagi umph kampung. Sejujurnya saya sendiri jatuh hati saat bangun pagi terus keluar rumah tengok sunrise celah bukit. Eh mestilah kena lalu denai bendang sawah sambil berlari slow motion. Insta worth bergambar kat sini. 


Bercuti, Team Building Atau Workshop Pun Boleh
Those berminat nak buat aktiviti gathering company, organization atau sekolah juga dialu-alukan memilih Homestay Kg Ujung Bukit sebagai lokasi mengadakan apa jua program. Fasiliti tempat tinggal, surau, dewan dan kawasan lapang tersedia untuk memenuhi keperluan logistik. 

Ada 17 unit chalet dan 8 buah rumah homestay bersama keluarga angkat yang mampu menampung 150 orang dalam satu masa. Harga cukup murah bermula serendah RM80 untuk 2 orang hingga RM160 bagi 6 orang satu malam amat sesuai bagi keluarga atau berkumpulan. Murah kan..

Sepanjang dua hari menginap kat homestay ni memang cukup selesa dan tidur lena. Nak tengok rupa bilik tidur kami? Cantik lukisan mural dinding bilik pemandangan alam semulajadi. Boleh memuatkan 4 orang dewasa lengkap kemudahan 2 katil queen, television, pemanas air, streka, sejadah, air-cond serta bilik mandi yang cukup besar. Separuh bilik mandi berdinding batu kapur bukit tau, rasa macam mandi dalam gua.


5 Akvititi Best Boleh Buat Di Sini
Pertama : OOTD Tepi Bendang Sawah
Well datang jauh-jauh kalu tak snap gambar tepi sawah padi tengah hijau memang rugi. Bukan setakat family group photo je malah nak bergambar pre-konvocation atau wedding pun tak jadi masalah


Kedua : Memancing Ikan
Berehat sepuas-puas sambil enjoy panorama indah dan oksigen fresh dari hutan bukit sambil pancing ikan. Ada banyak jenis ikan ada dalam kolam depan homestay ni. Lagi syok jika guna pancing dari buluh dengan umpan cacing. Hari tu pun kejap je letak terus ikan ngap. 


Ketiga : Best Ever Sunset & Sunrise
Jangan lepaskan moment melihat matahari terbit dan terbenam di ufuk langit. Abadikan suasana cukup menarik ni dengan video timelapse. Waktu pagi anda akan terpukau dengan suasana hening kampung bersama kabus dari bukit. Rasa tak boleh move on stay sini sebab cantik sangat


Keempat : Hiking Bukit Merbok
Kaki adventure hiking jangan lepaskan peluang mencuba memanjat Bukit Merbok. Dengan keadaan geografi bukit agak curam rasanya ini satu cabaran cukup menarik bagi anda. Malah terdapat dua gua - Gua Bunian dan Gua Tembok yang menyimpan seribu satu misteri. Penat hiking rasa cukup berbaloi dengan pemandangan cukup memukau dari puncak selatan Bukit Merbok. Full entri rujuk SINI


Kelima : Ronda Kampung
Waktu petang boleh ronda kampung dengan naik basikal menyusuri laluan sawah padi. Nak jogging pun tak ada hal. 


Rasa teruja nak rasai sendiri suasana pure kampung kat Perlis. Ayuh apply cuti dengan human resource department dan telefon nombor kat bawah untuk membuat tempahan homestay. Al maklumlah time weekend, public holiday dan cuti sekolah biasanya dah full book. Kan anda ber hu hu hu nanti. 


Homestay  Kampung Ujung Bukit
Jalan Kurong Batang, 01000 Kangar Perlis
012-448 6305 (En.Ed) | 017-5986504 (Puan Faezah)


You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici