H Garden Cafe Lokasi Tempat Kahwin Menarik Di Cheras

12:01 PM

Setiap pasangan inginkan hari perkahwinan mereka berlansung dengan meriah bersama ahli keluarga, sanak saudara serta rakan-rakan. Jika anda tinggal sekitar Cheras atau Kuala Lumpur am nya, BBL ada satu tempat menarik untuk anda jadikan lokasi majlis perkahwinan. Bukan setakat kenduri kahwin je malah sesuai pelbagai keraian atau acara seperti sambutan hari lahir, reunion, pelancaran produk serta pelbagai program lagi yang memerlukan space sesuai untuk jemputan anda. 


Buah Tangan Terbaru Wedding Studio Sdn Bhd

Bertema A Garden Wedding in the city @ H Garden Cafe Kuala Lumpur  inilah buah tangan terbaru dari Wedding Studio Sdn Bhd. Terletak di Pudu berdekatan dengan stesen LRT Chan Saw Lin, Jalan Sungai Besi selain berhampiran Hotel Ibis Style Kuala Lumpur. Boleh memuatkan 250 orang tetamu dalam satu masa pastinya ini venue yang anda boleh jadikan pilihan utama.


Sempena pratonton pakej dan dewan tempoh hari, gimik sepasang pengantin melangsungkan hari bahagia turut dipertontonkan. Seolah-olah berada dalam suasana majlis perkahwinan kedua mempelai yang bagai pinang dibelah dua. Sama cantik sama padan. Sesuai tengah makan nasi beriani dengan ayam masak merah kan. 


Satu kejutan buat kami semua semestinya persembahan kompang secara live. Cukup bertenaga dengan pukulan gendang bersama tepukan kompang oleh remaja-remaja. Excited betul kalu bertandang majlis kahwin ada bunyi kompang real sewaktu perarakan mempelai menuju jinjang pelamin tersergam indah. Nasib baik sempat rakam untuk tatapan korang. Boleh tonton video bawah nie.


Ni mesti anda tertanya soal makan makan macam mana kan. Jangan risau Wedding Studio ada pakej sekali dengan makan minum untuk tetamu. Senang tuan rumah tak payah susah payah cari kawah nak masak bagai, tunggu je depan gerbang garden bersalam dengan tetamu yang datang. Malah ada pakej PERCUMA kambing golek 2 ekor lagi. Baca sampai habis kalu nak tahu pakej apa okay.

Seperti biasa menu wajib ada semasa kenduri kahwin mestilah nasi beriani, ayam masak merah, gulai kurma daging, acar sayur, papadom, bua-buahan serta kuih muih sebagai pencuci mulut. Malah air kordial sejuk dan teh tarik turut tersedia. 


Sekarang ada promo pakej perkahwinan 500 pax pada harga RM 21 000 SAHAJA. Complete dengan 12 dalam 1 iaitu 

☑️ 25 meja 250 kerusi
☑️ Baju Sanding Lelaki & Perempuan
☑️ Makeup 
☑️ PA sistem bersama pengacara majlis
☑️ Persembahan Kompang
☑️ Pelamin tema Garden
☑️ Photography + CD
☑️ Videography + CD
☑️Kek Pengantin 3 Tingkat
☑️ Pelayan 10 orang
☑️ Bilik Hotel Bermalam
☑️ 4 Dome VIP
☑️ Banyak Public Parking
☑️ Boleh tambah khemah depan hall
☑️ Tempah sebelum 31/10/2018 dapat FOC 2 ekor Kambing Golek atau 2 Piece Live Band Performance

Berminat boleh tempahan sekarang
012-4292806 | 012-4978827 | 012-2844827
Alamat H Garden Cafe :  Lot 682, Esperance Lifestyle Building, Off, Jalan Metro Pudu, Fraser Business Park, 55200 Kuala Lumpur

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. wah seronoknya..... tapi saya lum nak kahwin..kekekek

    ReplyDelete