9 Tempat Menarik Mesti Pergi Sekitar Negeri Perlis

8:48 AM

Rehatkan diri datang bercuti ke negeri Perlis. Sebenarnya ada banyak tempat menarik yang kaya dengan alam semulajadi boleh anda terokai. Ni check list hotspot place mesti korang singgah 

1. Gua Kelam 2
Pernah menjadi lokasi perlombongan biji timah suatu ketika dahulu kini menjadi kawasan tarikan pelancong terbaru selain Gua Kelam. Tinggalan peralatan dan lukisan pada dinding oleh pelombong cina sesuatu yang menarik untuk pelajari. Monumen 3 buah susunan batu berbentuk piramid hingga kini masih kekal misteri tujuan ia dibina.


Pastinya rupa bentuk geografi batuan Gua Kelam 2 membuatkan korang berasa kagum dengan keindahan hasil pembentukan stalagmit dan stalaktit sejak ribuan tahun lalu. Jika anda bernasib baik, boleh jumpa kelawat tergantung kat siling gua. 


Anda boleh rujuk kaunter Gua Kelam atau Perlis Natural & Wildlife untuk pertanyaan lanjut

2. View Point Wang Kelian
Along the way nak ke Taman Negeri Perlis korang akan melalui jalan berliku melepasi sebuah bukit. Lokasi ini cukup popular kalangan penduduk tempatan kerana kedudukan agak tinggi dengan pemandangan 360 cukup memukau. Dari atas ni boleh nampak Bukit Chabang, sawah padi dan Taman Negeri Perlis. Sangat berbaloi datang tengok sunset di ufuk langit.


3. Taman Negeri Perlis
Denai Putera Denmark antara tarikan utama taman ini. Selain mempunyai pelbagai spesis flora founa termasuk batuan kapur berusia lebih 500 juta tahun. Malah taman negeri ini berkongsi dengan taman negara Thailand yang saling bersebelahan antara sahaja.


4. Bukit Chabang
Mula viral oleh instragramer, ini antara lokasi patut anda singgahi di Perlis. Bukit yang terbelah dua ini ibarat lukisan matahari keluar dengan sawah padi. Suasana lagi ohsome jika dapat menikmati pemandangan matahari terbenam di antara dua bukit ini. 


5. Bukit Merbok
Pencinta hiking harus jadikan Bukit Merbok sebagai bucket list anda. Dengan ketinggian lebih 180 meter dari aras bendang sawah pastinya terasa teruja melihat view dari puncak selatan. Laluan curam serta struktur bukit berbatu memberi satu cabaran untuk sampai ke kawasan puncak. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam - itu pun sebab banyak berhenti amik gambar.


Di puncak selatan turut menjadi habitat kaktus serta pokok Bogak yang cuma ditemui beberapa lokasi sahaja di dunia. Salah satunya ada di Perlis malah harga pokok Bogak ini boleh mencecah puluhan ribu ringgit kerana unik dan sukar ditemui. 


6. NAT Pokok Getah
Terkenal kerana beroperasi dalam kawasan kebun getah, inilah pasar pagi rare yang harus anda kunjungi. Kalu anda tertanya apa NAT tu, sebenarnya ia membawa maksud pasar sehari dalam bahasa Thai. Tak hairan lah campuran sosial budaya Melayu-Siam memberi satu keistimewaan kepada pasar ini. Menjual pelbagai produk keperluan seharian dari barangan basah, kering, pakaian, buah-buahan, barang antik serta syurga makanan tradisional tempatan. Ada sebahagian barang dijual pada harga cukup murah dah berpatutan. Berada di sini seolah anda merentas masa ke era tahun 70an


Beroperasi bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari setiap Jumaat dan Ahad. 

7. Kuala Perlis
Menjadi pintu utama ke Pulau Langkawi rasanya Kuala Perlis tak perlu lagi saya explain panjang lebar. Sisi utama sebagai perkampungan nelayan sangat mashyur dengan hasil laut segar. Malah waktu petang lebih seronok melihat bot nelayan masuk ke muara sungai di atas jambatan. 


Dan semestinya bergambar sekitar bendang padi dengan sinar matahari petang memang all out habis. Terus buat gambar wallpaper telefon. Haha


8. Taman Ular & Reptilia
Ular sebagai tarikan utama taman ini dan mengumpul 150 ekor ular dari 35 spesies ular. 25 spesies ular tempatan negara seperti ular tedung, ular sawa, ular kapak bakau, ular ekor merah, ulur rusuk kerbau dan 9 spesies luar negara. Bukan semua ular berbisa dan sesetengah spesis amat jarang dijumpai. Paling berbisa ialah ular tedung senduk sembur. Ular paling berat ialah ular sawa seberat 80kg dan panjang 23 kaki. Pengunjung juga boleh melihat landak, memerang, biawak hutan termasuk seekor biawak berekor dua, katak bertanduk, ijok, iguana dan tuntung.


Kalu nak tahu, ini satu-satu taman ular dalam Malaysia tau. 

Harga tiket masuk
Dewasa RM 6.00
Kanak-kanak RM 6.00 
*bawah 4 tahun PERCUMA

Waktu operasi
Setiap hari jam 9 pagi hingga 5 petang

9. Muzium Kota Kayangan
Terletak di kawasan Bukit Kayangan, Bukit Lambong Panah, Bukit Jagat Hutang, Bukit Wai dan Bukit Menara sekitar kawasan Kayangan yang berhampiran dengan terusan buatan manusia tertua di Semanjung Malaysia. Impresive kan.


Mempamerkan pelbagai artifak sejarah berkenaan negeri Perlis di tiga galeri utama iaitu sejarah peradaban negeri, galeri kedua mempertontonkan artifak arkeologi hasil penyelidikan Kota Kayangan termasuk barang pra-sejarah yang ditemui sekitar Kuala Perlis dan sebuah galeri Kedah/Perlis seperti senjata melayu, koleksi sultan Perlis, revolusi peralatan menuai padi dan pelbagai lagi. Beroperasi setiap hari dari jam 9 pagi hingga 5 petang. 

Bayaran masuk adalah PERCUMA.


Menarik betul Perlis ni sampai sukar nak ungkap dengan bercerita. Rasanya tak ada perkataan yang boleh memberi gambaran apa yang saya alami. Anda perlu datang sendiri rasai ketenangan, kampung, udara, padi dan cuaca negeri Perlis. Dah boleh slow-slow amik borang leave dan apply cuti datang sini. 

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici