Bayar Zakat Senang Je Dengan www.zakat.com.my

3:00 AM


Bayar zakat sekarang lebih senang dengan portal online Zakat.com.my

Pusat Pungutan Zakat-MAIWP (PPZ-MAIWP) melancarkan satu kempen khas bagi pembayaran zakat melalui Portal PPZ-MAIWP iaitu Jom Berzakat @ zakat.com.my yang berlangsung mulai 1 Ogos hingga 31 Oktober 2018 (3 bulan). 

Portal PPZ-MAIWP merupakan salah satu saluran kemudahan bayaran zakat yang disediakan oleh PPZ-MAIWP untuk menggalakkan masyarakat umum menunaikan kewajipan berzakat bagi membantu meningkatkan ekonomi lebih ramai asnaf. Melalui kemudahan portal ini, pembayar zakat boleh membuat bayaran menerusi online pada bila-bila masa dengan mudah dan cepat. Tak payah dah susah-susah datang kaunter PPZ nak bayar zakat.

Bagi menggalakkan pelaksanaan kewajipan berzakat menerusi medium ini, 20 hadiah tajaan daripada SeriGroup Global Sdn. Bhd. boleh dimenangi pada setiap bulan iaitu Ogos, September dan Oktober 2018 dengan hanya membuat pembayaran zakat menerusi Portal PPZ-MAIWP, www.zakat.com.my. Sesi penyampaian hadiah kepada 60 jumlah pemenang dari ketiga-tiga bulan akan disampaikan sewaktu Karnival Zakat iaitu pada 1 Disember 2018 nanti.



Antara objektif lain kempen ini dijalankan adalah khusus bagi menggalakkan para peniaga online, sendirian berhad yang mempunyai keuntungan di Wilayah Persekutuarn dan pekerja yang mempunyai majikan di Wilayah Persekutuan namun bekerja di luar negara serta amnya kepada umum yang ingin memudahkan pembayaran zakat mereka.

Pelancaran Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my ini disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff. Turut hadir, Pengarah SeriGroup Global Sdn. Bhd, Puan Noradzura Podzi dan Pengarah Bersama SeriGroup Global Sdn. Bhd., Encik Muhammad Khalif Samsudin. 


Seiring pelancaran kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my, PPZ-MAIWP akan berusaha mempergiatkan penggunaan medial sosial rasmi PPZ-MAIWP agar ia dapat menarik minat lebih ramai lagi pembayar untuk membayar zakat menerusi Portal PPZ- MAIWP. Sepanjang tempoh tiga bulan kempen ini berlangsung, pihak PPZ-MAIWP mensasarkan seramai 4,500 pembayar baru yang tidak mengulangi pembayaran zakat mereka dengan kutipan sebanyak RM2.5 juta. 

SYARAT DAN CARA PENYERTAAN KEMPEN: 
Bayar zakat melalui Portal PPZ-MAIWP - www.zakat.com.my/kempen dalam tempoh kempen bermula dari 1 Ogos 2018 - 31 Oktober 2018 

PPZ-MAIWP menyeru agar semua umat Islam terutamanya di Wilayah Persekutuan untuk menunaikan zakat melalui platform Portal PPZ-MAIWP agar ianya dapat mengembalikan hak asnaf sebanyak 2.5 % yang ada di dalam harta kita disamping mengurangkan kemiskinan masyarakat bandar. 

"PPZ-MAIWP Memudahkan Anda Berzakat"

Website : www.zakat.com.my

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. lepas ni dah takde alasan untuk tak membayar zakat. semoga makin byk bantuan utk asnaf di wilayah persekutuan nnt :)

    ReplyDelete
  2. Wah, semakin mudah nak tunaikan kewajipan kita kan

    ReplyDelete