Applikasi CANNIS - 7 Fungsi Berguna Dalam 1 App

8:46 AM


Jika Amerika ada Facebook dan China ada WeChat, tahukah korang Malaysia kini ada applikasi Cannis dengan 7 fungsi best dalam 1 applikasi. Jumlah penduduk negara-negara ASEAN sahaja mencecah 652 juta orang menjadi target utama pengguna untuk menggunakan app Cannis dalam kehidupan seharian.

Tarikh keramat 18.08.2018 menjadi titik bersejarah pelancaran applikasi Cannis oleh NIMPMOS Sdn Bhd di Setia Alam Convention Centre. Acara gilang gemilang bermula dengan pengenalan syarikat dan fungsi applikasi akan datang oleh Pengerusi Kumpulan Tan Sri Dato Ong Tee Kiat. BBL sangat kagum dengan ucapan Tan Sri yang fasih berbahasa Melayu, Mandarin dan Inggeris memandangkan hampir 5 000 tetamu datang dari pelbagai negara seperti Indonesia, Amerika, Thailand, Singapura serta Malaysia sendiri. 


Majlis menandatangi memorandun persefahaman (MoU) disaksikan sendiri oleh kerabat diraja Selangor, HRH Tengku Puteri Datuk Paduka Seri Hajah Zahariah Binti Almarhun Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah.

CANNIS App - 7 Pelbagai Fungsi Dalam 1 Applikasi


Model perniagaan era kini sudah berubah dengan keluasan dunia internet selain permintaan tinggi terhadap telefon pintar. Kalu anda nak tahu, dalam 1 applikasi Cannis ada 7 fungsi iaitu

  • - Online Live Broadcast
  • - Live e-Commerce
  • - Online Games
  • - Creative Video
  • - Social Media
  • - Discount Shopping
  • - Cannis Payment


Kalu anda pengguna tegar telefon, confirm pernah merasai kesusahan untuk menggunakan pelbagai fungsi yang ada memandangkan setiap app mempunyai kegunaan sendiri. Contoh, nak main game kena guna satu aplikasi, nak buat video live buka app lain, nak shopping online buka app lagi dan bayar barang dengan e-wallet kena buka app lain lagi. Sampai satu tahap kita buka lebih dari 5 app semata-mata nak buat aktiviti di atas. Sedar atau tak anda perlu ada 5 akaun, silap hari bulan terlupa password kena buat akaun baru. Sebab itulah anda perlu berubah menggunakan Cannis.

Malah semasa majlis pelancaran, para pengguna boleh terus membeli barang yang dijual dengan menggunakan applikasi Cannis yang cukup mudah tanpa perlu mengeluarkan duit dari dompet. Banyak produk ditawarkan dari jam tangan, makanan, 


Dalam masa 24 jam lebih 20 000 pengguna baru dijangka mendaftar dan bakal menjadi applikasi pilihan ramai tidak lama lagi. Dengan pasaran besar di tanah besar China pastinya applikasi Cannis mempunyai potensi cerah untuk menjadi popular seperti app lain. Sebagai rekod penghujung 2017 sahaja, jumlah pengguna sosial media di China sahaja mencecah 1 billion dengan bilangan pengguna aktif cukup tinggi. 


Jangkaan nilai pengiklanan sosial media di China sahaja bakal meningkat hingga 81.78 billion yuan (RM 48.8 billion) dengan peningkatan jumlah pengguna sekarang. Sejak Mac tahun ini, applikasi Cannis telah berjaya mengabungkan syarikat teknologi dengan beberapa ciri utama termasuk internet, games online dan analisis data. 

Menurut CEO, Dato Azman Ching, Cannis menjadi applikasi pertama di dunia mengabungkan pelbagai fungsi khas buat peminat. Pengguna tak perlu lagi download pelbagai app tetapi cukup hanya memiliki applikasi Cannis dalam telefon. Cukup bermanfaat kepada peminat terutamanya. 


Download applikasi Cannis hari ini melalui Apple Apps Store atau Google Play dan terokai sendiri Cannis. 

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. blogwalking sini

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/movie-review-game-night-uninvited-crush.html

    ReplyDelete