Moviedate Domino's Pizza x Aquaman

8:11 AM

Assalamulaikum korang,

BBL baru je balik tengok DC Aquaman kat TGV One Utama bersama Domino's Pizza. Mulanya ingat premier screening sebab acah sangka movie Aquaman start showing 20 Disember rupanya last week dah keluar panggung. Hahaha patut la ramai budak twitter spoil jalan cerita tetapi tak ambil port sangat. Lagi excited nak tengok ada la. Sanggup cancel pergi wayang sepatutnya hari Sabtu semata nak tengok Aquaman bersama Domino's pizza lovers.


Well selain gathering bersama geng media & pembeli setia, Domino's turut memperkenal desert baharu iaitu Butterscotch Bread & Butter Pudding. So kami menjadi rakyat Malaysia pertama merasai pencuci mulut ini. Yessss...sedap gila okay. Paling suka sebab bahagian bawah ada layer cookies. Sedap amat sangat makan panas-panas weh. Anda boleh pesan desert ini bersama pizza kegemaran bermula 20 Disember 2018. Rugi tak try...


Back to story sebelum movie start jam 8.30 malam, Domino's belanja makan pizza untuk dinner. Fuh dah la craving nak makan pizza dari last week. Dapat juga makan Pulled Beef dan Pulled Chicken Pizza size large dengan side dish Golden Chicken Tenders, Zesty Coleslaw (dua-dua pilihan baharu bulan ini) dan set Cheessy Four mengandungi 4 makanan (Cheesy Mozzarella Stix, Stuffed Cheddar Bites, Garlic Cheese Onion Rings dan Crazy Chicken Crunchies - Tom Yam. Kenyang tersandar..silap hari boleh terlena time movie nanti. 


Dah setel makan apa lagi, time tengok movie lah! Serius filem Aquaman memang the best DC movie ever! BBL bagi 4.5 bintang kepada pengarah James Wan yang berjaya menghasilkan naskah superhero laut ini dengan jayanya. Grafik, kostum, CGI dan jalan cerita memang nice habis. Persis movie Avatar sampai saya sendiri fokus habis tengok sampai hujung cerita. Plot twist rasanya akan keluar movie kedua perihal Aquaman nanti sebab ada post credit next movie lepas habis movie. Jeng..jeng..

Kepada pencinta Domino's Pizza jangan lupa rasai pizza dan juga desert terbaharu di Domino's store berdekatan. Sekarang musim hujan seronok dapat makan pizza panas-panas sambil tengok tv dengan ahli keluarga.

Nak order Domino's? Klik  www.dominos.com.my je terus untuk order secara online... 

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici