Siapakah Akan Menjadi Miss Queen Universe International 2019?

11:58 PM

Hai semua,

Minggu ni masih hangat lagi berita tentang Miss Universe 2018 yang baru je berlangsung kat Thailand 17 Disember lalu. Walaupun wakil Malaysia tidak berjaya, apa kata kita move on ke acara Miss Queen Universe 2019 bakal berlangsung pada 26 Januari 2019 nanti di Berjaya Time Square Kuala Lumpur. 


Lookatme Skincare Group Sdn Bhd dan Jamu Seri Queen akan menjadi penaja utama pencarian Miss Queen Universe International 2019. Dengan 20 orang peserta mewakili negara masing-masing seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Filipina, Singapura dan Kemboja akan dinilai oleh panel hakim pada malam tersebut. Mereka akan berentap dalam 3 peringkat iaitu peragaan National Custom, Evening Gown dan sesi Q&A untuk menguji tahap pengetahuan sebelum markah keseluruhan dikira. 


Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia YB Datuk Mohammaddin Bin Katapi akan merasmikan majlis tersebut. Confirm meriah dengan ramai penyokong peserta dari seluruh negara. 

Pastinya tak sabar nak tahu siapa akan pulang dengan gelaran Miss Queen Universe International 2019 bersama hadiah menarik berupa mahkota, trofi, wang tunai RM5 ribu dan 6 bulan privilege consultation bersama Lookatme Group.


Tiket masuk Miss Queen Universe International 2019
 boleh beli secara whatsapp ke nombor 
Zahim 013-2035667
Erna 019-361 3624 

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici