Cara Withdraw Duit Paypal Ke Akaun Bank Tempatan

4:23 AM

Assalamualaikum semua, 

BBL nak share sikit tutorial cash out duit Paypal ke akaun bank tempatan korang tak kisah la Maybank, CIMB Bank and so on. Ada sesetengah job review/job dibayar dengan ke akaun Paypal. So mesti risau macam mana nak cash out kan. Sebenarnya senang je..


Step 1 : Link ke bank tempatan

Buka website www.paypal.com kemudian bahagian atas tu ada simbol setting (1). Kemudian tekan 'Financial Information' (2) dan tekan 'Link a new bank account' (3)


Dah setel step tu, isi maklumat bank korang seperti nama bank, MEPS bank routing code (RUJUK LINK INI - pilih swift code) dan no akaun bank. Kemudian dah setel.



Step 2 : Withdraw Funds

Kembali ke bahagian 'Summary' dan tekan 'Withdraw Fund' bawah amount balance akaun Paypal korang.


Nanti akan keluar page macam bawah. Isi tiga form iaitu 'jumlah duit dari akaun mana', 'ke akaun bank' dan 'jumlah nak withdraw'. Terpulang nak withdraw semua sekali atau sebahagian sahaja.

Biasanya process ini akan mengambil 2-3 hari bekerja namun instant transfer jika ke akaun RHB Bank.
Dah siap isi semua, akan keluar page 'Review' make sure semua maklumat tepat. Kan tak pasal-pasal masuk akaun bank orang lain. Caj RM3.00 akan dikenakan untuk proses ini. 

Dah puas hati tekan button 'okay' dan kembali ke 'Summary' korang boleh tengok urusan tranksaksi yang dibuat. Check juga email untuk make sure urusan withdraw ini telah disahkan. So tunggu jelah duit masuk dalam personal akaun.


Step 3 : check email

Untuk kes BBL ni Paypal bagitau duit akan diproses 3-5 hari dan dijangka dapat pada 31 Disember nanti. Mereput makan meggi sementara tunggu duit masuk. Hehehe


*Update - BBL baru je check bank akaun & duit Paypal telah dimasukkan. So hanya mengambil masa 2 hari sahaja. Request cash out hari Jumaat..hari Isnin dah dapat..

Itu sahaja, semoga berjaya enjoy duit dari akaun Paypal. Jangan lupa share dengan kawan-kawan kat sosial media. Mana tahu ada mereka yang tengah buntu nak keluarkan duit dari akaun Paypal kan.

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici