4 Sebab Bukit Gambang Resort City Sesuai Untuk Family Datang Bercuti

2:31 AM


Assalamulaikum semua,

Leganya dapat have fun kat Bukit Gambang Resort City (BGRC), Pahang. Kat sana BBL stay dalam resort 3  hari 2 malam. Banyak sangat aktiviti best nak share dengan korang ni. Sebut pasal plan lokasi nak bercuti time musim cuti sekolah atau public holiday boleh jadi satu masalah terutama mereka yang bekeluarga dan ada anak kecil. BBL baru je balik bercuti kat Bukit Gambang Resort City, Pahang dengan team buddies. Ha nak tahu kenapa BGRC tempat ideal untuk keluarga bawa anak-anak datang habiskan cuti. Semestinya..

1. Ada water park 

Hari pertama memang satu hari suntuk kami spend masa main air kat Splashing Fun Time @ Bukit Gambang Water Park. First aktiviti kitorang main mestilah 6 Lanes Racer terpanjang kat Malaysia. Siap fighting siapa sampai kat bawah dulu - too bad BBL kalah 2 kali hahaha lambat 3 saat..hahaha. Seterusnya mestilah main gelunsur air - Dark Galaxy & Crystal Slide . Serius sangat best sebab gelongsor memang panjang giler. Next target kitorang main Family Raft Ride berjemaah. Ha makin ramai orang dalam tube, makin best mengelusur kiri kanan sampai semua orang menjerit tak takut terbalik..hahaha kelakar bila teringat balik. 


Apa yang unik water theme BGRC ni terletak dalam hutan. So feel rasa dalam hutan belantara gituh. Selain tu ada 3  kolam air special untuk kanak-kanak. Siap dengan bermacam pancuran air seolah-olah dalam bilik mandi yang besar gile. Sekeliling kolam ni ada terusan sungai, boleh la menyusuri sungai dengan pelampung beramai-ramai. 


Dah puas main aktiviti air, silalah ke pantai buatan manusia - kolam berombak terbesar di Malaysia dengan pelampung tu. Setiap 30 minit akan ada ombak besar seolah macam tepi pantai betul. Sebelah petang tu, geng buddies siap buat tournement beach ball. Pecah perut masing-masing dengan aksi baling bola asyik-asyik outline je. Nampak gaya boleh join pertandingan peringat kampung Gambang Resort jelah..hahaha


Soal makan jangan bimbang sebab ada kedai/gerai yang jual makanan untuk anda beli lepas puas bermain semua aktiviti ni. Tak payah bawa cash sebab dalam water park guna e-wallet pada gelang pass masuk. So just top-up berapa jumlah duit lepas tu beli apa korang nak. Time balik boleh refund balik baki dalam e-wallet tu. 

Kemudahan lain yang ada - peti simpanan locker, surau, tandas, bilik persalinan dan kedai menjual cenderahati & pakaian mandi. Sewaan pelampung dan gazebo turut tersedia. 


Harga tiket masuk Splashing Fun Time @ Bukit Gambang Water Park
Dewasa RM 33
Kanak-kanak RM 28
Waktu operasi : Isnin, Rabu & Khamis (11 pagi - 6 petang)
                            Jumaat, Sabtu, Ahad, cuti sekolah & cuti umum (9.30 pagi - 6.30 petang)

2. Active Academy
Kalu nak adventure sikit, boleh beli pass Active Academy - memanah, menunggang kuda, flying fox, paint ball target shooting. Seronok dapat try semua ni. Actually first time BBL memanah..ingatkan susah rupanya senang je nak target sasaran. Boleh la bangga dapat shoot target kuning sekali dan tak ada miss out. 


BBL sendiri excited tunggang kuda. Apatah lagi kalu bawa anak atau remaja rasai pengalaman naik kuda. Sambil tu boleh juga usap kuda dan tengok lebih dekat haiwan yang gagah perkasa ni. Yeyah!


Seterusnya kitaorang main flying fox, lagi syok bila terbang merentasi pokok hutan sebelum mendarat kat padang. Tahan gelak tengok aksi masing-masing menjerit mengalahkan tarzan hutan sebab fobia tinggi. Aduh sabar jelah. 


Kalu korang tak pernah buat aktiviti atas ni, fuh high recommended try sekali seumur hidup. Sesuai sangat kalu buat program hari keluarga atau kem motivasi sekolah dengan aktiviti best ni.

Harga Active Academy
Dewasa RM 28 
Kanak-kanak RM 18

3. Ada wild safari dengan haiwan eksotik - Bukit Gambang Safari Park
Hari ke dua aktitivi kami ialah meneroka open safari Wild Savannah persis macam kat Afrika. Kalu nak tahu, ni safari park terbesar di Malaysia tau. Jangan main-main. Ada haiwan seperti singa putih, harimau malaya, kuda belang, burung unta, kuda belang, badak sumbu air, gajah, buaya dan beberapa lagi haiwan yang hanya terdapat di Bukit Gambang Resort City. Tak silap ada 23 spesis binatang semua sekali. Macam BBL bagitau tadi semua haiwan ni kecuali jenis binatang buas dibiar bebas seperti habitat asal mereka. They feel like home boleh jalan sana sini dengan tenang. 


Ada 2 cara untuk melihat haiwan ni secara dekat - naik ATV atau tram safari. Kalu nak rasa dekat dengan binatang ni sesuai naik ATV sebab boleh nampak semua sangat dekat, jangan risau ada staff akan menemani tour. Sediakan sunblock sebab cuaca sini panas sikit..

- seronok dapat naik ATV pusing safari -

- first time tengok gajah sedekat ni -

Untuk family datang bersama anak-anak boleh naik safari tram je. Seronok dapat tengok secara dekat je binatang ni dalam habitat asal. Tak cukup dengan tu, ada safari ambassador akan terangkan setiap spesis yang ada dalam BGRC ni. Ha hanya dengan tram sahaja semua pengunjung dapat tengok Singa Putih, Cheetah, Harimau Malaya dan Spotted Hyena. Rasa macam National Geographic tengok haiwan buas ni terbaring tidur waktu siang. Biasa dorang kan aktif waktu malam. Naik ATV tak pasal-pasal kena ngap dengan harimau.. 

- tu tengah bersantai rehat lepas makan, geram nak peluk -


Tak cukup dengan tu, saya sempat tengok 3 multi animal show -  Predator Intrict Show (persembahan binatang liar) dan 2 persembahan haiwan comel khas untuk kanak-kanak kat Village Arena & Forest Arena. Siapa tak teruja tengok telatah burung kakak tua yang pandai mengira, burung merpati, burung helang, angsa, burung flamingo, kambing, kuda pony dan beberapa lagi. 

- Dapat tengok burung helang dekat amat & aktiviti bagi beruang makan -

Sebenarnya BBL lagi excited tengok anak singa putih nama Luna yang aktif gila pandai bergurau dengan pengunjung. Sampaikan kitaorang terloncat-loncat semata nak bagi dia aktif berlari dalam kandang cermin. Sangat comel.. si Luna ni lahir kat Bukit Gambang Resort City tau menjadikan ia tarikan utama orang datang ke safari. 


Pengalaman unik BBL rasa hanya ada kat sini semestinya peluang dapat beri Bear Feeding. Kat Bukit Gambang Safari Park ada 4 jenis spesis beruang. Ni pun first time tengok beruang depan mata..setakat teddy bear peluk kat rumah ada lah. Hahaha

Kalu anda stayback sampai malam, boleh saksikan persembahan African Yabara Fire Show dan Indiana Stunt Show. Sangat hapening terutama kalangan budak-budak. Of course BBL suka indiana john show yang kelakar siap dengan gaya dan bunyi meletop. Tak menyesal tunggu sampai habis show.


Harga tiket masuk Bukit Gambang Safari Park
Dewasa RM 63
Kanak-kanak RM 53
Waktu operasi : Isnin, Rabu & Khamis (12 tengahari - 9 malam)
                            Jumaat, Sabtu, Ahad, cuti sekolah & cuti umum (10 pagi - 9 malam)

4. Villa resort bertema luar negara
Sepanjang 3 hari BBL stay bilik villa Evaria San Fransisco warna biru. Rasa macam kat oversea pulak padahal kat Gambang je. Ada 3 jenis villa boleh korang pilih - San Fransisco, Amsterdam dan Venice. Dari jalan nak masuk ke Bukit Gambang Resort City ni boleh nampak sebab kedudukan villa ni atas bukit dan berwarna warni. Memang nice bergambar depan rumah. Sebelah petang boleh tengok sunset dari atas bukit. 


Meh masuk dalam villa pulak. Untuk villa BBL jenis dua tingkat dengan 3 bilik tidur & 4 bilik air. Sangat complete fasiliti dalam rumah termasuk
 1 master room dengan katil queen
 2 bilik dengan 2 katil super single
 ruang tamu dengan television
 dining hall
 ruang dapur lengkap microwave, peti sejuk, coffee & tea condiment
 wi-fi internet

- fasiliti dalam villa -

- kiri > bilik master | kanan > bilik dual single -

Sangat luas sesuai untuk staycation family bersama anak-anak. Parking kereta depan rumah je. Feel like home bila tidur villa San Fransisco ni. Kami duduk 6 orang satu villa, itu pun rasanya macam boleh masuk lagi 2 3 orang. Oh ya setiap villa termasuk sarapan pagi untuk 6 pax. Ha yang extra pax tu boleh tambah sendiri. Dari villa ke safari park atau water park boleh naik tram percuma. Tunggu je kat platform bus stop. 


Selain tu boleh pilih bilik hotel di Arabian Bay Resort yang jenis Studio Suite, 2-bedroom suite atau Arabian suite (sesuai kalu datang honeymoon). Satu lagi ialah Caribbean Bay Resort dengan pilihan bilik Studio suite, 2-bedroom suite, junior suite atau deluxe suite. Apa BBL tengok size bilik besar jugak. Sesuai la family menginap tidur kat sini. 
 - Arabian suite -

- Studio type -

Sebelum balik kl, kami semua pakat-pakat mandi berenang dalam swimming pool kat Arabian Bay Resort. Yelah tak puas berjimba dalam air kolam. 


Cara ke Bukit Gambang Resort City
Pertama : Naik flight
Terbang je dari Kuala Lumpur, Penang atau Singapura pastu mendarat kat Lapangan Terbang Kuantan. Jarak dari airport Kuantan ke BGRC lebih kurang 30 minit je. Inform pihak resort awal-awal supaya dorang boleh pick up kat airport. 

Kedua : Naik kereta 
Dari KL ikut Lebuhraya Pantai Timur (LPT 2) dan exit Gambang 830. Rasanya 2 jam perjalanan dari Tol Gombak. 

Ketiga : Bas Rapid Kuantan
Ni kalu dari bandar Kuantan boleh naik bas Rapid Kuantan - bas no 100. Bas beroperasi setiap hari. Hari tu nampak banyak kali bas ulang alik masuk resort. 

Nak tempah bilik Bukit Gambang Resort City boleh klik link ini je - https://blueskyleisure.com.my

You Might Also Like

14 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Ingat lagi masa p gambang ni waktu dia mula² bukak dulu. Xde apa sgt lps tubx pernah p dah sampai sekarang...nnt la susun masa

    ReplyDelete
  2. wah.. macam-macam tempat menarik kat sana ye.. ni yang buat TB rasa nak pergi jugak ni.. harraz mesti suka tengok air dan main-main air kat situ.. dengan mama-mama nya sekali happy.. hahahaha

    ReplyDelete
  3. BEstnya! Tak pernah lagi pergi waterpark ni.kena plan next trip pergi sini pulak.macam best je banyak permainan

    ReplyDelete
  4. Seronok juga Bukit gambang ni ye .Dah lebih kurang lost world. I think cuti sekolah ni mesti penuh visitor.

    ReplyDelete
  5. Pernah datang sini sekali je dulu , tapi dah lama la , macam banyak perubahan dah , nanti nak pergi bawak anak pulak , dia pantang nampak waterpark hehe , harga tu include semua sekali eh

    ReplyDelete
  6. Kemain ye masing-masing repeat main family raft tu banyak2 kali. Tapi tak dinafikan yang tu paling best. Rindunya la hai nak ke sana lagi.

    ReplyDelete
  7. Nampak menarik. Belum pernah pergi sana lagi. Should plan a trip there soon

    ReplyDelete
  8. Tak pernah lagi masuk kat sini. Banyak gak ya aktiviti boleh buat kat sana. Menarik kalau pergi bergroup. Resort dia pun besar..boleh byk sefamily

    ReplyDelete
  9. Wahhhh.... I have another place to go have fun with my friends... Oh yeah!!! Thanks for sharing this

    ReplyDelete
  10. I would go just for the wild park and the waterpark. Dah lama tak pergi mandi-mandi kat waterparks. That lion so cute!!!

    ReplyDelete
  11. bestnyaaa ni yang rasa nak pergi jugak ...pernah pergi sini tapi dah lama , nampak makin cantik dan makin banyak yang menarik pulak...nak try night safari , mesti macam ala2 dora explorer nanti kannn

    ReplyDelete
  12. syok nya.. i pun terasa nak pergi bercuti di bkt gambang lah... great place to hv a vacation.. lovely place..

    ReplyDelete
  13. I read many article about it but i have not have the chance to visit there yet. Will go with my anak buah soon.

    ReplyDelete
  14. seronok dan banyak aktiviti... baru balik gambang gakk

    ReplyDelete