Pindah Rumah Part Four : Internet TIME Dot Com Laju Amat!

12:57 AM


Assalamualaikum semua...

Okay setel bab pindah rumah rumah. Kat rumah lama, housemate pakai internet Unifi RM174 sebulan..tapi lupa berapa mpbs. Special rumah baru ni ialah dapat coverage TIME Dot Com. Kalu perasan depan Suria KLCC penuh iklan Time Dot Com. Pernah la baca review mostly rumah kondo dalam KL akan prefer subscribe TIME dari pembekal interne lain. Macam BBL, kat kampung memang pasang TM Streamyx - so i know la perasaan azab nak tengok internet dengan kelajuan era 80 an tu. Bila duduk Bukit Jalil, pun dah ada pengalaman guna Unifi. Sempena tahun 2020 why not cuba TIME Dot Com pulak.


Ikutkan plan asal nak subscribe internet bulan Febuari onward tapi dek tak tahan hidup tanpa wifi ni susah amat. Ibaratnya rumah tak ada elektrik gitu. 3 hari pindah rumah baru terus google website TIME Dot Com

Serius cepat gile process nak register. Dalam 2 3 hari bekerja terus lulus. 8 Januari 2020, datang la abang TIME pasang internet kat rumah. Bila dah setel, boleh terus guna internet macam biasa. Setiap pakej dapat 2 jenis moderm, satu modern Huawei & wifi route macam gambar bawah ni. Kabel line internet pun kemas je abang TIME pasang. 

Huawei modern

wifi route

Bill internet semua thru online je. Just create akaun 'Self Care' di website TIME. Then download applikasi TIME. Senang nak check bill, bayar bill, check speed test & selesaikan masalah connection guna apps je. 

Ni speed test untuk rumah BBL. Puas hati speed memang 100mbps selalu. Bila tengok Netflix tak buffering langsung. Sama jugak tengok YouTube smooth je 1080p


Btw TIME pun ada rewards setiap bulan untuk korang grab. Bulan ni ada reward Krispy Kreme half dozen. Reward ni kena grab setiap 15 hb setiap bulan. Based siapa cepat dia dapat. Bulan lepas tak silap coffe, bulan sebelum tu kek.. macam-macam la makanan TIME offer. 


Eh korang pun nak subcribe TIME Dot Com jugak eh. Senang je. Ikut je cara saya list bawah ni. Sambil makan kacang boleh buat tau

First - kena check dulu rumah tu coverage TIME atau tidak. So far TIME availabe di Lembah Klang, Pulau Pinang, Melaka & Johor Bharu. Boleh check kat sini


Bila rumah memang availabe TIME.. boleh start menjerit YAHOO!.. baru boleh proceed pendaftaran

Second - Pilih pelan internet ikut korang. TIME ada 3 jenis pakej dari 100mbps (RM99), 500mbps (RM139) & 1GB (RM199). BBL rasa 100mbps dah cukup untuk 2 orang pakai. Harga pun berbaloi lagi murah compare Unifi, Maxis Fiber & telco lain. Paling penting unlimited kuota.. boleh la stream YouTube, tengok Netflix & download movie sepuas hati. 


Oh ya pakej TIME ni ada kontrack 2 tahun tau. Sekarang ada promosi diskaun RM100 untuk bil pertama anda. So 1st month kira free internet la. Kalu amik pakej RM99 & RM139 tu akan dapat  wifi router model  EC 230 (harga RM235) manakala pakej 1GB dapat router model  D-Link DIR-882 harga RM550. Rasanya sebab router dia banyak cabang tu boleh spread wifi laju seluruh rumah. 

Third - Sign up TIME Dot Com DI SINI

Langkah 1 : Check rumah/bangunan dapat coverage TIME atau tak
Langkah 2 : Isi detail Blok Rumah, Level berapa & Unit berap. Pilih size rumah & siapa anda (pemilik atau penyewa)
Langkah 3 : Pilih Time Voice (BBL pilih Pay-As-You-Use) sebab tak guna pun unless korang nak guna tuk call orang.
- Pilih route incase nak up grade pun boleh. Pakej RM99 & RM139 memang dapat TP-Link EC230. So far memang bagus & laju je speed internet
Langkah 4 : Baru isi detail maklumat anda 

Tunggu je confirmation email dari TIME. Nanti TIME akan contact untuk pilih tarikh pemasangan di rumah. Ha setel!


Ha apa tunggu lagi. Kalu stress wifi rumah slow, cuba tengok TIME Dot Com cover tak rumah anda. Elok sangat bertukar guna internet TIME ni. Puas hati harga murah, speed laju smooth je. 

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. slm nak tnya..pemasangan tu byr selalu ke tggu first month bil?

    ReplyDelete