Pindah Rumah Baru Part Three : Pindah Barang Ke Rumah Baru
7:41 AM
Dah setel cat rumah & bersih rumah baru, kita proceed punggah barang-barang dari rumah lama pulak. Barang saya tak la banyak sangat.. dalam 10 kotak je hehe. Nak mudah angkut barang, better letak barang dalam kotak. Lepas tu tulis kat luar kotak apa isi dalam contoh buku, baju, barang mudah pecah, barang kecik & lain-lain. Nanti senang nak kemas kat rumah baru, tak la buka semua kotak semata-mata nak susun barang dapur. Kotak pun BBL mintak dari kedai 99 Speedmart. Certain hypermarket dorang jual kotak 1 RM1. Mak ai mahai..
Nasib baik si housemate ada kereta mpv Alza. Senang sikit kerja punggah barang nak pindah. Mula tu saya memang plan nak sewa thelorry tapi bila tengok barang macam tak berbaloi je. Tu decise pindah guna kereta jelah.. senang sikit. Kebetulan cuti anual leave ada lagi, apa lagi.. apply cuti seminggu sampai awal tahun 2020. 3 Januari baru masuk office, amboi cuti sakan.
Around pukul 10 pagi kami start pindah barang. Kebetulan hari pindah tu hari bekerja, tak silap hari Selasa - 31 Disember 2019. Nampak tak kegigihan angkut barang. Since orang pergi kerja, so orang kurang guna lift. Senang nak la punggah barang dari rumah lama level 3 ke car park. Kebetulan ada parking kosong betul-betul depan loading area lif.
Tips Pindah Barang
1. Simpan/kemas barang dalam kotak. Senang nak angkat & susun dalam kereta/lori
2. Tulis atas kotak apa isi barang seperti bahan mudah pecah - senang nanti nak susun di rumah baru
3. Jika pindah rumah ke bangunan bertingkat, guna trolley untuk angkut dari lori/kereta ke lift
4. Pindah barang besar, berat & banyak bahagian seperti katil, almari, meja, kerusi
5. Lagi ramai tolong, lagi cepat setel kerja
6. Skru, nut kumpul dlm satu bekas sahaja. Lagi bagus label dlm pek kecik-kecik
Overall barang besar cuma cermin, rangka katil 2 set, rak kayu Albert & mesin air Coway. Yang lain cuma barang-barang dalam kotak. Jangan ingat tak muat mpv Alza ni..sumbat mana yang boleh. Semua sekali just 4 trip je.. around 4 petang macam tu setel.
Erm sebak jugak nak tinggalkan rumah lama ni, yelah 2 tahun jugak jadi warga Bukit Jalil. Eh padahal Bukit Jalil 5 minit je dari rumah baru.. sempat update IG stories dari rumah lama. BBL paling rindu bilik medium sebab sejuk tak kena cahaya matahari. Pasang kipas je dah sejuk & tutup langsir. Pukul 2 petang tak terasa bahang panas.. syok tidur bilik tengah ni.
Benda pertama kami pasang off course la tilam. Tu paling penting kan.. barang lain lantak pi la. Masa trip terakhir tu boleh planning nak celebrate new year kat mana tau..sempat weh. Setel je pasang katil & letak tilam terus siap-siap mandi nak keluar.
Dah siap pindah barang ke rumah baru!
Next saya akan share pengalaman register dengan TIME internet & best tak guna TIME sebagai wifi rumah ye
Tips Pindah Barang
1. Simpan/kemas barang dalam kotak. Senang nak angkat & susun dalam kereta/lori
2. Tulis atas kotak apa isi barang seperti bahan mudah pecah - senang nanti nak susun di rumah baru
3. Jika pindah rumah ke bangunan bertingkat, guna trolley untuk angkut dari lori/kereta ke lift
4. Pindah barang besar, berat & banyak bahagian seperti katil, almari, meja, kerusi
5. Lagi ramai tolong, lagi cepat setel kerja
6. Skru, nut kumpul dlm satu bekas sahaja. Lagi bagus label dlm pek kecik-kecik
Overall barang besar cuma cermin, rangka katil 2 set, rak kayu Albert & mesin air Coway. Yang lain cuma barang-barang dalam kotak. Jangan ingat tak muat mpv Alza ni..sumbat mana yang boleh. Semua sekali just 4 trip je.. around 4 petang macam tu setel.
meja komputer ni jenis pasang siap, boleh tanggal & pasang guna skru je
cermin besar & pokok tu saya punya
kunci rumah lama buat kali terakhir T.T
Dah siap pindah barang ke rumah baru!
Next saya akan share pengalaman register dengan TIME internet & best tak guna TIME sebagai wifi rumah ye
0 Budak Suka Minum Bandung Laici