Selamat Hari Lahir Housemate!

11:36 PM


Assalamulaikum semua..

Masih belum terlambat BBL nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri tuk korang semua. Amacam raya tahun ni? Meriah ke tidak.. ha tahun ni saya beraya di KL je sebab tak boleh rentas negeri kan. Sedih tu mesti rasa sedih tak dapat beraya dengan family tapi tahun depan kita raya sakan ganti raya 2020 okay!

Alang-alang sambut raya, saya celebrate sekali birthday Zulhilmi - blogger vainzstory.blogspot.com btw hari lahir dia jatuh 15 Mei. Tak silap dah 2 kali birthday dia jatuh time bulan puasa. Apa boleh buat kan. Time government announce PKPB boleh bergerak 10km dari rumah, dia balik rumah mak cik dia kat Sentul tu. Lagi 11 hari birthday dia, BBL pun sebenarnya dah plan lama macam mana nak sambut birthday dia..tapi since dia balik rumah mak cik tuk cat rumah baru..saya deko la rumah dengan belon. Time raya pancing dia balik rumah!

Siapa sangka planning akhirnya menjadi.. petang 1 Syawal dia balik rumah sebab ajak datang beraya rumah sendiri kan. Tak sangka dia terkejut dengan rumah penuh dengan belon atas siling. Kemain suka sampai pipi budak tu.

Belon-belon, belon huruf 'Happy Birthday' & number 22 semua BBL beli dalam Shopee je sebab harga murah sikit compare beli kat kedai biasa. Ni list barang saya beli

1. Set helium 'Happy Bithday' Gold Black RM18.80 - Beli sini >  Shopee.com/happybirthdayblackgold


Satu pek ni ada 55 belon & helium. Berbaloi teruk beli sebab tengok harga kedai dekat RM30 jugak. Size word Birthday tu pun besar.. tengok la sampai penuh dinding tu hahaha

2. Rainbow belon 22 RM2.00 - Beli sini > Shopee.com/rainbownumber
Si housemate ni tahun ni masuk 22 tahun. BBL beli 2 number 2 tu tapi sama tengah isi angin, boleh pulak terlebih pam. Sudahnya pecah..sayang dah la cantik T.T


Terpaksa la beli number 2 warna gold kat kedai. Nasib baik sama size je 32 inch hahaha

3. Belon gold confetti RM4.37 - Beli sini > Shopee.com/GoldConfetti
Belon yang ada sparkling gold dalam tu namanya confetti. Cantik weh nampak transparent gitu. Beli online ni banyak pcs satu pek. Berbaloi teruk la dapat 12 pcs semua sekali. Seller pun jual banyak jenis kaler. Gold, rose gold, black, pink, purple



4. Belon hitam & putih RM7.90 - Beli sini > Shopee.com/black&whiteballoon
Ni ada 50 pcs belon..harga bawah RM10 je pun. Memang BBL cadang nak penuhnya ruang tamu & bilik dia dengan belon pun hahaha sebab dia takut bunyi belon meletop! saja nak sakat dia hahaha


5. Pam belon RM3.50 - Beli sini > Shopee.com/BalloonAirPump
Nak isi helium tak mampu sebab mahal sangat..so gigih la pam guna angin je. Jangan buat hal dik nak tiup guna mulut. Sakit mulut tiup banyak-banyak belon unless buat kerja berjemaah okay la haha


Satu lagi nak senang beli pam belon jenis elektrik ballon blower pump. Harga murah je bawah RM40 je satu. Boleh beli sini > Shopee.com/ElectricBalloonBlowerPump


Ni BBL amik masa 2 hari nak setel pam hampir 100 belon. Gigih weh..itu belum lagi ikat belon bila dah siap pam. Lagi time puasa tak boleh nampak push sangat.. buat sikit-sikit je.

Tada...ni hasil dekoasi suprise BBL tuk housemate!

 kalu belon warna merah sama macam citer IT haha


Tengahari Syawal tu pergi IOI Mall Puchong beli kek aiskrim Baskin-Robbins. Mula-mula tu pergi kedai Baskin area rumah tapi banyak kek dah sold out. Tinggal size besar 9 inch harga RM200 lebih. Sedih pulak..tu shoot pergi IOI kejap. Nasib ada stok kek kecik banyak lagi. Pilih pun termenung nak choose which one, saya beli kek Ohana ni. Comel sebab macam sarang burung atas tu ada aiskrim comel-comel macam telur hehe. Boleh tengok list jenis kek & harga kat entri BBL pernah update sebelum ni. 

Ohana cake aiskrim - flavour Cookies n Cream

Then ada promo beli kek dapat free 1 scoop aiskrim. Wuu double happiness gitu. Kek aiskrim tu dorang letak dalam box polistrin dengan dry ice. So boleh tahan dari cair sebelum sampai rumah. Staff bagitau bila sampai rumah elok terus letak kek dalam fridge bahagian beku tuk make sure kek tu maintain sejuk. Yelah aiskrim kan.


Around 5 pm baru si zul sampai rumah. Apa lagi terus senyum terkejut tengok rumah penuh dengan belon..hehe setahun sekali je kita treat Best Friend ni special amat.. okay la semoga zulhilmi panjang umur, murah rezeki & dipermudahkan urusan dunia serta akhirat. Selamat Hari Lahir Besty! 


Okay setel satu suprise. Tahun depan kalu ada rezeki boleh buat sekali lagi suprise. Ha korang boleh la try barang-barang BBL mention kat atas untuk birthday anak, adik beradik, mak ayah atau orang tersayang. Cheers!


You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici