Cable Car & 3D Art Muzium Langkawi Memang Tak Pernah Miss Out Bila Datang Langkawi
12:49 AMAssalamualaikum semua..
Sebut nama Langkawi apa benda pertama keluar dalam fikiran korang? Cable car? Yes otak kita fikir benda sama. Nampak sangat sel sel otak kita tengah berhubung hahaha
Panorama Langkawi - Pemandangan Terbaik Langkawi
Sejak dari bubble travel pada 16 September 2021 memang Cable Car Langkawi jadi hotspot utama pelancong yang datang bercuti ke Langkawi. Yelah semestinya rindu nak naik cable car lepas hampir 2 tahun tak boleh jejak kaki ke pulau Mahsuri ni kan. Last BBL datang tak silap 2017 macam tu.
Ada 4 tarikan utama Panorama Langkawi iaitu
1. SkyBridge
2. SkyDome
3. SkyCab
4. SkyGlide
Bukan tu je, ada lagi tambahan lagi seperti Skyrex, SkyBoutique, SkyBistro, 6D Cinemotion & 3D Art Langkawi.
First bila sampai tempat parking kereta make sure korang pakai facemask (bawa extra takut facemask terbang atas gunung) & hand sanitizer sebelum masuk ke Oriental Village. Benda wajib sekarang ni. Betul tak. Then boleh terus pergi beli tiket cable car. Ada 2 option nak beli tiket sama ada beli manual beratur kat kaunter atau beli siap-siap online - boleh beli kat sini tiket. Biasanya hujung minggu atau cuti sekolah/public holiday memang akan ramai orang. BBL suggest better datang waktu pagi nak elak bersesak ramai orang & korang ada banyak masa nak lepak layan view Langkawi dari atas Gunung Mat Cincang ni.
Harga Tiket Cable Car Langkawi
Sekarang ni ada promosi harga tiket cable car untuk bulan November 2021. Harga tiket bagi orang dewasa just RM43 & kanak-kanak RM33 je. Make sure tunjuk kad pengenalan untuk rate harga rakyat Malaysia. tak pasal-pasal kena charge harga pelancong asing hehe
Lepas dah beli tiket BBL terus beratur nak naik SkyCab. Satu cable car boleh muat 4 orang dewasa. Nanti staff akan assist semua pengunjung. Satu info BBL nak share sebenarnya ada 4 jenis gondola - VIP Gondola, private gondola, 360 gondola, glass bottom gondola. Macam saya naik nie jenis biasa je. Dari main station nak ke check point pertama ambil masa 10-15 minit macam tu. Dari dalam gondola boleh layan view samitari hutan Gunung Mat Cincang. Mula-mula memang rasa cuak sikit, pastu telinga start rasa berdengung sebab dah makin tinggi dari atas laut kan.
Sambil tu boleh nampak Air Terjun 7 Tingkat. Memang cantik sekali panorama dari atas. Okay BBL tunjuk sikit gambar saya snap.
Check point pertama semua pengunjung akan berhenti di dek peninjau. Dari sini boleh nampak all most half Pulau Langkawi seperti Lapangan Terbang Langkawi, Pantai Chenang, Pulau Dayang Bunting, Pekan Kuah dan pulau-pulau sekitar kawasan Langkawi. Ni kalu lepas hujan, memang kabus tebal. Time BBL naik waktu petang nampak kabus sekitar kaki Gunung Mat Cincang. Dah puas bergambar terus gerak naik gondola ke station 2 yang ada dua tarikan lain.
Yeay dah sampai puncak gunung. Serius pemandangan atas ni real superbeb. Sayup mata memandang nampak hampir seluruh kawasan Langkawi terutama Pekan Kuah tu. Oh btw dah start rasa sejuk sikit sebab memang angin & cuaca atas sini sejuk, ketinggian 713 meter. Nah view dari atas puncak. Cantik tak?
Main attraction atas sini semestinya SkyBridge. Titian gantung bengkok ni siapa dibina tahun 2004 & ia dibina melengkung merentasi puncak Gunung Mat Chincang. Nak tahu tinggi tak tinggi? Siapa berani cuba pandang ke bawah menerusi cermin glasses yang ada pada jambatan ni. Titian ni sangat unik sebanya walaupun tergantung tetapi hanya berpaut pada sebatang tiang penahan. BBL baru tahu sebenarnya pembinaan struktur ni langsung tak menjejaskan tumbuhan semulajadi yang ada sekitar tapak bawah & artkitek yang design serius genius!
Panjang titian gantung ni 125m sekaligus menjadikan ia sebagai jambatan tergantung melengkung terpjanag di dunia. Fuh bangga betul orang Langkawi kan. Oleh sebab keadaan muka bumi Gunung Mat Chinchang agak mencabar, proses menyiapkan struktur ni menggunakan helikopter tau.
Penghujung jambatan ni BBL boleh nampak pemandangan sisi Langkawi dengan geografi batuan kapur sangat mengagumkan terutama hutan & gunung sekitarnya. Lapar? tak yah risau boleh makan kat SkyBistro minum hot chocolate dulu. Dah puas sakan bergambar boleh la naik gondola turun ke bawah.
Along the way nak keluar, semua pengunjung boleh shopping beli cenderahati ole-ole dalam SkyBoutique. Macam-macam la buah tangan ada dari key chain, fridge magnet, topi, t-shirt, soft toys, mug & banyak lagi la.
Next pit stop off course 3D Art Muzium yang paling BBL excited nak masuk sebab kat sini boleh pose ootd aneka 3D art. Dah banyak site baru nampaknya. Nah saya tunjuk sikit gambar dalam muzium ni.
Tu la serba sedikit celoteh BBL nak share dengan korang apa yang special & menarik kat sini. Make sure Panorama Langkawi termasuk dalam list aktiviti anda akan buat di Langkawi nanti. Chow..
Panorama Langkawi
Waktu Operasi : Setiap hari dari 9.30 pagi - 6.00 petang
Facebook | Instagram | Wesbsite
0 Budak Suka Minum Bandung Laici