Dayang Bunting Campsite @ Langkawi - Throwback Survival Berkhemah Zaman Sekolah

6:40 AM

Assalamualaikum...

berkhemah... berkhemah bersama si nopal..

si nopal..si nopal..

Pernah tak terbayang datang ke Langkawi, tak check in hotel tapi berkhemah tepi pantai, buat unggu api, ber bbq macam kem perkhemahan sekolah dulu. Paling adventure tapak campsite tu di sebuah pulau tanpa ada orang tinggal & cuma anda sahaja bermalam situ. Ada berani?

Ha bagi mereka yang mahu kelainan & mencuba pengalaman baharu ala-ala survival Squid Game..BBL ucapkan "Selamat Datang Ke Pulau Dayang Bunting Campsite!". 

Test Drive Survival Skills Zaman Sekolah

Dari Jeti Marble (sebelah Jeti Kuah) kami naik bot yang ambil masa lebih kurang 20 minit. Satu-satu transport access keluar masuk ke Dayang Bunting Campsite adalah menaiki bot. Lepas aktiviti yacht cruise tour memang terus gerak datang ke campsite. Seronok jugak sekali sekala keluar dari kebiasaan kita buat di pulau mahsuri. 

- jeti tempat bot berlabuh untuk pengunjung turun ke campsite ni

Apa Perlu Bawa?

  Khemah

  Lampu suluh

  Barang makanan basah & kering

  Peralatan untuk memasak (dapur kecik, gas, lighter, periuk, pinggan, gelas, sudu & so on)

  Pakaian basah & kering 

  Peralatan mandi

  Joran memancing (incase nak pancing ikan)

Fasiliti Dayang Bunting Campsite

Macam saya bagitau tadi, kat pulau ni cuma ada anda & khemah je. Hahaha cuak la tu.. kat sini ada tempat mandi, tandas & dewan serbaguna. Basically dulu sebelum covid melanda, pelancong asing terutama dari China selalu singgah makan tengahari atau minum petang bila tour Pulau Dayang Bunting. Sepanjang dua tahun ni mana border buka, so fasiliti dewan terbiar macam tu je. Jadi pemilik tempat ini tampil dengan idea untuk menjadikan kawasan ini sebagai destinasi campsite bagi mereka yang mahu bercuti di Pulau Langkawi dalam mood adventure. 

- pantai jernih & cetek je. best wo mandi

- kawasan lapang untuk dirikan khemah / buat aktiviti

- bawah pokok banyak buaian tau

- tandas & bilik mandi

- ruang dapur incase datang berkumpulan besar

- dewan makan/dewan berteduh

Berbalik cerita kami, lepas sampai di campsite. Kami terus terus bahagi tugas - satu group siapkan khemah, satu group siapkan unggu api & satu group sediakan makan malam. Memandangkan kami datang dalam kumpul besar lebih kurang 24 orang macam tu, best option ialah ber BBQ!

BBL, Aeril, Dboy & Eddy dapat task pacak khemah. Nasib baik la khemah jenis pasang siap. Mudah sikit kerja. Oh ya, kalu nak tidur dalam hammock pun boleh. Kat sekitar campsite ada pokok untuk gantung hammock tu. Tada dah siap khemah kami.

- fuh nie kalu bangun pagi tengok sunrise keluar memang awesome!

Dari tapak campsite mengadap laut tau, bila waktu malam boleh nampak pekan Kuah terang amat. Memang clear nampak Menara Maha & bangunan hotel area Kuah tu. Rezeki kami petang tu hujan tau, bila malam langit memang cerah giler nampak bintang. Tambah lagi kawasan campsite agak gelap terlindung memang clear nampak bintang-bintang beraburan. 

Setel pacak khemah, BBL tolong si Xulhilmi siapkan bara untuk BBQ malam tu. Kutip la ranting, kayu pokok & daun mati nak hidupkan api. Lucky si Xulhilmi memang setiap minggu pergi hiking & berkhemah dalam hutan. So dia sangat pro bab hidupkan bara api ni. Memang serah duty pada dia je. 

While team masak-masak - Along Murni, Zharif, Faries, Mahamahu & Sinny sibuk siapkan bahan untuk BBQ. Kami bawak ikan, udang, ayam, daging, sosej & ubi kentang. Fuh tak sabar tunggu makanan siap masak nanti. Lagi satu campsite ni tak ada bekalan elektrik, jangan bawa rice cooker pulak. Nasib baik skill survival Maha memang tip top. Dapat la masak nasi dalam periuk kecik. Bila bara api dah siap, excited la si Xulhilmi nak bakar semua makanan tu. Sejam lebih pastu siap semua makanan.

- wallah.. bila dah lapar semua nampak sedap

Yeay masa untuk makan. Bila perut dah lapar, masing-masing memang berselera makan. Tambah lagi air tangan Along Murni. Siap bertambah ye. 

Part mandi ni paling kelakar. Sebab bilik mandi tak ada lampu, maka masing-masing ajak teman pergi mandi & toilet. Yelah siapa je tak takut waktu malam kan. Dah la kami je kat pulau tu. Dari seram terus bertukar gelak ketawa dek masing-masing buat lawak sambil mandi. Air untuk mandi datang dari air tadahan atas bukit pulau. Agak sejuk bila mandi waktu malam. Syok habis mandi beramai-ramai macam kem berkhemah sekolah dulu. 

Malam tu sebelum kami lepak ramai-ramai tepi pantai sambil berborak pasal aktiviti kelakar trip travel ke Langkawi. Siap kena bahan masing-masing. Ada je memori kami rasa cukup bermakna dari hari pertama jejak kaki pulau Mahsuri hingga perkara pelik tapi kelakar di campsite. Contohnya, masing-masing bertaburan lari kejar monyet yang curi roti hahaha kelakar betul bila ingat semula. Pergh memang layan tengok laut walaupun gelap sambil minum milo o panas. Tambah lagi angin sempoi mencium pipi. Eh!

Di Langkawi biasanya lepas subuh cuaca dah cerah terang. Siapa yang nak tengok sunrise better bangun awal. Memang nice tengok langgit merah waktu matahari keluar sebalik gunung pulau besar Langkawi. Perfect moment duduk tepi pantai sambil minum nescafe panas.. 

Satu lagi waktu pagi air laut surut & sesuai untuk aktiviti mencari kepah, lokan & siput sekitar kawasan pantai. 

Sayang seribu kali sayang kami just stay semalam je. Kalu boleh stay 2 3 hari confirm banyak aktiviti boleh buat seperti

 Mandi air laut

 Memancing

  Hiking kawasan bukit

 Tengok sunset/sunrise

Btw kawasan tapak khemah ni luas & besar. Rasanya boleh muat hampir 50 orang dalam satu masa. Lagi ramai lagi seronok dapat buat aktiviti sukaneka, team building, water confident tak pun jadi kem bina semangat. Lah tiber..

Incase anda berminat untuk merasai pengalaman unik di Dayang Bunting Campsite ni boleh contact nombor bawah ni.

+6013-4323268 (PK)

+6018-2404505 (Adam Daniel)

Sekian cerita dari BBL.


You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici