Kubang Badak Biogeotrail - Destinasi Unik Tak Ramai Orang Tahu Di Langkawi
2:03 AMAssalamualaikum & hello geng..
Salah satu aktiviti BBL paling suka bila travel mesti explore tempat semulajadi contoh masuk hutan. Sebut Pulau Langkawi memang tak sah tak merasai pengalaman melihat geowarisan & buadaya yang ada sekitar permata Kedah ni sesuai dengan status geoprak Global UNESCO ke 52 di dunia & pastinya yang pertama di Asia Tenggara.
Salah satu destinasi menarik yang baru BBL discover baru-baru ni iaitu Kubang Badak Biogeotrail. Lokasinya yang sangat dekat dengan Thailand menyimpan 101 cerita sejarah melibatkan dua buah negara. Kat sini saya sempat merasai pengalaman baru & pengetahuan tentang warisan geologi, biologi & budaya sekitar Kubang Badak.
Asalnya kawasan ini cuma perkampungan nelayan biasa, namun selepas ramai pengkaji datang melakukan penyelidikan rupanya tersembunyi banyak tarikan baru yang boleh menarik pelancong terutama mereka yang suka alam semulajadi. So apa tunggu lagi, meh ikut BBL bawa anda tour sedikit.
Aktiviti biogeotrail bermula di Jeti Nelayan Kubang Badak & kami dibawa menyusuri Sungai Kubang Badak & Sungai Siam. Oh ya, ada dua cara kita boleh explore Kubang Badak sama ada naik bot atau kayak. Sambil tu pemandu bot akan bercerita tentang sejarah & keunikkan setiap persinggahan kami.
Ada 12 hentian geopark
1. Jeti Kubang Badak
2. Pulau Kubang Badak
3. Bukit Menora
4. Tapak Kebuk Arang Lama
5. Pulau Jemuruk - geotapak fosil kambra
6. Gua Pinang
7. Tanjung Mendidih
8. Beting Pasir
9. Kampung Siam
10. Tanjung Buta
11. Titik Pandang
12. Snorkeling Pulau Dangkil
Pertama abang bot akan membawa kami semua melalui Sungai Siam. Salah satu sungai yang menyimpan pelbagai sejarah kedatang masyarakat Siam ke Pulau Langkawi. Malah dulu ada perkampungan Siam sekitar tepi sungai Kubang Badak. Pemandangan kiri kanan sungai sungguh mengasyik takala melihat pokok-pokok bakau tumbuh subur.
Ketika menyusuri sungai, kami dapat melihat Bukit Menora iaitu sejenis 'mogot' istilah geologi untuk bukit tunggul bercerun curam yang terbentuk oleh sama ada batu kapur, batu marmar atau batu dolomit. Memang cantik weh.
Kawasan ni sangat kaya dengan pokok bakau, tak hairan persingahan pertama kami ke Beting Pasir - lokasi pusat tanaman semula anak pokok bakau. Sini biasanya banyak company GLC, badan kerajaan & institusi koporat menjadikan aktiviti menanam pokok bakau sebagai salah satu program CSR. Mula tu macam terkejut eh tengah-tengah sungai ada beting pasir macam pulau timbul gitu.
Selain tu, persinggahan wajib pastinya peninggalan tapak kebuk arang lama. Dulu masyarakat sini gunakan ia sebagai tempat membakar kayu bakau untuk dijadikan sebagai kayu arang. Sangat besar serta dibuat dari sususan batu sungai membentuk seakan igloo. Serius kagum habis seni binaan orang dulu-dulu. Dari explanation abang bot kami, kebuk arang ni berusia lebih 100 tahun. Serba sedikit memberi gambaran ia salah satu aktiviti utama komuniti Siam sekitar Kampung Budak Badak.
Destinasi wajib dikunjungi mestilah Gua Pinang. Untuk sampai ke sini, kami perlu berjalan sekitar 10 minit dari kebuk arang lama melalui kawasan tepi bukit kapur. Menurut sumber, gua ni adalah tinggalan gua laut kuno yang terbentuk hasil proses ombak ketika paras laut berada sekitar 15 meter (berbanding sekarang) kira-kira 6,000 tahun lampau. Kesan peninggalan kulit keran, tiram & siput kuno masih utuh di sekitar pintu masuk Gua Pinang.
Sekarang tarikan utama dalam Gua Pinang ialah pengalaman melihat sendiri burung kelawar tergantung atas siling gua. Kalu ada lampu sportlight jangan lupa bawak. Boleh nampak clear kelawar banyak dalam ni. Texture batuan kapur Gua Pinang sangat memukau mata.
Kalu cuaca cerah, bot pelancong akan bawa pengunjung mandi manda di Pulau Dangkil. Fuh best betul sebab air memang tenang, warna hijau biru dan paling penting ada life jacket incase korang tak pandai sangat berenang. Sakan ye BBL berenang mengalahkan Pandalela Rinong hehe
Kadang-kadang kita lupa nak menghargai alam semulajadi yang ada sekeliling terutama hutan bakau yang sangat penting dalam ekosistem hidupan laut selain berfungsi sebagai benteng mengelak hakisan laut serta ombak besar ke kawasan daratan. Off course haiwan paling BBL suka tengok kalu ke hutan bakau mestilah ikan belacak. Tahu kan ikan ni boleh hidup dua alam. Kejap duduk atas darat, kejap duduk dalam air.
Otw nak balik jeti tu hujan turun selebat alam.. fuh sejuk amat. Nasib baik la ada restoren Nelayan KB Cafe di pengkalan Jeti tu. Fuh memang terbaik waktu tengahari dapat makan nasi panas-panas dengan lauk masakan orang Langkawi. Ni pun first time try makan Kerabu Bronok - makanan laut tradisi penduduk Langkawi. Lauk Ikan Termenung pun boleh tahan sedap & isi ikan pun manis. Yelah makan dengan ulam kampung + ikan goreng memang bertambah la nasi. Incase korang datang ke Kubang Badak, harus la cuba makan sini.
Incase anda berminat untuk merasai pengalaman unik di Kubang Badak Biogeotrail ni boleh contact nombor bawah ni.
+6013-4323268 (Puteri Kassandra)
+6018-2404505 (Adam Daniel)
Jumpa di next entri okay.
0 Budak Suka Minum Bandung Laici