Laman Web Baskin Robbins Digodam

2:06 PM

Semalam kita telah menyaksikan bagaimana Lin Dan akhirnya
berjaya merampas pingat emas dari Dato' Lee Chong Wei
yang menyebabkan ramai rasa terkilan & sedih
kerana beliau gagal membawa pulang pingat emas
sebagai syarat untuk seluruh rakyat Malaysia menikmati 
ais krim baskinrobbins secara percuma pada 8 Ogos 2012
jam 8.00 malam sehingga 10.00 malam
di seluruh 61 outlet Baskin Robbins Malaysia.



Dek kerana terlalu kecewa & mungkin tidak dapat menerima hakikat 
 dengan kekalahan Dato' Lee Chong Wei, 
sekumpulan pengodam tempatan (kampung dirahsiakan)
telah mengodam lama web baskinrobbins.com.my 
& telah menambah satu fail khas pada laman tersebut dengan
mesej kecewa dengan kekalahan tersebut & meminta aiskrim percuma
yang di war-warkan sebelum ini.


Laman Baskin Robbins yang di godam oleh Difacer PhantomCrews 

Sejurus selepas kekalahan Lee Chong Wei,  
fan page facebook.com/MYBaskinRobbins telah membuat kenyataan, 
kita masih ada peluang untuk mendapatkan pingat emas selain Dato' Lee Chong Wei,
terdapat lagi beberapa atlit lain berpotensi membawa pulang pingat emas 
dalam acara Olimpik termasuklah pocketroketman, Azizulhasni Awang 
yang akan bersaing dalam acara Keirin hari ini. 



Jika Azizulhasni Awang berjaya mendapat pingat emas,
maka seluruh rakyat Malaysia akan bersorak kembali
untuk hadiah secedok aiskrim Baskin Robbins Rabu depan.


BBL ~ hanya di Malaysia, rakyatnya dapat makan aiskrim percuma
untuk pingat emas olimpik
[-..-]""










suka entri ini? apa kata kongsi dengan kawan-kawan di...

You Might Also Like

4 Budak Suka Minum Bandung Laici