Selamat Hari Lahir Kepada Saya

5:18 AM



Cepat betul masa berlalu, tak sangka sudah 8 030 hari atau 
22 tahun BBL menghirup oksigen di bumi Allah ini.
Syukur alhamdulilah masih diberi kesempatan untuk
menaip entri ini untuk berkongsi kisah gembira
ibu bapa BBL menyambut kelahiran anaknya, 22 tahun lalu.

Rasa seperti baru semalam menaip entri untuk ulangtahun ke 21
& hari ini dah keluar entri hari lahir ke 22.
Sepanjang tahun 2011/2012 ini banyak coretan dalam kamus hidup BBL
ada gembira, sedih & itulah ramuan kehidupan.
BBL sudah mampu berbangga dengan segulung diploma
& kini berjuang untuk ijazah pula. 


Blog ini, sebahagian dari hidup BBL. Kalu dulu hanya mengharap
ehsan wifi McDonalds & terpaksa curi-curi update entri dalam
makmal komputer, kini BBL selesa di rumah dengan wifi sendiri.
Terima kasih ayah untuk BW1M (Bantuan Wifi 1 Malaysia).


Tak lupa terima kasih kepada pembaca setia BBL & pembaca senyap-senyap
kerana andalah inspirasi untuk BBL terus aktif berblogging.
Kerana korang lah, trafik BBL sekarang semakin mencacak 
dengan lebih 47 ooo page view walaupun baru 2 tahun
di wujudkan. Bagi BBL 47k adalah angka yang besar
dengan purata 500 page view setiap hari.

Sekali lagi hari lahir BBL jatuh pada bulan Ramadhan,
bulan penuh dengan kemulian untuk kita semua.
Terima kasih untuk doa & ucapan di Facebook & Twitter.
Semoga Allah saja yang membalasnya. 

sebahagian dari ucapan di facebook

Assalamualaikum..


BBL ~ selamat hari jadi buat anda lahir pada hari ini
[-.-]~~



Jom Buat Duit Sambil Online Facebook, Twitter, Tumblr & Blog. Percuma & Mudah






suka entri ini? apa kata share dengan kawan-kawan di..


You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici