Membongkar Konspirasi Sukan Olimpik London 2012 - Siri 2

5:38 AM

------------------------------------------------------------------
AMARAN BBL

Artikel dibawah bukan fakta 100% yang boleh dipercayai bulat-bulat.
Ia berdasarkan pemerhatian & perkaitan antara satu sama lain.
Semua yang terjadi adalah ketentuan Allah S.W.T.
& manusia hanya mampu merancang.
Terpulang pada korang untuk membaca dari segi positif 
atau negatif & anggap ini satu maklumat untuk pengetahuan bersama.
Peace! 
-------------------------------------------------------------------------------------


Jika sebelum ini BBL kongsi membongkar konspirasi sukan olimpik siri 1
& BBL akan bongkar lagi untuk acara pembukaan sukan Olimpik pulak.

F) Acara pembukaan sukan Olimpik


BBL menonton video acara pembukaan di Youtube/OfficialOlympic2012.
BBL tertanya-tanya apa kaitan acara pembukaan ini dengan sukan?
Dari permulaan menunjukkan sebuah perkampungan, transformasi ke industri 
& lain-lain persembahan. Mungkin bagi mereka yang mengkaji simbol-simbol 
& agama Pagan Mesir kemungkinan besar korang akan memahami apa mesej
yang disampaikan melalui persembahan malam itu.
Tak pe, BBL akan cerita apa mesej disebalik acara pembukaan.


Bersedia? Jom kita baca..


Acara tersebut jelas menunjukan bagaimana keturunan Mesir purba ini
mengunakan kuasa simbol-simbol & ritual untuk menghipnosis kita sehingga
ramai diantara kita sebagai penonton di dalam stadium atau di televesion
kagum dengan acara pembukaan besar-besaran tersebut.
Memang licik bukan? Untuk pengetahuan korang,
 Ahli Jawatankuasa Antarabangsa Olimpik telah membuat persediaan
sejak 7 tahun lalu  iaitu tahun 2006 untuk memastikan pembukaan 
ini terhebat dalam sejarah.


ceritanya bermula.


Acara pembukaan dimulakan dengan sketsa suasana padang rumput British
dengan sebatang pokok di atas bukit. Dua buah lagu dimainkan semasa
saat itu bertemakan bandar-bandar Babylon & Jerusalem.
Adakah bukit tersebut melambangkan Menara Purba Babylon?



Bukit di pembukaan Olimpik London 2012



Menara Purba Babylon oleh Pieter Bruegel 

Pembukaan : Babylon

Upacara olimpik dibuka dengan orkestra bermain lagu Nimrod oleh Enigman Variations.
Raja Nimrod adalah diktator yang pertama di dunia & pembina Menara Babylon.
Selain dianggap "Master Pertama & paling cemerlang " oleh persaudaraan Freemeson.
Asal "World Order/Perintah Dunia" boleh disusur kembali ke zaman Babylon,
di mana Raja Nimrod menderhaka kepada Allah S.W.T..
Dia mempunyai visi mengetuai kerajaan global tunggal  untuk mengawal
isu-isu ekonomi, politik & agama di seluruh pelusuk dunia.


Nimrod oleh  Enigman Variations

Jerusalem


Selepas loceng olimpik di bunyikan, sebuah lagu "Jerusalem" dinyanyikan
oleh anak-anak muda sebelum disertai oleh kior kanak-kanak.
Pada hari tersebut, BBL menonton video pembukaan di Youtube
dalam video HD & bunyi Dolby, hasilnya sangat menyeramkan
sampai bulu roma boleh terangkat.


Kior kanak-kanak terus menyanyi & disusuli oleh sekumpulan lelaki
memakai topi traditional & bersut hitam yang berkumpul 
sekitar padang rumput hijau British.
Kemudian pokok besar di atas bukit di bangkit sebelum muncul
 Kenneth Branagh (seorang jurutera British yang terkenal) 
membaca hasil seni dari Shakespeare - The Tempest




Persediaan untuk acara pembukaan


kemudian muncul dari lantai, menara-menara yang kononnya
menara industri.




Glastonbury Tor sebagai tempat berkuasa, sama seperti piramid.


Suasana ketika ini sama seperti di dalam gambar kecik sebelah kiri.
Di sini, mereka telah merubah "syurga" digambarkan perkampungan
British kepada "neraka" iaitu industri logam.
Memang betol kan? di dalam Syurga tempatnya tenang, penuh dengan 
kehijauan, ada sungai, pokok-pokok besar & 
Neraka pula tempatnya panas, penghuninya dalam keadaan kotor & 
bercelaru = pekerja industri logam.




Pendemonium adalah kuil Masonic berskala besar.
Ini digambarkan sebagai "neraka"


Pokok Olimpik Pokok Yahudi


Penghinaan kepada Nabi Musa 

Bertambah pening BBL, tak kat Olimpik nak beri penghormatan kepada
NSH (Sistem Kesihatan Kebangsaan) apabila  muncul beratus-ratus
 katil bercahaya bersama doktor & jururawat.
Kemudian menyusul replika seorang bayi ke tengah padang.
Ini mungkin simbolik kepada penghinaan kepada Nabi Musa.
Diceritakan bahawa Nabi Musa dihanyutkan oleh ibunya di sungai Nil
kerana bimbang tentera Firaun akan membunuh mana-mana
bayi lelaki yang dilahirkan ketika itu. Ini kerana ahli nujun firaun ketika itu
meramalkan akan lahir seorang bayi lelaki yang akan menentang &
menjatuhkan kerajaannya. 




Gambar ini, seorang bayi sedang tidur & dibawa secara perlahan-lahan.
Mengambarkan bahawa bayi tersebut adalah Nabi Musa yang
sedang dihanyutkan di atas sungai Nil ketika waktu malam.
Jika korang perhatikan, warna sekeliling adalah biru bercampur hitam.
Warna hitam melambangkan suasana malam &
 biru melambangkan warna air sungai nil. Susunan katil sebelah bayi tersebut
menyerupai bentuk bulan sabit.




Selepas itu muncul pula patung seolah-olah ahli sihir yang memegang tongkat.
Korang mungkin pernah mendengar cerita mengenai nabi & rasul kita yang
diberi mukjizat termasuklah Nabi Musa mempunyai tongkat 
berkuasa yang telah membelah laut setelah mendapat petunjuk dari
Allah S.W.T. bagi menyelamatkan diri serta kaumnya Bani Israil 
dari dikejar olehh tentera firaun. Dengan kuasa Allah, laut telah terbelah dua
& ketika firaun melintasi laut itu kembali kembali sedia kala &
telah menenggelamkan firaun & pengikutnya.





Pihak penganjur menggambarkan Nabi Musa sebagai ahli sihir tersebut.
Dikatakan ketinggian Nabi Musa adalh 40 hasta.

1 hasta = 45.72 cm
40 hasta = 1828.8 cm
1828.8 cm = 18.2 meter

Bukankah ketinggian ahli sihir itu lebih kurang 18 meter?

Peta Kota Raya London

Jika korang perasan selepas rumput-rumput diangkat keluar dari stadium,
permukaan lantai menjadi bercorak seakan-akan lantai di dalam 
kilang logam kan? Sebenarnya corak itu adalah peta kota London.



Ini sahaja BBL kongsi, ada banyak lagi konspirasi yang belum dibongkar
sama ada kita sedar atau tidak. BBL menanti upacara penutup sukan
Olimpik London 2012 kerana lebih banyak konspirasi akan berlaku.
Inilah temasya sukan paling menimbulkan banyak konspirasi berbanding 
sebelum ini.








BBL ~ meremang bulu roma
[*.*]




Jom Buat Duit Sambil Online Facebook, Twitter, Tumblr & Blog. Percuma & Mudah










suka entri ini? apa kata share dengan  kawan-kawan di..

You Might Also Like

5 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Subhanallah.memang betol pon ape yg dikemukakan BBL..diorang memang licik sangat2..buat plan pon bertahun2..jahatnye dorang..huhuu

    ReplyDelete
  2. @Crafty Nieya : BBL sendiri terkejut dengar acara pembukaan dirancang selama 7 tahun untuk Olimpik 2012.

    ReplyDelete
  3. BBL, buat la entry ttg majlis penutup pula..katanya macam ada mentera dibaca sewaktu majlis penutup...

    ReplyDelete
  4. @kyairulniza : bakal menyusul selepas ini.

    ReplyDelete
  5. Adakah mereka yang merancang Virus COVID-19 ini?

    ReplyDelete