Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Friday, September 4, 2015

#MovieReview : The Transporter Refueled


Assalamualaikum & hello there,

Dah baca sinopsis The Transporter Refueled minggu lepas? Boleh rujuk entri SINI. Semalam BBL baru sempat tengok movie The Transporter Refueled. Dah la premier screening tak pergi, rugi betul. Tak pelah, yang paling penting BBL dah tengok. Jom check out apa #MovieReview The Transporter Refueled kali ini.

80% full tank action!

Serius dari 1st time BBL tengok trailer The Transporter Refueled waktu tonton movie Hitman : Agent 47 (#MovieReview - SINI) di Gold Class GSC Pavi (review SINI) memang dah aim nak tengok. Tak menyesal langsung tengok  The Transporter Refueled kali ni. Baru paham apa sinopsis sebenar citer ini. Baca sinopsis online memang tak faham apa jalan cerita  The Transporter Refueled.

The Transporter Refueled Trailler 



Jalan cerita  The Transporter Refueled sangat simple walaupun permulaan agak keliru persoalan sebenar. Board story nya macam ni.


Frank Martin bekerja sebagai private driver untuk high profile person seperti professional gangster, ahli politik termasuk driver kepada ayahnya, Martin. 
Dulu Frank seorang askar America yang bertugas di Timur Tengah
 tapi dah berhenti - alasan tu tak tahu. Kemudian ayahnya bersara &
 bercadang nak habiskan masa bersama dengan Frank. 
Oh Frank sangat sayang ayahnya setelah kematian ibunya. 
Secara rahsia tetiba Frank dapat panggilan dari Miss Unknown - Anna. 
Si Anna pulak dulu dijual kepada Karasov & dipaksa menjadi pelacur untuk business. 

Kiranya Anna perangkap Frank untuk menyelesaikan misi membalas dendam terhadap 'bapa ayam'  Karasov, Yuri & Leo. Dengan bantuan 3 orang lagi kawan, Maria, Gina & Qiao akhirnya berjaya membunuh semua 3 lelaki jahat dalam kamus Anna.  
At the end, Anna jatuh cinta dengan Frank tapi 
Frank menolak tawaran cinta tersebut atas dasar 'deal is over'.

Tamat


Kenapa tak rugi tengok  The Transporter Refueled?

1. Padat dengan adegan Fast Furiors

Scene paling BBL suka mestilah skill Frank langgar pili bomba di bulatan jalan & waktu pandu kereta dalam airport. Ini paling rare babak terbang melepasi kapal terbang masuk aerobridge. Padanlah budget filem ni $22 juta USD (rujukan). Semua accident bukan kesan CGI tapi 90% adalah pelanggaran kereta sebenar.


2. Sexy habis bunyi Audi A8
BBL memang minat habis produk Audi terutama A series. Bunyi mengaum enjin Audi sangat ngam dengan skill Frank bawa kereta. Tak tahu berapa bijik Audi sponser kereta A8 siap ada terbakar lagi


3. Hebat & menarik
Boleh cakap filem ini paling best untuk tahun 2015 bagi versi aksi - pada BBL la. Korang terpulang pada diri sendiri. Seronok sangat tengok rancangan Anna membalas dendam terhadap kasanova Karasov, memang menjadi setiap planning tu. Tapi sayang rambut blow wig nampak sangat plastik. Masing-masing dah macam robot pun ada.


4. Si Kacak Ed Skrein
Pilihan watak Frank untuk Ed sangat tak mengecewakan. Memang menarik & nampak elegen gaya Ed sesuai dengan jiwa Frank yang sukakan sesuatu memcabar tapi ikut jalan betul. Siap bagi warning pakai seat belt waktu naik kereta & tak angkat call waktu driving. Baik kan dia ni? Oh nampak sangat Frank terbawa sifat-sifat bekas tentera dulu yang patuh dengan arahan. 


Bintang BBL


Apa pun, filem The Transporter Refueled memang mesti tonton untuk hujung minggu ini. Check out ya. Sumpah tak mengantuk. Hahaha


BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

2 comments:

  1. tapi aku lagi prefer kalau jason statham yg berlakon.. heheh

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...