Jom Jalan-Jalan : Tasik Puteri, Bukit Besi, Terengganu

8:10 AM


Assalamualaikum & hello there,

Baru-baru ini BBL ke Tasik Puteri, Bukit Besi, Dungun Terengganu untuk program family bersama team company. Tasik Puteri ini sangat famous amous di kalangan student UiTM cawangan Bukit Besi. Ha, jika korang ada adik, abang, kakak, anak sedara, sepupu, dua pupu yang akan study kat UiTM Bukit Besi atau sekarang ni tengah study kat sana. Jangan lupa singgah kat Tasik Puteri jika berkesempatan okay. 

Bekas lombong biji besi

Buka buku sejarah sikit ye. Dulunya Bukit Besi merupakan lombong biji besi terbesar di Asia Tenggara sekitar tahun 1960-1964 dimana lebih 2 juta tan besi besi dikeluarkan setahun. Oleh kerana permintaan terlalu tinggi oleh syarikat di Jepun, Nippon Mining Company (NMC) mengandakan operasi 24 jam sehari kecuali hari Jumaat dengan bantuan jentera mesin terkini. Waktu itu, perkhidmatan awam seperti air, bekalan elektrik & pengankutan keretaapi disediakan secara percuma walupun pendapatan penduduk Bukit Besi sangat mewah - lebih kurang macam Kerteh jugak.


Pada 1 Oktokber 1970, lembaga pengarah Eastern Mining and Metal Company (EMMCO) telah membuat keputusan muktamad menutup lombong Bukit Besi walaupun kandungan biji timah dipercayai masih banyak. Kini bekas lombong tersebut menjadi tasik buatan manusia.

Kawasan rekreasi awam

Walaupun tinggalan lombong lama, ternyata flora fauna masih terjaga. Setibanya BBL di Tasik Puteri, sungguh nyaman & sejuk walaupun jam pukul 11 pagi. Keluasan tasik ini 131 hektar tetapi hanya 5km meliputi Kampung Dikison disebelah utara. Warna air tasik pun hijau kebiruan seperti kristal. Tu buat BBL geram nak terjun terus.

Ada dua pilihan tempat nak mandi jika korang berminat merasai kesejukan air tasik ini sama ada tepi tasik atau tempat limpahan air tasik. BBL lebih suka mandi di tempat limpahan air tasik kerana lebih selamat selain air tidak terlalu dalam. Oh ya, aktiviti mandi manda adalah tidak dibenarkan sama sekali tetapi sila berhati-hati.


Ada 3 peringkat tempat korang boleh mandi. Pertama, tempat ayaq keluar melimpah tu okay je nak mandi tapi agak dalam la. Kedua kawasan sekitar tangga besar tu pun boleh mandi cuma berhati-hati kawasan jernih tetapi dalam wo.. ketiga kawasan tingkat akhir sebelum air mengalir ke sungai. Lokasi ini amat sesuai untuk sesi hari keluarga, picnic atau tempat merehatkan minda dari kesibukan kerja.


Lapar selepas berendam macam ikan lumba? jangan risau sebab ada banyak warung menjual makanan seperti pisang goreng, cempedak goreng, keropok goreng termasuk air kelapa. Wah mesti kenyang habis. 


Lokasi Tasik Puteri, Bukit Besi

  • cuma 3km dari Bandar Bukit Besi
  • 30 minit perjalanan dari Bandar Dungun sejauh 33km
  • 1 jam perjalanan dari Kuala Terengganu kira-kira 77km melalui Lebuh Raya Pantai Timur II (LPT2) Jerangau-Jabor. 

Peta Tasik Puteri, Bukit Besi


Check in, jika hujung minggu ini korang pulang ke kampung halaman sempena Raya Haji jangan lupa singgah rehatkan badan di kawasan sekitar Tasik Puteri ini. Apa pun BBL dah sampai sini. Yess! Check in!


BBL ~ terjun saja
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

10 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL