Jualan 50% Murah Barangan Sukan Sempena Hari Sukan Negara

12:29 AM


Assalamualaikum & hello there,

Sambutan Hari Sukan Negara telah di isytiharkan pada setiap hari Sabtu minggu kedua bulan Oktober setiap tahun. Ia telah diumumkan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Sri Mohd. Najib bin Tun Haji Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 24hb Mac 2015.

Sambutan Hari Sukan Negara ini merupakan suatu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di mana ia adalah satu langkah pro aktif didalam proses transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara Bersukan’ (Sporting Nation). Oleh yang demikian, Hari Sukan Negara di jadikan agenda nasional yang selari dengan matlamat negara ke arah Wawasan 2020.


Paling best, KBS melancarkan Jualan Murah sempena Hari Suka Negara melibatkan 12 rakan niaga barangan sukan terkemuka seluruh Malaysia. Inilah masa nak beli kasut sukan baru murah dengan potongan sehingga 70% bermula hari ini hingga 18 Oktober 2015. Lebih kurang sebulan sahaja. Minggu depan gaji dah dapat kan.




Brooks -  Baju-t Hari Sukan Negara dari Brooks pada harga RM69.90 (diskaun 40%)
                 Produk lain dan kasut terpilih - SALES 25%.

Explorer Outfitter  - SALES 10% produk Explorer & Beaume [Publika & One City) 

Kedai Al-Ikhsan - SALES 50%, manakala produk Asics terpilih 50% lebih murah.

World of Sport (WOS) - SALES 70% di semua outlet kecuali Johor Premium Outlet

Kedai Columbia & Salomon - SALES 50% 

Garmin Vivofit & Garmin Vivofit 2 - GST akan dikecuali premis utama di Mid Valley, Digital Mall, 1 Utama, Pulau Pinang, Melaka, Johor & Pahang.

Kedai Under Armour - SALES 10% bagi kesemua produk jenama mereka dari 9-11 Oktober.

Produk UFL - SALES 20% di kesemua cawangan

Royal Sporting House (RSH) & premis Reebok - SALES 50%, bagi pembelian RM250 dan ke atas dalam satu resit akan memberikan anda kemasukan percuma ke Spartan Race

Kedai Adidas - harga istimewa bagi pakaian dan kasut larian


Penggiat sukan juga akan dapat menikmati potongan harga di antara 10%-50% bagi barangan New Balance terpilih sepanjang tempoh jualan.


Selain tu, banyak lagi program hebat pada 10.10.2015 sempena Hari Suka  Negara di Kuala Lumpur termasuk peringkat negeri. Sure sihat, hilang semua lemak makan oreo semalam tu. Bookmark awal-awal kalender tuk turun padang bersama KJ 10 Oktober ini. Jangan lupa hashtag #HariSukaNegara #JomTurunPadang


Untuk senarai penuh program Hari Sukan Negara, boleh check out sendiri portal khas Hari Sukan Negara 2015.


Info terkini, follow laju laju sosial media Hari Sukan Negara dibawah :


BBL nak angkat satu kasut baru la. Dah bosan asyik pakai kasut sama je pergi event. Hoho


BBL ~ dah lama tak polish body
༼ つ ◕_◕ ༽つ


Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

11 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. salam singgah sini dik BBL...wahh...memang murah tu rugi tau klu BBL tak angkat satu...hihi

    ReplyDelete
  2. oooo.. ada satu kedai sukan murah.. pergi nu sentral cari outlet reebok.. situ ada barang terpilih yang diskaun tinggi..

    Blogwalking sini..

    Blogahbar

    ReplyDelete
  3. wah dengar sales je mesti ramai serbu

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL