Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Saturday, September 26, 2015

#MovieReview : Hotel Transylvania 2 Terbaik


Assalamualaikum & hello there,

Yeay BBL baru je balik tengok movie Hotel Transylvania 2. Berbaloi sangat cuti sekolah + cuti raya Aidil Adha ni bawa anak-anak pergi tengok movie lepas beraya rumah nenek. Memang full house sampai seat depan penonton. Nasib baik BBL booking online awal-awal. Kalu tak merasa donggak kepala nak tengok.

Trailler Hotel Transylvania 2



Sinopsis Hotel Transylvania 2

Sambungan dari Hotel Transylvania tahun 2012, Johnny & Malvis akhirnya berkahwin atas dasar cinta pandang pertama. Kemudiaan lahir anak campuran, manusia + vampire = Dennis yang super comel. Dracula dengan bangganya dapat menjadi atuk kepada anak Malvis. Hari demi hari Dennis membesar dalam Hotel Transylvania tapi Malvis tidak mahu Dennis mengalami perkara sama seperti mana ibunya membesar dengan zombie, monsters & makanan pelik. Perkara ini sangat membimbangkan Dracula kerana Malvis mahu membesarkan Dennis di California. Satu hari, Dracula berpakat dengan Johnny membawa Malvis berjumpa dengan kedua ibubapanya. Maka tinggallah Dennis bersama atuknya serta kawan hantu yang lain. Dalam masa sama, Dracula ada plan untuk mengajar Dennis cara menjadi dracula sebenar. Dengan bantuan, Frankenstein, Wayne, Griffin, Murray & Blobby maka bermulalah pengembaraan mereka semua dalam proses mengajar Dennis yang cute muit menjadi dracula paling ditakuti. Akhirnya Malvis tidak tahan dengan perangai ayahnya yang mahu Dennis menjadi dracula. Pada ulangtahun ke 5 Dennis, Malvis menjemput semua ahli keluarga Johnny datang ke Hotel Transylvania termasuk ayah kandung Dracula yang menyebabkan Dracula terasa amat takut kerana ayahnya anti manusia termasuk pengikutnya. 
Di sinilah Dennis akhirnya bertukar menjadi dracula seperti ibunya - boleh terbang macam kelawar & menjadi manusia. What next?
Dennis fight dengan semua pengikut ayah Dracula dengan jayanya.
End of story, Dennis kekal tinggal di Hotel Transylvania bersama atuk kegemaranya serta ibubapa.

- Tamat -


Komen BBL

1. Tak kering gusi la!

Dari start movie sampai habis citer tak habis-habis BBL tersongeh tengok gelagat Dracula mengajar cucunya, Dennis menjadi dracula walaupun dia tahu anaknya melahirkan baby campuran manusia & dracula. Tambah lagi lawak Murray tak habis dengan tarian ribut. Oh ya Blubby pun paling menarik hati dengan aksi hijau tu


2. Seronok!

Siapa tak seronok dapat cucu sulung kan? Ayah Draculla berebut nak jaga cucu, Malvis bersungguh nak menjauhkan Dennis dari dunia monster Hotel Transylvania. End of movie ayah Draculla datang nak tengok cicitnya jugak. Lagi huru hara ibu ayah Johnnya terpaksa terima keluarga menantu yang pelik


3. Seat back & chills!

Boleh cakap ini movie terbaik dari Inside Out lepas. Penuh unsur keluarga, kasih sayang & lawak. Ada scene Malvis mengamuk nak bawa Dennis keluar dari Hotel Transylvania sampai ayahnya terkejut. Agak sedih la di situ. Movie ini agak santai tapi padat sangat. Double serius sila bawa budak-budak tengok movie ini atau ajak kawan teman tengok. Confirm mesti nak tengok lagi.



Rating BBL



Oleh kerana BBL tonton di TGV, macam biasalah bertambah artifak bukan-bukan lagi. Tumbler ini agak kecik berbanding tumbler air sebelum ini tapi sebab limited edition beli jelah. Hahaha


BBL ~ blah..blah..blah...
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

5 comments:

  1. baru planning nk tenguk isnin depan..tunggu masuk gaji dulu...haha..kering poket la nihh...

    ReplyDelete
  2. Tengok cite kartun ni lebih best dan berbaloi dari tengok sesetengah cite filem melayu

    ReplyDelete
  3. Belum tengok lagi. nak tengok jugak ni. Hahahaha

    ReplyDelete
  4. nak tengok jugak.. tapi tengah bz sekarang T_T

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...