Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Wednesday, December 30, 2015

Drama Cinta Si Wedding Planner Episode PENUH


> Drama  Cinta Si Wedding Planner Episode PENUH <

Biodata Penuh Mira Filzah Heroin Cinta Si Wedding Planner

Tonton Online Drama  Cinta Si Wedding Planners 

Episode 1Episode 2Episode 3Episode 4 |

Episode 5Episode 6Episode 7Episode 8 |

Episode 9Episode 10Episode 11Episode 12 |

Episode 13Episode 14Episode 15Episode 16 |

Episode 17Episode 18Episode 19Episode 20 |

Episode 21Episode 22Episode 23Episode 24 |

Episode 25Episode 26Episode 27 |

 Episode 28 (Episode akhir)

BBL ~ selamat menonton sekali lagi

o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tonton Cinta Si Wedding Planner Episode 1 / 2


> Drama  Cinta Si Wedding Planner Episode PENUH <

Tonton Online Drama  Cinta Si Wedding Planners Episode 2

31 Disember 2015


LINK EPISODE 2

Kredit : www.infobsyok.com/

-----------------------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama  Cinta Si Wedding Planners Episode 1 

30 Disember 2015




Kredit : www.infobsyok.com/

-----------------------------------------------------------------------------------

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Tuesday, December 29, 2015

Tonton Online Drama Akulah Balqis Episode 23 / 24 (Episode Akhir)


Drama Akulah Balqis Episode PENUH <

LIKE fan page Akulah Balqis untuk perkembangan terkini
mengenai drama Akulah Balqis

Tonton Online Drama Akulah Balqis Episode 24 (Episode Akhir)

29 Disember 2015


LINK EPISODE 24

Kredit : www.infobsyok.com/

-----------------------------------------------------------------------------------

Tonton Online Drama Akulah Balqis Episode 23

28 Disember 2015



Kredit : www.infobsyok.com/

-----------------------------------------------------------------------------------

BBL ~ selamat menonton sekali lagi
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Monday, December 28, 2015

Diskaun 50% Tiket Khas KTM Komuter Untuk Pelajar IPT

Assalamualaikum & hello there,

Panduan pelajar IPT mendapatkan 50% diskaun menaiki train KTM

Berkenaan dengan diskaun 50% KTM kepada semua pelajar pengajian tinggi Malaysia. Berikut syarat & cara permohonan bagi anda mendapatkan KTMB i-Card Student.


Syarat Terkini Konsesi Pelajar Kolej/Universiti Untuk KTM Komuter

Pada masa ini pelajar kolej/universiti boleh menikmati tambang diskaun 50% dengan menujukkan  kad pelajar di kaunter tiket.

Namun begitu, berkuatkuasa 7 Januari 2016 (Khamis), mereka hanya akan boleh memperolehi diskaun tambang 50% sekiranya mempunyai KTMB i-Card Student. Tempoh sebulan diberikan untuk mereka mendapatkan kad KTMB i-Card Student.


Ini adalah langkah kawalan bagi mengelakkan penyalahguaan tambang konsesi pelajar mereka oleh mereka yang bukan pelajar institusi pengajian tinggi atau telah tamat pengajian. 

Syarat Permohonan
- Pelajar Kolej/Universiti di Malaysia
- Terbuka untuk semua warga negara
- Yuran tahunan RM 30.00
- Surat pengesahan pelajar Kolej/Universiti mesti disertakan
- Tempoh saha guna kad adalah setahun dari tarikh permohonan atau setelah tamat pengajian

Cara Memohon
- Pemohon mesti mengisi Borang Permohonan KTMB i-Card 
- Sertakan bersama surat pengesahan masih belajar Kolej/Universiti
- Yuran mesti dibayar tunai
- Proses memohon boleh dilakukan di kaunter 9 & 10, kaunter tiket KTMB di Aras 2, Stesen KL Sentral
- Waktu operasi kaunter adalah dari hari Isnin - Jumaat bermula jam 8.00 pagi hingga 8.30 malam
- Borang permohonan & surat pengesahan pelajar boleh di download 
di  http://homepage.ktmb.com.my/images/KTMBicardFORM9122015.pdf  
serta borang pengesahan masih belajar 
http://homepage.ktmb.com.my/images/FormicardBM9122015.pdf 

atau diperolehi di kaunter Kad Diskaun, KL Sentral.

* Para pelajar IPTA/IPTS yang memiliki KTMB i-Card layak mendapat diskaun potongan 40% dari harga tambang perjalanan untuk tren intercity/ETS dan 50% untuk perkhidmatan tren komuter di Lembah Klang sahaja.

So, korang yang tengah study kat universiti atau kolej, ada adik, kakak atau abang, serta sedara mara yang sedang belajar di universiti sekitar Kuala Lumpur yang sering menggunakan tren ETS atau komuter eloklah mohon kad KTMB i-Card cepat-cepat. 

Pst jangan lupa share di facebook, twitter & google+. Tag sekali nama mereka supaya boleh cepat mohon KTMB i-Card.

BBL ~ guna Touch N Go pun jimat dari beli tiket kat kaunter
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Sunday, December 27, 2015

Eat.Travel.Write Putrajaya : Pengembaraan Bermula


Assalamualaikum & hello there,

Baru-baru ini BBL telah menyertai program Eat.Travel.Write Putrajaya yang dibawa khas oleh GayaTravel Magazine. Seronok sangat bila dapat jemputan join event 3hari 2malam di Putrajaya. Seingat BBL la, tahun 2014 last datang Putrajaya. Itu pun singgah kejap pi Masjid Putra untuk solat Zohor. Lebih kurang comeback ke Putrajaya dengan aktiviti terokai tempat makan best sekitar Putrajaya.

Hari Pertama
- 16 Disember 2015 - 9.45 pagi
- Putrajaya Sentral

BBL ke Putrajaya dengan Express Rail Link (ERL) dari KL Sentral. Itu pun pengalaman pertama naik ERL sampaikan silap ke kaunter ERL express. Nasib baik tak salah naik express ERL ke KLIA. Perjalanann tak lama cuma 15 minit ke Putrajaya & train akan berhenti di Salak Selatan sebelum stesen Putrajaya. Sampai je Putrajaya Sentral terus pickup task pertama iaitu mengisi perut dengan wang ringgit RM10. Selain menjadi hub pengangkutan awam, Putrajaya Sentral adalah port makanan best. Ada banyak kiosk makanan yang sedap boleh cuba. 


- Leko-Leko > keropok lekor Terengganu -

Orang Terengganu pergi mana-mana pelusuk dalam tanah air mesti tak lupa kepok lekor. Inovasi terkini pada signature ganu iaitu kerepok lekor dimakan bersama sos chesse. Harga pun murah je RM4.40 bekas size S. Pejam mata dah habis semua kerepok tu.


Tak cukup lagi BBL cuba makan kiosk 23rd HotDog. Boleh tahan sedap Formaggio dengan limpahan chesse. Harga pun sangat berpatutatan. Kat sini banyak pilihan makan yang boleh korang tapau sementara tunggu bas nak balik kampung atau train ke KL. Sampaikan BBL boleh rambang mata kejap.


Menu kiosk Enakkk pun boleh tahan sedap. Enakkk sangat terkenal dengan variasi makanan berasaskan roti seperti pizza, sandwich beraneka rasa & roti bun yang lembut. Sempat jugak beli Grilled Chicken Sandwish. Rasa pun sedap makan panas-panas tapi lupa nak snap gambar. Sorry.. Korang boleh cuba sendiri. Kiosk Enakkk terletak di aras bawah kawasan loading bay bas express. 


Dengan menaiki bas Nadi Putrajaya, kami semua bergerak ke destinasi berikut iaitu Putrajaya International Convention Centre untuk makan tengahari. Perut dah isi tapi masih lagi lapar. Masing-masing muka seronok je dapat makan je sepanjang program ini. Nama pun Eat.Travel.Write kan. 


Terasa macam pelancong asing apabila juru pelancong kami, Pak Salleh menerangkan detik awal pembinaan Putrajaya hinggalah era kini. Sebijik macam caption FatinBella, semua tentang Putrajaya ada dalam tangan dia. Terbaik!


- 16 Disember 2015 - 12.36 tengahari
- Putrajaya International Convention Centre

Satu cabaran menarik telah menanti kami di PICC. Bunyi macam teruja kan tapi sebelum itu chef banquet PICC telah berbesar hati berkongsi dengan para peserta cara penyediaan Lala Masak Berlado secara live dihadapan kami. Menusuk kalbu deria melihat lala sudah masak di atas kuali besar. 


- Lala Masak Berlada  -

Kebiasaanya roti jala di makan bersama kuah kari atau sambil bilis. In fact di Terengganu memang ada pilihan kuah manis sebagai pencicah roti jalan. Yang menariknya, pihak PICC telah memberi nafas baru cara roti jala dimakan dengan sos jem. Inovasi ilham dari tetamu PICC sendiri kerana pelancong asing dari barat tidak mengemari kuah kari tapi lebih kepada sos manis atau jem. Dari situ, PICC mula menyajikan roti jalan bersama seni sos jem. Hasilnya wallah sedap menyelera. 


- Roti Jala bersama sos -

Tugasan di PICC sangat ohsome & mudah tapi kena extra kreatif. Setiap dari kami perlu mendekorasi roti jala supaya tampak menarik serta menyelerakan. Kemain semua pakat Google Image untuk inspirasi. Walupun nampak mudah namun jika idea brilliant, hasilnya wau! Ini roti jalan rekaan BBL. Tak cantik tapi kalu makan sure habis. 



- 16 Disember 2015 - 6.15 petang
- Food Court Precinct 9

Baru BBL tahu sebenarnya setiap Precinct di Putrajaya mempunyai food court tersendiri. Wel, jika korang ke rumah kaum kerabat sedara, kawan-kawan atau food hunting. halakan saja waze ke food court precinct. Tapi jangan ke Precinct 20 kerana situ kawasan perkuburan. Take noted ya. 


Antara menu makanan yang boleh cuba di Food Court Precinct 9 adalah: 


Satu menu yang sangat menarik di food court Precinct 9 ialah kacang pool Makpol. Makanan dari Larkin, Johor ynag boleh dikatakan agak famous dikalangan penduduk Precinct 9 ini. Sajian cukup simple tapi mengenyangkan perut comel anda tu. Mesti cuba tau. Sebut apa saja terlintas nak makan, semua boleh dapat dari sate, nasi kerabu, nasi lemak ayam dara, mee rebus, mee kicap, char kuew teow & bermacam lagi. Kalu BBL taip makin panjang entri ini.



Entri ini dibawa khas oleh Eat.Travel.Write Putrajaya oleh GayaTravel magazine dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya.


BBL ~ next coming entri
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Saturday, December 26, 2015

9 Tempat Makan Mesti Cuba Di Putrajaya


Assalamualaikum & hello there,

Semua rakyat Malaysia tahu Putrajaya adalah pusat pentadbiran negara selain menjadi ikon pelancong untuk datang singgah. Bandar elit ini ada banyak sangat tempat menarik yang boleh korang singgah & terokai. Tapi ramai tak tahu bahawa Putrajaya juga syurga makanan terutama anda yang suka explore tempat makan baru. Lets check out 9 tempat makan mesti singgah jika datang ke Putrajaya.

1. Putrajaya Sentral

Gateway Putrajaya sama ada bas express, Nadi Putrajaya atau Express Rail Link (ERL) mungkin korang terlepas pandang Putrajaya Sentral salah satu port makanan Putrajaya. Di aras 1 ada banyak kiosk menjual makanan grab eat. Tak kisah sama ada anda tengah tunggu train atau bas, pastikan perut di isi dulu ya. - Entri penuh DI SINI




2. Putrajaya International Convention Centre (PICC)

Sebut je makan di PICC mesti terlintas lunch buffet kan. Hanya RM25 (dewasa) RM 12.50 (kanak-kanak), tetamu boleh menikmati variasi menu makanan tengahari tempatan seperti nasi beriani, ayam golek, patin masak tempoyak, ikan keli masak merah & bermacam lagi menjadikan tengahari korang sangat meriah. Tak lupa ABC atau puding roti sebagai pencuci mulut. Entri penuh DI SINI




3. Food Court Precinct 9

Tahu tak setiap Precinct Putrajaya ada food court? Tak perlu susah kipas nak drive keluar dari kawasan rumah untuk menikmati hidangan makan malam atau tengahari. Singgah saja food court berhampiran & enjoy bermacam jenis makanan mengikut selera korang. Food court Precinct adalah food court paling besar yang menempatkan banyak kedai makanan. Fuh rambang mata nak pilih makanan. Sebut saja apa korang nak makan seperti sate, nasi kerabu, nasi lemak, char kway teow, nasi kandar, mee rebus, mee kicap, nasi arab...... sampai esok tak habis nak list. Entri penuh DI SINI




4. Penanggah Taman Warisan

Satu-satunya kawasan getah yang masih wujud di Putrajaya adalah di dalam Taman Warisan. Menurut sejarah, sebelum Putrajaya dibangunkan sebagai pusat pentadbiran negara, ia dikenali sebagai Perang Besar. Hanya pokok getah yang menjadi 'hutan' & ia adalah nadi pendapatan utama penoreh getah. Satu sebab kenapa korang mesti singgah makan di Penanggah Taman Warisan ialah menu makanan sangat best. Paling tip-top kat sini mestilah nasi ayam berempah, bakso, roti john, coconut shake, pulut mangga, cendol & sate kajang. Tak lupa pelbagai menu makan petang yang korang boleh nikmati jika singgah di sini. Entri penuh DI SINI




5. Cruise Tasik

Nak share satu rahsia. Sebenarnya tiada 'tasik' di Putrajaya tapi Tun Mahathir bina tasik khas dalam peta Putrajaya. Tak sah datang bandar buatan ini kalu tertinggal aktiviti air seperti Cruise Tasik. Satu tarikan terbaru di sini ialah anda & kawan-kawan boleh berpicnic di dalam bot Cruise Tasik macam BBL alami dengan harga RM50 max 8 orang selama 1 jam. Seronok tak terkata! Entri penuh DI SINI




6. Umai Cafe

Cekodok pisang best selling di Umai Cafe! Korang sendiri patut order cekodok pisang jika datang sini. Ada banyak menu menarik boleh anda nikmati sambil dihembus angin tasik Putrajaya. Land-mark cafe ini sangat mudah - bersebelahan Menara Monumen Alaf Baru. Entri penuh DI SINI




7. Only Mee

Satu-satunya restoren yang menyajikan mee yang dihasilkan menggunakan mesin khas tanpa campuran bahan kimia lain. Bahan adunan utama cukup mudah, tepung & campuran air kemudian siap mee. Dengan enam jenis variasi mee yang boleh korang nikmati. Chop jangan lupa cuba 4 in 1 listing - 4 jenis sajian mee iaitu prawn mee Penang, laksa kari Ipoh, mee Thai & Asam Laksa Penang dalam mangkuk kecil pada harga cuma RM12.00 sahaja. Entri penuh DI SINI




8. Pasar Tani Precinct 2

Pasar Tani ditengah-tengah Putrajaya! Terletak berhadapan Masjid Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin atau masjid besi pastinya korang tak patut lepaskan peluang singgah ke sini. Terdapat lebih 300 gerai menjual barangan termasuk produk segar tani,minuman, makanan, buahan, pakaian hinggalah barang kelangkapan rumah. Yang menariknya, korang boleh cuba makan 10 jenis cekodok - cekodok labu, cekodok kucai, cekodok buah naga, cekodok kentang, cekodok keledek, cekodok bilik, cekodok durian, cekodok pisang, cekodok jagung & cekodok udang. Rare kan? 




9. Spring Garden Restaurant Putrajaya 

Satu pengalaman indah menikmati makan malam sambil menghirup udara segar tasik Putrajaya. Tak lupa pemandangan terus menghadap pejabat Perdana Menteri. Soal makanan jangan risau, ada banyak pilihan makana seafood. Paling penting ia halal.



Entri ini dibawa khas oleh program Eat.Travel.Write Putrajaya 2015 oleh GayaTravel Magazine dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya.



BBL ~ coming soon
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...