Pedas! Pedas! Adoi Pedas!

8:25 PM

Assalamualaikum & hello there,


Siapa boleh tahan makanan pedas?

Tak sah hidup kalu tak makan menu pedas setiap minggu. Ada je makanan best mengoda hidung suruh beli kan. Mee kari pedas, ayam masak merah pedas, ikan masak pedas, tom yam perahu pecah, kuah kari pedas roti canai, nasi kukus kuah meletop & bermacam lagi menu pedas. Belum campur makanan fastfood atau instant menu seperti pizza, burger, noodle atau spaghetti confirm nak extra pedas. Baru ‘kik’ kan?

Baru-baru ini Mamee  telah menjemput BBL serta beberapa Nuffnangers mencuba produk terbaru keluaran Mamee iaitu Cool Tea yang baru dilancarkan bulan ini. Dari rumors BBL dengar, ada satu cabaran para blogger dari Mamee untuk mencuba air Cool Tea. Bunyi excited tapi mendebarkan.

Sekitar jam 7 malam bertempat di Chilli Rush, Jaya One, Petaling Jaya kami berkumpul beramai-ramai untuk menyahut cabaran Spicy Challenge Cool Tea. Sebelum tu, korang pernah minum Cool Tea? Meh BBL terang sikit mengenai minuman Cool Tea.

Cool Tea teman sejati melegakan kepanasan


Cool Tea adalah produk yang baru dilancarkan dari Mamee. Ia adalah Teh Herba yang diperbuat daripada 8 jenis herba semulajadi sebagai bahan yang dikenali untuk membantu melepaskan haba badan. Ia berfungsi sebagai ubat melegakan panas badan sesuai dengan identiti Malaysia yang terkenal dengan makanan pedas & cuaca panas khatulistiwa.


Ramai blogger hadir majlis petang tersebut yang ditaja oleh Cool Tea. Masing-masing muka excited sangat nak tahu apa cabaran Spicy Challenge Cool Tea. Kalu korang nak tahu Chilli Rush sangat terkenal dengan signature menu super spicy tahap level dewa. Sesuai sangat dengan Cool Tea kan? Teman terbaik melegakan kepedasan menu makanan. Pada awal sesi kami diberi minuman Chilli Rush Signature Drink iaitu minuman campuran cili. Aiyo air cili lebih kurang. Terus terasa baham panas cili tu. Cool Tea kan ada. Terus laju minum Cool Tea. Dengan 8 jenis abstrak herba termasuk liquorice root, lotus leaf, honeysuckle and chrysanthemum flower, selfheal, grosvenor momordica fruit, mulberry leaf &  mesona chinensis baru rasa lega anak tekak.


Selepas semua dah kenyang makan barulah bermula kami dihangatkan dengan cabaran Spicy Challenge Cool Tea. Tetiba muka cuak datang plus berdebar. Rupanya kami akan menghadapi cabaran makan chicken wing spicy Chilli Rush. Ada 10 level kepedasan chicken wing spicy Chilli Rush. Bermula level 1 – Mildly Merry hingga level 10 – Chilli Rush.

Tada inilah kepak ayam spicy Chilli Rush yang kitaorang perlu makan. Nampak tak biji lada terserlah?


Kumpulan pertama dipanggil untuk cabaran makan chicken wing spicy Chilli Rush. Game pun sangat simple, Cuma perlu makan seberapa banyak kepak ayam pedas dalam masa 60 saat tanpa bantuan minuman air. Bukan itu masalahnya kerana kepak ayam Chilli Rush dihidangkan adalah level 10. Paling tak tahan group pertama hanya boleh habiskan satu kepak sahaja, yang lain menahan pedas je sampai tamat 60 saat & selepas tu terus buka Cool Tea nak minum sepuas-puasnya. Katanya kepak ayam sangat pedas sampai nak menagis pun ada.


Sambung lagi dengan group kedua termasuk Mahadi – foodies blogger. Dah agak siapa yang menang? Sah-sah Mahadi menang dengan makan 2 kepak ayam berbanding ahli lain Cuma satu kepak sahaja. Yeay Madi menang. 


Kemudian group ke tiga dipanggil & oh tidak nama BBL tersenarai untuk cabaran makan chicken wing spicy Chilli Rush. Dalam hati rasa takut amat sangat group lain menagis nak habiskan kepak ayam tu tapi BBL kena kuat kan hati. Yeah chaiyok. Bila masa 60saat bermula terus ambil kepak ayam & makan tanpa toleh kiri kanan walaupun ramai supporter jerit nama BBL suruhhabiskan ayam cepat. At the end of game BBL kalah dengan partner plus one yang BBL bawak kerana dia makan empat ketul manakala BBL Cuma habiskan tiga ketul sahaja. Itu pun terus pergi minum Cool Tea untuk melegakan panas cili. Pedas amat sangat sampai tak rasa isi ayam, dorang letak cili 5 kilo ke apa?

Kesemua pemenang pusingan pertama akan bertanding ke pusingan ke dua untuk merebut hadiah cool dari Cool Tea. Ada lima blogger berjaya termasuk kawan BBL. Kali ini mereka mesti menyahut cabaran Chilli Rush Challenge Level. Nak makan kepak ayam ni dorang kena pakai sarung getah untuk sebab keselamatan mulut. Kemain muka sorang-sorang cover nervous takut kan.


Dalam masa empat minit, jika salah seorang berjaya menghabiskan 12 ketul kepak ayam tersebut maka nama blogger tersebut akan tertampal pada board Chilli Rush Challenge Level namun dek level pedas cilia mat sangat mereka tidak mempu menghabiskan kesemua kepak ayam Chilli Rush Challenge Level. Wallah kawan BBL berjaya sekali lagi dengan lima ketul ayam. Itu pun dengan muka nak menagis tahan pedas. Pedas kot!



Last but not least malam tu, nama Amir Nawawi dicabar duet dengan emcee dari Mamee Cool Tea untuk cabaran Chicken Wings Chilli Rush Challenge Level. Bertambah meriah & kecoh bila tengok supporter blogger push Amir makan chicken wing sampai habis. Sampaikan mereka berdua berpeluh-peluh nak kunyah ayam tu. Kesian habis tapi guest what who win? Of course Amir menang! Cayalah bakat boleh makan spicy dengan bantuan Cool Tea.


Dan para pemenangnya. Tepuk tangan sikit



Jangan lupa lepas ini, kalu terasa nak makan & masak masakan pedas pastikan Cool Tea ada sebelah menu korang. Dapatkan Cool Tea di pasaraya terdekat seperti kedai serbaneka 7-Eleven, Aeon, Tesco, The Store, Giant, Aeon Big, Econsave, KK Mart, Shell & Mydin. Pastu upload dalam Ig & Fb tau.



So, korang boleh challenge diri makan makanan pedas bersama Cool Tea? Tunjukkan support dengan follow Mamee Cool Tea di


- 48 Hours Sponsored Post - 

BBL ~ makan pedas tak apa
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici