Surat Bil TM Akan Dicaj RM5 Bermula Januari 2016
9:24 PM
Tak silap BBL ada terbaca entri blog HasrulHassan mengenai bil TM yang dihantar ke rumah setiap bulan tu akan dicaj RM5 bermula Januari 2016 ini. Minggu lepas dah planning nak singgah TMpoint mengenai hal tersebut tapi sampai hari ini tak pergi lagi. Alahai ada je problem datang.
Bila BBL belek balik bil bercetak TM tu baru perasan ada notis caj RM5 sebulan untuk setiap surat dihantar. Dah la tambang public transport nak naik, ni lagi nak membebankan pengguna internet.
RM5 cukup besar walaupun pakej streamyx rumah BBL 4mbs cuma RM88 sebulan unlimited kuota. Agak terbeban mak cik pak cik yang pakai line telefon rumah TM tu, dah la sekarang setiap bulan memang dikenakan Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST) 6%. Caj RM5 ini akan dikena pada semua perkhidmatan TM iaitu talian telefon, UniFi & Streamyx.
So, untuk mengelakkan dari dikenakan caj tambahan RM5 pada tahun depan, korang perlu hantar borang permohonan ke help@tm.com.my , hubungi careline 100 atau kunjungi TMpoint berdekatan. Selepas ini bil telefon atau internet akan dihantar melalui email yang korang daftarkan.
Perkhidmatan TM Autopay
TM akan memberikan rebat potongan RM2 bagi setiap akaun pembayaran yang melebihi RM20 setipa bulan. Tak perlu beratur, tiada lagi kelewatan pembayaran & tiada gangguan perkhidmatan. Daftarkan kad kredit atau debit kad untuk potongan bil TM dari akaun anda. BBL pernah guna services ini awal tahun lalu tapi dah tutup sebab akaun CIMB tak berapa nak aktif selain lokasi bank jauh dari rumah. Tu yang malas nak pi deposit duit dalam akaun.
Sepanjang 3 tahun melanggan Streamyx ni BBL tak pernah lagi hadapi masalah gangguan internet. Lagi seronok tonton video Youtube dalam mode HD adalah selepas upgrade 4mbs. Nak blogwalking pun mudah & cepat loading page. Apa pun caj RM5 agak terlampau mahal kepada pengguna terutama rakyat Malaysia masih setia dengan TM.
BBL ~ kena pi cepat TMpoint
o( ̄ρ ̄)o
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
11 Budak Suka Minum Bandung Laici
Senang je buat duit dengan charge macam tu, kalau customer yang tak aware, memang bagi je RM5 tu bulan2.
ReplyDeleteBBL, jemput join contest kat blog iday taw :)
baik...
DeleteSekarang ni semua pun kena caj BBL.. Caj yang sedia ada pulak dinaikkan.. Bertabahlah..
ReplyDeletestress kadang2 dengan harga barang tahun ini
Deleteperghhhh 5 ringgit tu. banyak kot kalau kumpul bulan2 sampai hujung tahun!!!
ReplyDeleteTM ada berjuta pengguna tetap.. ntah berapa riban boleh collect every month
DeleteSusah hidup rakyat sekarang dihimpit dengan segala kos yang meningkat...sedih dengan pemerintahan kerajaan sekarang...anyway TAHNIAH...
ReplyDeletecheck it out this--->http://www.myideakini.com/2015/12/giveaway-tamat-senarai-dan-keputusan.html
tiada apa boleh buat kecuali terus berjimat
Deletesemua nak kena caj.. habis la camni.. gaji juga xnaik2..emm
ReplyDeletegaji naik harga barang automatik naik
DeletePerghh xkan tu pon nak berkire..oh tidak
ReplyDelete