Baru Balik Dari IKEA Cheras
8:41 PM
Malaysia kini ada dua gudang Ikea iaitu di Damansara & terbaru di Cheras. Minggu lepas baru BBL sempat nak terjah Ikea Cheras. Planning nak datang opening day tapi mesti tersangat ramai. Paling penting sangkaan BBL hampir tepat kerana sejak 6 pagi dah ada pelanggan beratur di pintu masuk utama Ikea Cheras untuk menjadi orang awam pertama memasuki gedung Ikea tersebut.
Abaikan pasal hari pertama & jom ikuti pengembaraan BBL ke Ikea Cheras baru-baru ini. BBL pergi hari Isnin pukul 11.30 pagi naik free shuttle bus dari LRT Chan Saw Lin. Boleh rujuk entri ini untuk jadual bas percuma - Pergi Ikea dengan free shuttle bus . Sampai je kat pintu masuk rasa macam tak ramai customer. Yelah hari Isnin kan bekerja tapi semua itu tidak benar apabila tengok foodcourt Ikea penuh dengan rakyat jelata. Hahaha
Restoren Ikea Cheras baru ini menyediakan 780 kerusi untuk para pelanggan menikmati keenakkan meatball atau almond chesse cake. Sangat besar & lebih luas. Nasihat BBL jika korang datang berkumpulan, sila mintak kawan cari meja & kerusi terlebih dahulu sementara anda beratur membeli makanan.
*Tips : Ada dua line beratur untuk beli makanan. Satu sebelah kanan & kiri. Kalu nak cepat, sila que sebelah kiri. Bukan beratur sebelah kanan - bersebelahan dengan tempat basuh tangan. Situ ramai pelanggan dari show room akan direct terus beratur nak order.
Puas makan BBL terus ke ruang showroom Ikea bersize 42 ribu kaki per segi ini. Dengan lebih 56 showroom menjadikan korang terasa nak bilik sama seperti Ikea. Banyak sangat perbezaan antara Ikea Cheras & Ikea Damasara termasuk :
1. Ruang display sofa lebih teratur
Jika kat Ikea Damansara macam kedai perabut tapi di Cheras, sofa disusun seperti tangga. Sedih jugak sebab korang tak boleh nak try test duduk atas sofa tu. Nampak nice & kemas sikit ruang display sofa.
2. Kotak Maze runner
Setiap department boleh tembus antara satu sama lain. Nak skip pun senang cuma pergi ruang short cut je. Jika korang gigih & kuat berjalan, bolehlah round satu gedung Ikea ikut flow jalan yang telah ditetapkan. BBL penat la..
3. Lebih banyak barang display & grab
Jika sebelum ini korang kena turun ke bahagian bawah kalu nak beli barang bahagian kicthen. Kini tidak lagi di Ikea Cheras sebab setiap deparment dah provide siap-siap ruang contoh beserta barang yang boleh terus pick-up masuk dalam beg kuning tu. Senang!
4. Taman Ikea!
Ada sesuatu paling menarik berbanding Ikea Damansara ialah section hiasan luar rumah seperti pasu, pokok, khemah & dekorasi taman lebih besar serta luas. Terasa macam kat kedai nursery. Emak-emak yang suka tanam pokok mesti geram tengok pokok paslu kat sini. Yang kelakar - anak pokok serai, pandan & kari pun ada dijual. Jangan memain dengan Ikea ye.
Buat masa sekarang jika korang nak beli barang di Ikea Cheras kena bersabar sikit waktu beratur membayar sebab terlalu ramai orang tambah lagi hujung minggu. Solution terbaik pergi shopping Ikea Damasara je. Nasib baik just datang nak buat review. Tak kuasa nak beli barang kat sini.
Sebelum sampai ke kaunter bayaran korang akan melepasi Self Services Furniture Area. Kat sini tempat nak ambil perabot, rak, kerusi, meja & semua produk carry-on dalam trolli. Seronok dapat pusing gudang Ikea sampai terasa berada warehouse Amazon tu.
Nak tahu betapa besar & panjang kawasan furniture ini sampai korang boleh tercugap nak berlari ke hujung & patah balik ke ruang depan. Tak percaya try buat nanti bila datang ke Ikea Cheras.
Tempoh hari penat BBL berjalan satu store Ikea Cheras sampai terasa lenguh. Itu pun main skip-skip department showroom tapi sempat jugak singgah ambil gambar. Tambah pulak orang ramai dengan budak-budak terkejar sana sini bikin BBL pening je.
Fuh penat!
Terasa hujung minggu ini nak pergi jejalan kat Ikea Cheras? Datang aja.
Tips : Datang dengan perkhidmatan awan seperti cab, bas rapid atau free shuttle bus Ikea. Kawan BBL satu jam pusing-pusing cari parking dalam Ikea. Boleh rujuk jadual free shuttle bus kat sini - Cara Mudah Nak Ke Ikea Cheras
BBL ~ Dah lama tak pergi Ikea Damansara
(◡ ‿ ◡ )
Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....
9 Budak Suka Minum Bandung Laici
ada free shuttle bus.. okeh ! boleh planning nak ke sana...
ReplyDeleteyup ada free shuttle bus dari LRT Chan Saw Lin ke Ikea Cheras
DeleteWalaupun dekat dgn rumah, tapi masih belum pergi lagi. hehehe
ReplyDeleteZH Blogger
nanti ada masa pergi jejalan tau
DeleteBelum lagi pernah beli barang di IKEA. Tapi pernah gak masuk IKEA damansara tu.
ReplyDeleteMungkin kurang berkenan dgn citarasa kot atau sebab utamanya...ngak ada ongkosnya! hehe...
tak semua barang Ikea mahal, kalu pandai cari & kena dengan citarasa boleh je beli.
Deletewahhhh luasnya, gatal tekak nk g makan meatbol ni..... sishh geram dengar ada garden section.... hobby baru tu tanam2... kne g jg ni
ReplyDeletegarden section paling heaven. paling meletop!
DeleteAre you looking for free YouTube Subscribers?
ReplyDeleteDid you know you can get these ON AUTO-PILOT & ABSOLUTELY FOR FREE by getting an account on Like 4 Like?