Pergi IKEA Cheras Naik Free Shuttle Bus!

10:00 PM


Assalamualaikum & hello there,

Well semua penduduk capitol key ell menyerbu Ikea & bermain maze runner dalam gudang Ikea terbesar di Malaysia. 20% LAGI BESAR dari induk Ikea Damansara - diiktiraf sebagai Ikea paling besar Asia Pasifik. BBL tertanya jugak dalam hati, Ikea Cheras tak provide free shuttle bus macam Ikea Damasara ke? Rupanya bermula dari hari pertama pembukaan rasmi Ikea Cheras, pihak pengurusan Ikea telah meneruskan deligasi free shuttle bus dari Stesen LRT Chan Saw Lin terus ke Ikea Cheras. Paling penting BBL dah cuba perkhidmatan bas percuma ini.

Jadual Shuttle Bas Ikea Cheras


Bas ini akan mengambil penumpang bermula dari Stesen LRT Chan Saw Lin & dari Ikea Cheras ke LRT Chan Saw Lin setiap hari. 

Dari Stesen LRT Chan Saw Lin ke Ikea: 9 pagi, 10.30 pagi, 12.00 tengahari, 2.30 petang, 4 petang, 5.30 malam & 8 malam

Dari Ikea Cheras ke LRT Chan Saw Lin : 9.45 pagi, 11.150 pagi, 12.45 tengahari, 3 .15 petang, 4.45 petang,  6.15 petang, 8.45 malam, 9.30 malam & 10 malam

(Jumaat - Ahad)
9.45 pagi, 11.150 pagi, 12.45 tengahari, 3 .15 petang, 4.45 petang,  6.15 petang, 8.45 malam, 9.30 malam & 10 malam, 10.30 malam * & 11 malam *

Jika korang dari LRT Chan Saw Lin dah boleh nampak bus Ikea kat bus stop. Jangan seberang jalan ke bangunan JKR pulak. Memang salah la. Tunggu je kat bus stop sebelah vending machine air tu. 

* ini check point bas kat LRT Chan Saw Lin


Jika korang dari Ikea Cheras nak balik naik free shuttle bus ini, boleh tunggu kat tepi jalan keluar pintu utama Ikea. Kat situ bus ni akan ambil penumpang untuk ke LRT Chan Saw Lin. So kalu korang datang Ikea naik cab, bas rapid atau kawan yang tolong hantar bolehlah ke Stesen LRT dengan bas percuma ini. BBL pergi balik Ikea Cheras naik bus free je, tak kuasa nak keluar duit semata nak pi Ikea. Benda free kan hado.

* ini check point bas kat Gudang Ikea Cheras


Lagi pun ada cara lain untuk korang terjah Ikea Cheras. Boleh rujuk entri ini ya - Cara Mudah Nak Ke Ikea Cheras

Baca jugak pengalaman BBL di Ikea Cheras - Baru Balik Dari IKEA Cheras

BBL ~ tak puas makan almond cheese cake
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Haii.. BS baru tahu ade shuttle bas pergi ikea. Penat2 je drivee. Hehe. Thanks follow BS. BS follow balik yee. BS ade tag nama BBL dekat giveaway. Jom join :)

    ReplyDelete