Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Tuesday, March 22, 2016

Keunikkan Aiskrim Bingsu Korea Di CaffeeBene

Assalamualaikum & hello there,

Tak tahu kenapa tetiba BBL deman drama Korea lepas tonton banyak sinetron Korea TV9. Rasa nak lempang muka sendiri kejap. Bagai orang mengantuk disorok bantal kekabu, awal minggu kawan zaman diploma ajak minum petang di Café CaffeeBene IOI Mall Puchong.


CaffeeBene sangat famous dengan menu waffle & gelato. Actually CaffeeBene membuka café yang pertama di Korea pada April 2008. Ciri unik café korea telah digabungkan dengan aliran citarasa & lifestyle kafe Eropah. Lagi satu, nama CaffeeBene diinspirasi dari perkataan Itali iaitu, ‘Caffee’ bermaksud kafé manakala ‘bene’ bermaksud baik. Lalu jika di translated bermaksud ‘café yang baik’ atau ‘Good Café’.

Petang tu, BBL mencuba Bene Combi. Ada dua set combo ini, Daebakk Combi & Jjang Combi. Disebabkan memasing order ala carte baik BBL ambil Daebakk Combi pada harga RM30 (jimat RM10). 

1. Dalam combo ini korang perlu memilih option yang disediakan bermula dari pilihan Tiramisu /Blueberry Yogurt/ Caramel Banana sebagai toping waffle original atau walnut. 
2. Kemudian pilih air minuman sama ada Americano / Cappuccino / Grean Tea (panas atau sejuk) 
3. dan akhir sekali untuk Bingsu pilihan Coffee / Cookies & Cream / Pat Bingsu.


Bila dah buat payment, cashier akan berikan anda satu pad bulat ala vocum rumah. Setelah pesanan menu dah siap, pad ini akan bergetar & korang perlu ke kaunter untuk mengambil menu tersebut. Selfservices tau. Oh jangan lupa pulangkan pad tadi.


Dah boleh makan petang dengan hidangan korea! Waffle pun sedap sebab totally fresh made bila customer order. Anda boleh rasa waffle masih lagi panas ketika menguyahnya. Sedap jugak tapi BBL syorkan anda mencuba waffle caramel banana.


Menu paling famous di CaffeeBene mestilah Bingsu atau kat Malaysia lebih kurang macam ais kepal. Lebih kurang la. BBL order Cookies & Cream Bingsu. Fuh sekarang kan musim kemarau bila dapat makan ais dalam mangkuk comel terasa nyaman sekali. Cara nak makan Bingsu pun ada tau. Korang kena kacau memusing Bingsu dari kanan ke kiri supaya adunan sebati. Oh ditengah Bingsu ada inti kacang merah. Pelik tapi sedap bila makan dengan ais. Not bad lah!.


Dekorasi CaffeeBene sangat funky & moden sesuai untuk sesi lepaking bersama teman atau little romantic jika anda ingin memberi kejutan pengalaman menikmati aiskrim bersama orang tersayang.


Ha, jika korang teringin nak merasai Bingsu ini boleh datang ke cawangan CaffeeBene di IOI Mall Puchong, Sunway Piramid, Solaris Mont Kiara, JayaShopping Centre (Sectin 14), Gurney Paragon Mall, Gamuda Walk (Kota Kemuning), Terminal Pahlawan (Melaka), Imago Shopping Mall (Sabah) & Da:men (USJ)

Untuk maklumat lanjut atau promo terkini CaffeeBene layari


BBL ~ yummy &  sejuk
(⊃◜⌓◝⊂)

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

1 comment:

  1. amboii sedappnya..banyak jugak ye cawangan.. boleh terjah ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...