Saya Dah Dattar Sepetang Bersama Blogger 2016

5:05 AM

Assalamualaikum & hello there,

Cerita ini dah basi actually tapi baru hari ini BBL sempat nak update sebab rumah kat Puchong tak ada kemudahan internet. Tau jelah blogger & unifi tak boleh dipisahkan.
Tak silap pendaftaran blogger untuk menyertai Sepetang Bersama Blogger 2016 mula dibuka pada 17 Mac lalu dengan bayaran pendaftaran cuma RM30.00. Kini dah ramai blogger dah daftar & dijangka lebih ramai berbanding tahun lepas.


Sepetang Bersama Blogger 2016
Tarikh : 16 April 2016
Lokasi : Dewan Campbell, Kuala Lumpur (dekat SOGO KL)
Masa : 8.30 pagi  - 5.00 petang
Penaja:  amna


Jika korang berminat, belum terlambat lagi untuk mendaftar. Kadar bayaran pun masih sama ketika entri ini ditaip iaitu RM30.00. Kan esok dah kembali kepada harga normal RM50.00 kan menyesal tak register awal-awal kan. Setiap peserta akan diberikan sehelai baju Sepetang Bersama Blogger 2016 yang mesti dipakai pada 16 April 2016 nanti. Dah macam reuniuon blogger Malaysia pulak sebab ada blogger dari utara akan turun ke Kuala Lumpur semata-mata mahu menyertai kemeriahan Sepetang Bersama Blogger 2016.
Antara sebab kenapa blogger perlu menyertai Sepetang Bersama Blogger 2016
Tak kisah antara blogger new bie, blogger suam-suam air milo atau blogger dah memang tip top. Anda sememangnya di jemput bersama kerana

  • Ada ramai blogger terkenal Malaysia akan turut serta bersama korang nanti seperti Emas Putih, Fatin Bella, MahaMahu, HafizHafizol, MekOnie, AyueIdris.. oh kalu nak list memang tak cukup. Masa inilah waktu nak selfie bersama kan.
  • Banyak aktitivi menyeronokkan bersama blogger & bermacam hadiah boleh korang menangi. Tahun lepas Halim Nadzeri dah menang iPhone 6 untuk sesi cabutan bertuah. Tahun ini siapa tahu ada tuah untuk blogger seperti anda?
  • Sponser nak kasi goodies gift untuk korang seperti Les’Copaque, Yoes, Aleeyas’s Kicthen, ephyra, Zeeta & lain-lain. Tak nak ke?

Siapa yang dah register Sepetang Bersama Blogger 2016? Jumpa korang kat sana bulan depan tau.

Opss, jangan lupa bawa business card banyak-banyak untuk tukar dengan blogger nanti. Mana kad business dah sikit tu elok la pergi tempeh yang baru.

BBL ~ daftar awal Sepetang Bersama Blogger 2016.
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici