Ads Nufnang

Beli Tiket Bas Secara Online

Tuesday, March 29, 2016

[PETUA] Berhenti Merokok Cara Saya

Assalamualaikum & hello there,

BERHENTI MEROKOK CARA SAYA


Bila dah masuk pertengahan bulan 3 ni, genaplah kiranya 4 tahun saya berhenti merokok. Ramai yang bertanya bagaimana saya boleh berhenti. Rakan-rakan juga terkejut & semacam susah nak percaya. Alhamdulillah.. dulu saya juga merupakan seorang perokok tegar tapi kini kalau dah terhidu asap rokok pun terasa pedih hidung yang amat. Seolah-olah terbau gas toksin yang menusuk kalbu sampai ke otak sehingga membuatkan kita sesak nafas & tak dapat bernyawa dengan betul. Pehh.. Boleh pula rasa macam ni sedangkan dulu saya pun merokok. Baru kini jugalah saya boleh memahami bagaimana rasanya orang sekeliling yang tidak selesa bila terhidu asap rokok di mana mereka pula yang menjadi perokok pasif.


Mula Merokok
Saya mula merokok sejak 15 tahun yang lalu. Ketika itu merokok memang sebab pengaruh kawan & rasa ingin cuba yang mendalam. Dan yang paling penting sewaktu peringkat umur begitulah rasa bergaya bila hisap rokok. Orang lelaki memang akan rasa & alami benda yang sama. Setiap mereka mesti ada sejarah masing-masing. Biasalah budak-budak baru nak kenal dunia. Tapi mujurlah semasa zaman sekolah menengah dulu saya tak pernah kantoi kena tangkap merokok dengan cikgu. Tambah-tambah lagi duduk di sekolah berasrama. Kalau tak alamatnya cikgu telefon mak ayah dan dapatlah pula surat gantung persekolahan.

Faedah?
Lepas tamat zaman sekolah, tabiat merokok tu terbawa-bawa hinggalah sampai zaman masuk kolej. Dulu saya rasa merokok ni ada juga faedahnya. Bagi saya, merokok dapat hilangkan rasa mengantuk semasa pandu kereta dan juga semasa nak study untuk exam. Merokok ni memang ubat yang mujarab untuk segarkan diri kononnya. Tapi sebenarnya benda tu sementara sahaja sebab dia merangsang otak kita dengan bahan yang tidak baik. Kalau untuk jangka masa panjang, memang banyak sangatlah keburukan merokok ni. Saya dah lihat sendiri di depan mata semasa bertugas pesakit-pesakit yang meninggal dunia akibat merokok. Mereka datang dengan sesak nafas yang teruk, sakit dada hingga berpeluh & bermacam-macam lagi penyakit sampingan. Semuanya berakhir dengan 'ending' yang sedih.

Cara Saya
Tapi kali ni saya bukanlah nak bercerita tentang keburukan rokok. Sebab pasal ni semestinya semua orang dah tahu. Dan kalau bagitahu pun orang tetap hisap juga. Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah cara-cara untuk berhenti merokok ikut gaya saya. Saya juga tak mahu ceritakan langkah-langkah biasa ataupun tips untuk berhenti merokok macam 8M tu, tapi saya lebih suka menegaskan tentang diri kita sendiri. Sebab apa? Sebabnya bagi saya, jika kita tak bermula dari diri sendiri, pergilah ke klinik berhenti merokok acap kali, buatlah apa-apa pun atau dapatkanlah petua serta tips terbaik dunia sekalipun, jika bukan datangnya dari sendiri, kita takkan dapat berhenti merokok juga.

1. Niat
- Bagi saya, apa-apa tindakan yang mahu diambil itu mestilah datang dari diri sendiri dahulu. Niat kita mesti betul & kuat serta bukanlah hangat-hangat tahi ayam sahaja. Rancang & tetapkanlah tarikh bila anda mahu berhenti merokok. Tarikh itu biarlah relevan & mesti sebulan dua dari sekarang. Minta doa pada Allah swt agar dikuatkan semangat untuk mula berhenti merokok. InshaaAllah jika kita betul-betul ikhlas, urusan kita akan dipermudahkan-Nya. Mintalah sokongan dari ahli keluarga mahupun rakan-rakan lain untuk memberi semangat & sentiasa mengingatkan niat anda dalam langkah untuk berhenti merokok.

2. 'Big Why'
- Dalam bahasa melayu disebut sebagai sebab yang kukuh. Sesiapa yang mahu berhenti merokok mestilah mempunyai 'big why' tersendiri di mana tiada sesiapa pun yang boleh persoalkan kenapa anda nak berhenti merokok. Nak berhenti merokok tak boleh sebab saja-saja, nanti saja-sajalah jadinya. Carilah alasan & asbab yang kukuh untuk anda berhenti merokok seperti sayangkan anak-anak & isteri, selalu kebocoran wang, takut jatuh sakit, dan bermacam 'big why' yang lain. Dengan adanya 'big why' ini, inshaaAllah jika anda berasa hendak merokok semula pun pasti tak jadi sebab anda teringatkan 'big why' anda itu sendiri. Ambil masa duduk seorang diri & buat senarai kenapa anda nak berhenti merokok. Nanti pilihlah alasan yang terbaik.

3. Logistik
- Di sini saya ingin tekankan bahawa logistik atau persekitaran juga akan mempengaruhi seseorang itu untuk merokok. Jika anda betul-betul ingin berhenti merokok, maka pilihlah rakan-rakan yang bukan perokok. Saya pernah terdengar pepatah ada mengatakan, jika kita berkawan dengan orang yang buat besi, kita juga akan berbau besi. Jika kita berkawan dengan orang yang jual minyak wangi, kita juga akan berbau wangi. Oleh itu, kawan & persekitaran yang bebas rokok amat penting jika anda telah buat keputusan untuk berhenti merokok. Sebab itulah kadang-kadang kita selalu dengar yang sesiapa saja berhenti merokok, dia hanya dapat bertahan sekejap sahaja. Selepas beberapa hari atau minggu, dia akan mula merokok kembali. Dia hanya berhenti membeli rokok & 'pow' rokok kawannya pula.

Berhenti Merokok
Selepas berhenti merokok kira-kira 4 tahun yang lalu, kini saya berasa lebih tenang & kehidupan bertambah baik. Jika saya cuba hisap rokok sekarang, lidah saya sudah pun berasa pahit bila menyedut asapnya. Sampai macam tu sekali efeknya. Selepas itu saya juga ada mencari alternatif lain seperti shisha & vape. Ternyata kedua-dua ini masih tidak mampu untuk menggugat keimanan saya. Shisha awal-awal tu bolehla. Namun, sempatlah juga berbisnes jual flavor sebelum kena 'banned'. Hehe. Memang benarlah bila saya tak merokok ni, tak ada pula orang nampak saya pakai kereta Ferrari ataupun R35, naik pun kereta wife saja. Almaklumlah kan jimat duit tak beli rokok. Tapi alhamdulillah, dulu saya juga sering mengalami kebocoran wang. Bila berhenti merokok, walaupun duit tu tak banyak mana pun tapi inshaaAllah cukup untuk perbelanjaan semua. Semoga bermanfaat.

P/s : Gambar di bawah hanyalah sekadar gambar hiasan :p

Entri ini ditulis oleh Jerry Zuhairi, seorang Former Medical Assistant at Kementerian Kesihatan Malaysia.

BBL ~ sharing is caring
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...