Guna MOLPay CASH Untuk Bayar / Beli Barang Dalam Hermo

12:44 AM

Assalamualaikum & hello there,

Zaman sekarang boleh kira jari siapa yang tak pernah shopping online. Sekurangnya mesti pernah ada pengalaman beli barang tak kisah dalam portal atau lama sosial. Dari barang sekecil memory card sampai lah sebesar peti sejuk. Even sekarang dah boleh beli kereta baru secara online tau. 

Biasanya orang guna cara berikut nak buat pembayaran

1. Kad kredit / kad debit
2. Transfer duit dari akaun bank
3. Cash On Delivery (COD)
4. Guna point kad membership

tapi jarang sekali kita dengar orang bayar dengan MOLPay CASH. Maybe kaki game biasa guna. Well meh BBL terang pasal MOLPay CASH yang senang, cepat dan mudah


Apa itu MOLPay Cash 

MOLPay Cash ni bukan cara baru bayar barangan, walhall dah wujud lama. Dengan MOLPay Cash korang boleh beli barang & bayar cash tanpa perlu beratur tranfer / bank in duit di CDM bank. Juga sesuai untuk bayar harga barang yang ada sen-sen kat hujung macam RM45.50. 

Cara MOLPay Cash berfungsi




Cara ini sangat sesuai untuk anda yang tak berapa suka beratur untuk bank in duit di CDM bank terutama kaum perempuan atau mereka yang tiada akaun internet banking. 

Tempat Bayar MOLPay Cash

Oh anda boleh pilih sama ada nak bayar di
  • 7Eleven
  • Stesen Petronas
Bagi kaum perempuan mesti sekarang kecoh pasal portal Hermo.my - laman shopping barang kosmetik & penjagaan diri. Dulu nak beli lipstik atau eye brow kena pergi beuty shop namun kini semua boleh beli secara online! Pilih je & semua barang anda order dihantar ke pintu rumah. 

Banyak jenama kosmetik& skincare dari Korea boleh anda beli di sini. Tak perlu terbang ke Korea dah :)


Well, BBL nak ajar korang shopping dalam Hermo & bayar dengan MOLPay CASH yang mudah ini. 

Langkah 1 : Beli barang kosmetik dalam Hermo website, pastu proceed to checkout dan PILIH MOLPay CASH sebagai cara pembayaran
Langkah 2 : Snap gambar transaction details (Transaction ID, verification code, jumlah bayaran)
Langkah 3 : Naik kereta & pergi ke 7-Eleven terdekat
Langkah 4 : Beritahu cashier nak buat MOLPay CASH
Langkah 5 : Tunjukkan / berikan detail Transaction ID dan Verification Code
Langkah 6 : Bayar Jumlah tersebut & cashier akan berikan resit MOL-MOLPay dan resit 7-Eleven ( 2 resit) bukti pembayaran
Langkah 7 : Seat back & tunggu barang kosmetik anda sampai depan rumah


Ingat tau snap info MOLPay sebelum pergi bayar di store 7-Eleven. Nanti ber huhuhu bila kat kaunter 7E.



Kenapa MOLPay CASH sangat mudah

  • Satu cara mudah bagi anda yang tiada akaun banking online
  • Nak bayar MOLPay Cash pun senang di mana-mana store 7-Eleven berdekatan
  • Tak perlu lagi risau tersalah no akaun bank seller
  • Boleh bayar MOLPay Cash 24jam tak kisah pukul 4 pagi atau 12 tengahari
  • Tiada lagi masalah perlu bayar lebih amount untuk jumlah sen seperti RM38.90


Apa lagi jom shopping barang kosmetik sekarang jugak

Check out more information MOLPay CASH : www.molpay.com

BBL ~ Beli pencuci muka, shampoo kini online je
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL