Oh Saya Sertai InvolveAsiaxNescafe Affiliate Workshop

9:54 AM

Assalamualaikum & hello there,

Baru-baru ini BBL ada menyertai satu affiliate workshop yang di anjurkan oleh InvolveAsia bertempat di Lorem Ipsum Bangsar. Event kali turut disertai oleh 50 blogger pelbagai grence. 


Workshop affiliate InvolveAsia bertujuan memberi pendedahkan lebih terperinci kepada blogger terutama mereka yang sudah mendaftar sebagai team affiliate InvolveAsia. Oh tak lupa BBL dah register sejak awal tahun lagi cuma tak berapa aktif share kempen dorang. 

Sesi sharing petang tersebut menjadi lebih teruja apabila InvolveAsia bergabung bersama Nescafe dalam segmen pengenalan Nescafe Gold Barista Coffee machine terbaru. Demo menggunakan machine tersebut juga antara acara workshop hari itu.


Berita gembira bila Nescafe umumkan door gift berupa Nescafe Gold Barista Coffee machine untuk setiap blogger. Terus senyum sampai ke pipi bila dapat hadiah coffe machine. Tak payah susah kacau kopi setiap pagi lepas ni.

Input utama workshop tersebut mestilah sesi pengenalan program affiliate dibawah InvolveAsia, cara kempen running out, tips utilize sepenuhnya setiap link & banner serta peluang menjana side income & komisen melalui setiap kempen. Well, ada banyak cara anda sebagai blogger boleh kutip duit dari blog selain entri berbayar, review atau sewa iklan. 

Antara blogger yang turut hadir pada program worshop kali pertama anjuran InvolveAsia pada tahun 2016. Ala tak nampak muka BBL dalam gambar nie.


Tak lupa tips dari team InvolveAsia terutama keyword search engine yang BBL rasa satu trick yang penting untuk jadikan entri berapa di page pertama carian Google. Rasa teruja nak SEO dalam entri lepas ni walaupun masih terkebil dengan SEO tu. Nasib baik tak pening kepala.


Di hujung acara workshop masing-masing laju je pergi beratur untuk mengambil buah tangan dari Nescafe selaku partner rasmi workshop affiliate InvolveAsia x NESCAFE. Yahoo kami dapat coffee machine setiap seorang. Besar betul doorgift kali ini, rasanya mau beratus harga coffee machine. 

*muka senyum melebar macam highway 4 lorong dapat coffee machine

Eh, tahu tak kami adalah antara rakyat Malaysia pertama memiliki Nescafe Gold Barista Coffee machine kerana Nescafe belum secara rasmi menjual machine ini untuk pasaran tempatan. Elok buat tayang kat sedara mara nanti.

Ini muka bila Nescafe Gold Barista Coffee machine di tangan masing-masing. Berseri dapat hadiah besar seorang satu. Datang belengga balik nak patah tangan sebelah.


BBL akan buat review Nescafe Gold Barista Coffee machine nanti. Jangan lupa baca tau.


Jumpa lagi dalm next entri ya

BBL ~ terima kasih InvolveAsia x Nescafe
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici