Teman Travel Saya Mestilah Innergie PowerGear ICE 65 (Travel Adapter)

9:22 PM

Assalamualaikum & hello there,

Perkara paling penting mesti bawa bila pergi travel luar negara selain buku merah (pasport) mestilah charger laptop. Pernah sekali BBL ke Thailand yang kononnya nak update blog pada belah malam bila puas pusing bandar Bangkok, sekali plug elektrik dorang jenis 2 kaki & tak sama macam wayar charger Asus jenis 3 kaki. Habis hilang terbang semua idea entri blog. 

Terima kasih Innergie PowerGear ICE 65 (Travel Adapter) kini jadi bestfriend BBL bila pergi jejalan. Kekadang mak cik pun ada pinjam bila dia outstation ke Japan. Senang nak buat kerja atau tonton YouTube dalam bilik hotel dengan wifi laju berdezuz.


Adapter ni sangat ringan & size kecil je. Cukup bawak laptop & adapter Innergie sahaja. Tinggal je charger korang yang besar tu. 


Oh ya, jangan risau anda guna laptop lain brand sebab adapter ini ada ''tip'' (pin charger) untuk laptop jenama HP, Dell, ASUS, Toshiba, Acer & Lenovo. Just tukar mengikut laptop korang. Boleh share-share guna ya.


Innergie PowerGear datang dengan 4 jenis kepala plug utama iaitu UK, AU, US & EU. Macam di Malaysia kita guna UK plug yang jenis 3 kaki. Lepas ni tak payah risau kalau tetiba charger korang rosak, boleh guna Innergie travel adaptor sebagai backup. 


Satu kancung kecil turut disertakan untuk korang simpan adaptor, kepala plug & ''tip'' charger. Kurang sikit risiko hilang kepala charger kan.


Ha, jika korang bercadang nak beli charger baru tu elok lah beli travel adapter ini. Boleh guna 2 dalam 1, buat charge laptop kat rumah macam biasa & bawak pergi travel pun okay. Sekarang Lazada pun ada jual, rujuk je LINK INI. Order nanti abam Pos Laju hantar ke rumah. 

Yang best adapter ini, korang boleh cas laptop & telefon pada masa sama. Tu kena guna bersama Innergie LifeHub Plus atau Innergie WizardTip.



Sekarang tak payah lagi risau kena beli kepala plug lain bila nak travel ke negara orang. Ada satu dah cukup lengkap nak guna bila-bila masa kan.




Untuk maklumat lanjur, boleh baca di www.myinnergie.com

BBL ~ Wayar charger dah terkulai nak putus
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici

Jadi BFF Instagram BBL

Blog Arkib

LIKE Fan Page BBL