Honor 8 Sapphire Biru Sangat Menawan Hati

12:28 AM

Assalamualaikum & hello there,

Baru-baru ini BBL berkesempatan menyertai majlis pelancaran Honor 8 untuk pasaran Malaysia.Oh entah kenapa warna Sapphire Biru Honor 8 terbaru sangat menarik. Flashgip Honor 2016 ini menampilkan ciri trend smartphone terkini seperti 3D Fingerprint, fast charger & kamera berkembar.


Beauty in Your Own Way
Lebih Menawan

Peranti Honor 8 dilengkasi skrin 5.2'' IPS LCD 1080P dengan RAM sebesar 4 Gigabyte serta storan 32 Gigabyte. Boleh menyokong kad MikroSD hingga 256 Gigabyte. Slot kad MikroSD ini berkongsi dengan slot SIM bersaiz nano.


Reka Bentuk Premium Kaca

Telefon Honor 8 gabungan kerangka sisi aluminium logam & kemasan badan kaca 2.5D pada bahagian belakang. Menggunakan Aurora Glass yang menghasilkan pantulan cahaya apabila anda menghalakan cahaya pada permukaan belakang panel. Satu keistimewaan bagai memegang batu kristal di tangan.



Kamera Dual-Lensa

Turut hadir dengan inovatif kamera dual-lens 12 megapixel F/2.2. Kamera sensor pertama berwarna manakala sensor kedua untuk monokrom membolehkan pengguna snap gambar dalam apa jua keadaan. Tidak lupa kamera depan 8 megapixel sesuai bagi pengemar selfie.


Cantik Serta Berkuasa

Berkuasa pemproses HiSiliconKirin 950 dengan CPU 8-Core hingga 2.3HGz memberikan prestasi lancar walaupun untuk applikasi paling mencabar & melancarkan proses multi-tasking. Tampil dengan bateri 3000mAh dengan jangka hayat bateri bertahan selama 1.77 hari. Usah risau kerana Honor 8 menyokong fast-charging cuma mengambil tempoh 30 minit untuk 47% isian semula bateri. 


Pilihan Warna Baru

Mungkin anda akan sukar membuat pilihan kerana Honor 8 tampil dengan warna Sapphire Blue, Sunrise Gold, Pearl White & Midnight Black. Untuk Pearl White & Midnight Black dengan standard varian 4GB RAM & ruang storan 32GB pada harga RM 1, 699 manakala premium  Sapphire Blue & Sunrise Gold varian 4GB RAM & ruang storan 64GB pada harga RM 1, 899


Cara Pembelian Honor 8 

Boleh dibeli bermula pada 8 September 2016 secara online melalui Vmall.com atau Lazada Malaysia. Eh bukan online shoppers? Jangan risau kerana anda masih boleh terus di kedai retail rasmi Honor 8 di DirectD ( berhampiran Federal Highway & outlet SS15 ) serta SengHeng Malaysia*

####
*Store SenHeng Terpilih  : IOI City Mall (Putrajaya) Alamanda Shopping Mall (Putrajaya) Leisure Mall (Cheras) Aeon Seremban 2 (Seremban) Sunway Carnival (Ipoh) Ipoh Parade (Ipoh) Sutera Mall (Skudai) Aeon Kota Bharu (Kota Bharu) Cityone Magemall (Kuching) Karamunsing Complex (Kota Kinabalu) 

Untuk lebih informasi, boleh terus ke www.hihonor.com/my
Online store, VMall Malaysia www.vmall.my
Lazada Malaysia www.lazada.com.my/ 

or 
follow 
Facebook: honor Malaysia (www.facebook.com/HuaweiHonorMY
Youtube: honor Malaysia (www.youtube.com/honormalaysia
Twitter: honor (@HonorMalaysia)
 Instagram: honormalaysia 
WeChat: @HonorMY 


*wefie 8 orang untuk menang contest punya pasal

BBL ~ Geram je tengok
o( ̄ρ ̄)o

Ai tak kan baca sorang je..kongsillah dengan kawan-kawan di....

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici