Hobi Baru Kumpul Medal Run

9:16 PM


Entah kenapa sejak dua bulan lepas timbul hobi kumpul medal run. Setakat ni dah ada empat medal, terbaru medal Jakel Charity Run for Rohingya 2017 yang BBL join Ahad lepas. Boleh tahan meriah dengan participant join Jakel Run 2017 ni. BBL masuk kategory 5km je mampu.


Pukul 7.30 pagi semua peserta dilepaskan memulakan larian 5km dan 10km kat depan Jakel Mall Kuala Lumpur. Lebih kurang sejam kemudian dah habis berlari. Jakel Charity Run 2017 turut mendapat tajaan dari 100 Plus, Kumpulan Media Prima, Kumpulan Utusan, RHB Bank Islamic, Affin Bank, Habib Jewel, Al-Ikhsan Sport dan banyak lagi. Malah hadiah turut diberikan kepada pemenang dari tempat pertama hingga sepuluh. Hadiah saguhati turut diberikan kepada 50 orang hingga tempat 25 bagi dua-dua kategori.

pemenang kategori terbuka lelaki 10km

pemenang kategori terbuka wanita 10km

Paling berdebar mestilah hadiah cabutan bertuah sebuah motorsikal YAHAMA Avantiz tajaan Syarikat Dynamic AA Travel & Tours. Belum ada rezeki nak bawa balik motorsikal. Bertuah betul auntie ni menang motorsikal. Tak sangka Jakel Run pun offer lucky draw seperti pakej percutian ke Bali, jam tangan ICE, produk Shca-Wal, barangan sukan Al-Ikhsan, hadiah Avon dan macam-macam lagi.

 yeay tahniah menang motorsikal Yahama


Menariknya, barisan selebriti pun turut datang bersama-sama memeriahkan Jakel Run 2017 termasuklah Ayda Jebat, pasangan Scha Alyahya & Awal Ashaari dan Hanis Zalikha & Hairul Azreen serta penampilan istimewa Dato Siti Nurhaliza bersama Datuk K. Ni ada video persembahan Ayda Jebat sempat BBL rakam.


Dato Siti Nurhaliza pun ada

Prihatin dengan penindasan oleh etnik Rohingya membuatkan pihak Jakel terpanggil bagi melancarkan dana kemanusian bagi membantu masyarakat Rohingya. Tahniah Jakel berjaya mengumpul RM700, 000 dari hasil yuran pendaftaran Jakel Charity Run for Rohingya 2017. Sumbangan tersebut akan dibawa dan dihantar sendiri oleh pihak pengurusan tertinggi Jakel kepada masyarakat Rohingya di Bangladesh. BBL difahamkan pihak Jakel akan menggunakan duit tersebut untuk membeli baju sejuk, ubat-ubatan, pakaian, makanan, susu dan akan membina perigi bagi sumber minuman. Rasanya ini satu usaha murni rakyat Malaysia membantu etnik Rohinya memandangkan awal tahun depan mereka akan mengalami musim sejuk di Bangladesh.


Terima kasih kepada anda yang turut bersama menyertai larian Jakel 2017 ini dan besar harapan agar setiap Ringgit dikeluarkan sampai ke tangan masyarakat Rohingya yang memerlukan bantuan. Jangan lupa follow laman sosial Instagram dan Facebook Jakel untuk update terkini.

Facebook : @GedungTekstilJakel
Instagram : @Jakeltextile

Next run BBL akan sertai fun run malam ambang tahun 2018 di Damansara hujung bulan ini. 

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Teringat nak join dan kumpul medal run macam ni. Mungkin boleh masuk dalam wishlist tahun depan. Hihihi.
    Keep running & keep fit ya!

    ReplyDelete