Raikan Christmas Bersama Dorset Grand Subang

6:52 AM


Hohoho Christmas is coming to town everyone! 

Tak sangka dah nak sampai hujung tahun 2017. Apa planing korang untuk akhir bulan Disember ni sempena Hari Natal dan tahun baru 2018 nanti? Musim cuti sekolah ini lah masa sesuai untuk gathering bersama ahli keluarga. Well apa kata bawa orang tersayang, sahabat handai, rakan sekerja atau sesi family menikmati makan malam D'Christmas Eve @ Terazza Brasseries.

Promosi istimewa selama tiga hari berturut sempena sambutan Hari Natal mendatang ini bermula 24 Disember dengan makan malam D'Christmas Eve @ Terazza Brasseries | 6.30 petang hingga 10.30 malam pada harga RM 138 nett seorang. Malah anda boleh memilih untuk menikmati sajian D'Christmass @ Terazza Brasseries pada 25 Disember | 12 tengahari hingga 4 petang pada harga RM98 nett setiap tetamu. Kemuncaknya sebelah malam D'Christmas Dinner @ Terazza Brasseries bermula jam 6.30 petang sehingga 10.30 malam cuma berharga RM128 nett. 


Menariknya khas sebagai meraikan para tetamu, chef Dorset Grand Subang menampilkan variasi menu khas untuk santapan anda. Mulakan magik kegembiraan dengan menikmati Roast Tukey served with Chestnut Stuffing, Giblet Gravy, Cranberry Sauce and Yorkshire Pudding, Classic Chicken Liver Pate, Baked Shepherd's Pie, Gingerbread Crusted Cheesecake, Christmas Stollen dan banyak lagi. Pastinya membuatkan anda terlupa kejap tentang soal diet melihat semua menu terhidang.

Rost Tukey served with Chestnut Stuffing

 pasta ni kena cuba okay


Kalu anda nak tahu restoren Terazza Brasseries menawarkan pelbagai sajian sentuhan tangan chef yang disediakan segar dari dapur seperti variasi menu dari continental, Chines, Jepun, Mediterranean, India dan tak lupa masakan tempatan. Confirm rambang mata nak mulakan hidangan pertama dengan apa. Seafood segar dan sushi pun ada jugak tau.


Macam BBL sendiri teruja dengan makanan ditawarkan dari menu appetizer, main course, soup sampailah pencuci mulut seperti aiskrim, puding, biskut, pastri dan kek. Tambah lagi dekorasi krismas yang sangat comel dan berwarna warni. Ini membuatkan bagai terasa di alam fantasi. 


Untuk sebarang tempahan, boleh hubungi pihak hotel melalui talian +603 5031 6060 sambungan 1912/1913 

Oh ya, follow Dorset Grand Subang untuk update promosi terkini mereka


You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici