Pengalaman Masuk Movie Animation Park Studio (MAPS) Ipoh Perak

7:53 PM


Nampaknya anda tengah mencari harga tiket masuk ke Movie Animation Studio Park (MAPS) Ipoh, Perak kan. Ni mesti nak bawa anak-anak datang MAPS Ipoh ye. Alhamdulilah BBL sendiri dah jejak kaki ke sana time cuti sekolah tempoh hari. Entri ini boleh jadi guideline untuk anda datang berhibur ke taman tema animasi pertama di Malaysia ni.

Harga Tiket Masuk MAPS Ipoh

BBL cadangkan anda beli tiket masuk secara online untuk elakkan beratur panjang kat kaunter selain harganya lebih murah compare walk in. Boleh beli melalui link ini

Kategori
Umur
Harga Tiket
Day Pass Online
Dewasa
Umur dari 13 hingga 59 tahun sahaja
RM144.00
Day Pass Online
Kanak-Kanak
Umur dari 3 hingga12 tahun sahaja
RM114.00
Day Pass Online
Warga Emas
Umur 60 tahun ke atas sahaja
RM114.00
Bagai melangkah ke dunia fantasi memang teruja betul. Bukan setakat kanak-kanak malah orang dewasa macam BBL pun berlari nak sampai Animation Square. Hiasan bangunan berwarna warni sangat cun untuk bergambar  OOTD. Well dalam MAPS ada 6 zon utama, 23 tarikan utama dan 15 aktiviti outdoor mendebarkan namun berikut aktivti highlight boleh anda cuba. 


Aktiviti Mesti Cuba 

1. The Smurf Theater
Jika datang dengan anak kecil, elok bawa mereka ke sini. Anda akan dihiburkan dengan persembahan Papa Smur. Habis show boleh shopping merchandise The Smurf sewaktu keluar dari theater. Oh ya, jangan lepaskan peluang bergambar dengan maskot Smurf. 



2. BoboiBoy 4D Adventure Theatre
Please bawa anak anda masuk ke sini. Memang seronok pengalaman menonton BoboiBoy versi 4D. Tambah lagi sound effect, pecikan air, hembusan angin dan kerusi bergerak mengikut movie membuatkan anda betul-betul masuk dalam movie tersebut. Habis show boleh singgah ke Tok Aba Kokotiam beli barangan ekslusif BoboiBoy seperti t-shirt, sling bag, fridge magnet dan key chain atau nikmati secawan koko Tok Aba.




3. Stunt Legends
Memang tak complete datang MAPS kalu tak menonton persembahan mendebarkan stunt bersama motorsikal dan kereta. Bukan selalu dapat tengok aksi drif kereta sampai berasap tayar. Tambah lagi bunyi letupan seolah performance mereka sangat real seperti filem Fast & Furies.


4. Asteriod Attack
Cabar diri korang dengan mencuba permainan Asteriod Attack yang berpusing 360 darjah. Rasanya nak menagis bila awal-awal game dah terbalik ke bawah. Memang menyesal tak sudah bila jerit mintak stop cepat. Sesuai untuk mereka jiwa kental


5. Hyperspin
Seperti kuda pusing fun fair tetapi ini versi lagi menyeronok dengan pusingan buaian hingga terasa bagai terlantung. High recomanded naik bersama abang atau kakak jenis gayat.


6. Space X-Plorers
Satu lagi game menarik di Lakeside Zone ialah Space X-Plorers. Setidaknya korang dah boleh bersedia menjerit sepuas hati saat machine menjunam sambil berputar 360 darjah. Kepuasan 100% BBL jamin


7. Adventures Bumpers Blast
Wah ini memang favourite BBL di MAPS Ipoh. Teruja betul dapat main kereta langgar, bila lagi nak gunakan peluang langgar kawan kan. Gelak sakan habis.


8. Fantasy Forest Zone
Singgah berhibur dengan pelbagai aktiviti seperti Coral Kingdom, Red Baron,Fantasy Carousel, Coliseum Water Play, Whirling Wizard, The Adventure HQ Tree House, Cave of Wonder dan beberapa lagi tarikan best zon ini.


Makan di Starship Restaurant

Soal makan jangan risau ada beberapa restoren yang boleh anda cuba seperti Coral Kingddom, The Pitstop Café,, Tok Aba Kokotiam, The Croods Caveteria dan The Metrocity Diner. Selepas penat berhibur apa kata nikmati makan di Starship Restaurant yang berbentuk kapal belon udara. Awalnya BBL sangka pusat permainan tetapi ia adalah restoren tiga tingkat menempatkan dua buah restoren.


Bagi anda yang inginkan menu bbq sebagai makan tengahari atau pulang, apa kata cuba rasai pelbagai sajian ayam, daging, sosej dan ikan salmon yang di grill secara live. Tidak setakat itu, basahkan tekak dengan air jus buah dan makan kek coklat cheese sebagai pencuci mulut. Ini antara masakan BBL sempat jamu sebelum pulang. Bila lapar semua terasa sedap!


Tips Datang Ke MAPS

1. Beli tiket secara online awal-awal dan print sebelum datang ke sini.
2. Datang awal pagi. Pintu MAPS dibuka jam 10 pagi dan parking pun banyak berhampiran pintu masuk utama. Setidaknya anda ada banyak masa nak habiskan semua tarikan best. Trust me, at least sehari baru puas terokai seluruh MAPS
3. Bawa tuala kecil untuk keringkan peluh memandangkan cuaca agak panas terutama waktu tengahari dan sebelah petang
4.  Sediakan duit untuk beli air mineral dan makanan dalam MAPS. Oh ya, staff MAPS akan buat sport check dalam beg anda kat pintu masuk. Air mineral dan makanan ringan akan dirampas. Hehe
5.  Anak penat berjalan boleh sewa stroller pada harga mampu milik
6. Jangan bimbang pihak MAPS dah sediakan kemudahan surau, baby changing room, nursing room, first aid room, locker rental, toilet (sangat bersih) dan mesin ATM untuk kegunaan anda semua.
7. Cuba semua permainan dan saksikan persembahan maskot animasi di centre zone. Boleh rujuk jadual berikut.


Cara Datang Ke MAPS Ipoh

Dari Pulau Pinang
-  Keretapi – Naik di stesen Butterworth dan turun di stesen Ipoh : 1 jam 40 minit
-  Pandu kereta – ke Ipoh : 1 jam 41 minit

Dari Kuala Lumpur
-  Keretapi - Naik di stesen KL Sentral  dan turun di stesen Ipoh : 2 jam 25 minit
-  Pandu kereta – ke Ipoh : 2 jam 10 minit
-  Kapal Terbang – Turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah : 55 minit

Dari Melaka
-  Keretapi - Naik di stesen Tampin  dan turun di stesen Ipoh : 4 jam 35 minit
-  Pandu kereta – ke Ipoh : 5 jam 55 minit

Dari Johor Bharu
-  Keretapi - Naik di stesen JB Sentral  dan turun di stesen Ipoh : 9 jam 28 minit
-  Pandu kereta – ke Ipoh : 5 jam 24 minit
-  Kapal Terbang – Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah : 1 jam 20 minit

Dari Singapura
-  Keretapi - Naik di stesen Woodlands  dan turun di stesen Ipoh : 11 jam 37 minit
-  Pandu kereta – ke Ipoh : 5 jam 58 minit
- Kapal Terbang – Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Changi turun di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Azlan Shah : 1 jam 30 minit

Sebelum pulang jangan lupa beli ole-ole tanda kenangan anda dah datang ke MAPS Ipoh. Boleh story kat kawan-kawan dan suggest dorang datang pulak ye.


Movie Animation Park Studios (MAPS)
Persiaran Meru Raya 3, Bandar Baru Meru Raya 3,
30020 Ipoh, Perak

Ikuti perkembangan Movie Animation Park Studios

Facebook | Twitter | Instagram | YouTube

Peta lokasi MAPS Ipoh



*Pengembaraan ini dibawa khas oleh @borakkita_official sempena #TravelogueMalaysia ke selatan Perak baru-baru ini. 

You Might Also Like

4 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Saya dah masuk kali kelima dah, yang terbaru ogos 2018. Megazone dah tak ada, ganti lain dan megadrop pun dah buka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mf nk tnya..utk ke setiap tmpt tu...kn ada bayaran lain ke or kira harga tiket masuk je?plan nk g dis nnt

      Delete