Kenapa Restoren Texas Chicken KLCC Lain Dari Yang Lain?

12:14 AM


Sebut ayam Texas Chicken selalu terlintas free flow drinks, honey butter biscuit dan wrap burger favourite BBL. Fuh sedapnya dapat makan time hujan sekarang ni. Nasib baik area rumah ada satu Texas Chicken kat pusat Bandar Puchong.

Well pada 29 November lepas satu lagi kejayaan buat Envictus International Holdings – pengelola franchise Texas Chicken Malaysia telah membuka cawangan ke 42 di Suria KLCC. Menariknya, ini adalah restoren paling besar di Malaysia. Yahoo sangat besar dan ini berita baik buat anda yang bekerja atau sering KLCC. Nah BBL belanja preview interior restoren Texas Chicken KLCC.

 ruang masuk Texas Chicken KLCC

 ada port elektrik untuk anda siapkan kerja sambil makan ayam goreng

 lagi banyak meja & kerusi!

Video sekitar majlis pelancaran Texas Chicken KLCC boleh tengok kat bawah



Tidak terhenti disitu sahaja, restoren Texas Chicken KLCC turut mempunyai Tex Café pertama di DUNIA. Untuk info anda, Tex Café berkonsep melengkapkan sajian Texas Chicken. Selain menu regular biasa, pelanggan boleh menambah minuman panas atau sejuk seperti cappuccino, latte, espresso, hot chocolate dan banyak lagi. Malah menu sampingan kek dan muffin juga tersedia.


Sempena pelancaran Tex Café ini, jangan lupa nikmati menu terbaru Chocolate Chip Biscuits untuk masa terhad. Mana tahu kot-kot sementara nak tunggu jalan clear waktu peak hour boleh nikmati Strawbery dan Chocolate Shortcake atau Chocolate Volcano. Amboi terliur rasa time taip entri ni.

 Chocolate Chip Biscuits limited edition

chocolate muffin & red velvet cheese muffin

Tex Cafe hot & cold beverage

Apa pun kini BBL dah ada tempat favourite untuk makan ayam goreng jika ke Suria KLCC. Korang boleh dapatkan maklumat terkini promosi Texas Chicken di laman berikut


You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici