Jamu Selera Masakan Kampung Di Rumah Makan Sri Muallim Perak

11:16 PM

Sebut pasal makan memang tiada siapa boleh tolak. Tambah lagi menu masakan kampung sambil makan bersila beramai-ramai. Tak hairan ada pengunjung sangup datang naik ETS dari Puchong ke Perak semata mahu makan tengahari di sini. Itulah penangan keistimewaan Rumah Makan Sri Muallim.


Rumah Tradisional Perak

Lokasinya betul-betul tepi simpang utama Bandar Tanjung Malim, sekali pandang BBL sendiri tak sangka rumah tradisional ini adalah kedai makan. Ujur pemilik Rumah Makan Sri Muallim iaitu Encik Mohd Nizar dan isteri, Rozana sebenarnya keunikkan rumah berusia 100 tahun ini menjadi ilham mereka memulakan kedai makan berkonsep tradisional kampung. Sebelum ini pelanggan tetap sudah mengenali air tangan isterinya dengan masakan menu kampung di IPD Tanjung Malim. 

berselera tengok hidangan masakan kampung 

Rumah kayu dua tingkat ini berharga lebih RM500k menjadi tarikan utama tika melangkah masuk. Boleh memuatkan hampir 200 tetamu di bahagian bawah dan tingat atas. Bagi mereka datang dengan anak kecil boleh menjamu selera dalam bilik yang diubah suai menjadi ruang makan. Tidak cukup dengan itu, ruang makan terbuka bahagian luar juga dibuka kepada pelanggan. 

 ruang makan tingkat bawah

 dekorasi klasik rumah opah 

meja makan bersila juga tersedia

Menu Citarasa Kampung

Biasanya tetamu akan memilih bersila di lantai beralas tikar mengkuang sambil menjamu selera lebih 100 jenis masakan seperti Ayam Masak Merah, Ayam Kampung Gulai Lemak, Daging Rendang Tok, Kambing Asam Pedas, Ikan Bakar, Pari Bakar, gulai Asam Pedas, Sambal Sotong, Udang Goreng, Lala, Siput Sedut dan banyak lagi. 


 ikan kembong, talipia dan keli masih panas atas pembakar

first time rasa asam peda kambing

 ayam masak lemak

 keli masak lemak pun ada


Uniknya set makan ini dihidang dalam pinggan serta dulang besi lama. Oh throwback zaman kenduri kendara orang dulu-dulu. 


Malah anda boleh memilih Nasi Tampi bersama Gulai Ikan Salai, Ayam Percik. Setiap set disertakan bersama ulaman, pucuk daun, sayur rebus, sambal belacan dan tempe goreng. Kemudian basahkan tekak dengan air sirap atau air kopi.

Nasi Tampi special

Pencuci mulut seperti kuih muih tradisional, pengat ubi, ubi kayu rebus bersama kelapa parut, tapai dan buah tempatan ada disediakan. Jangan lupa mencuba minuman air tapai dan air serai yang menjadi signature tuan rumah. 


ubi kayu rebus bersama kepala parut, kuih talam, kuih keria dan buah jambu air 

pengat ubi kayu

Selesai makan, boleh berehat santai di anjung rumah sambil minum air kopi dan berborak dengan ahli keluarga. Tambah angin sempoi dari tingkap rumah pasti membuatkan anda terlelap kejap.


Lokasi Ideal Pelbagai Keraian

Tidak hanya menjadi rumah makan saja, anda boleh memilih Rumah Makan Sri Muallim untuk menjadi vanue acara seperti perkahwinan, bertunang, akikah, cukur jambul, kenduri kesyukuran di sini. Pastinya suasana kampung memberi kelainan pada majlis dan memori indah buat tetamu yang datang.


Pemilik Rumah Makan Sri Muallim juga menawarkan khidmat katering untuk VIP dan PA sistem. BBL rasa anda sendiri patut datang mencuba makan tengari di sini. Pasti terasa nak repeat lagi. 


Boleh hubungi Rumah Makan Sri Muallim untuk sebarang pertanyaan

Alamat :
Lot 4620, Jalan Slim Lama,
35900 Tanjung Malim

Landmark : Berhampiran UPSI (hadapan Pau Yik Mun)
5 minit dari KTM Tanjung Malim

Tel : 
012-582 8087 (En Rizal)
011-3291 9581 (Pn. Rozana)
013-395 9538 (Amir/Idris)

WAZERumah Makan Sri Muallim

Dibuka setiap hari (10 pagi - 5 petang)
*Akan ditutup jika ada tempahan ketering 1000pax ke atas

Peta Lokasi



Oh kali ini pengembaraan #TravelogueMalaysia ke selatan Perak berjaya memperkenalkan pelbagai destinasi menasik negeri Perak. Stay tune next entri ya

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici