Pengalaman Best Sertai Miss Shophia Hunt 2.0

7:42 PM


Yes tahun ni berjaya juga masuk Miss Shophia Hunt 2.0. Tahun lepas tak sempat nak daftar nama sebab slot team limited. Namun 2017 pihak Tourism Malaysia membuka lebih banyak penyertaan dari media dan terbuka kepada orang awam selepas kejayaan besar Miss Shophia mempromosi pusat membeli belah utama sebagai daya tarikan utama ke Malaysia. Well rakyat tempatan sendiri tak senang duduk bila dengar perkataan ‘SALES’ kan. Tak hairan la pada tahun 2016 sahaja kerajaan menjana lebih RM26 billion dari sektor membeli belah sahaja. Jangan terkejut untuk suku kedua tahun ini, lebih RM12.3 bilion telah dibelanjakan oleh pelancong asing untuk membeli belah. Dah la sekarang dah masuk musim year end sales atau YES. Confirm lagi meriah jualan.

Okay sekarang BBL nak story pasal race shopping hunt ni. Pagi Sabtu 25 November tu team BBL dan lebih 600 peserta terdiri dari pengamal media, social media influencers, bloggers dan peserta tempatan serta dari negara luar negara berkumpul di Kompleks Kraf Malaysia. Tepat jam 10 pagi semua team dilepaskan oleh YB Mr. Manoharam Periasamy, the director of package development divison of tourism Malaysia dan masing-masing meneruskan jelajah shopping.


Kesemua peserta dibahagi kepada 4 orang setiap kumpulan menuju ke lokasi pusat membeli belah terkenal ibu kota bagi mendapat jawapan untuk soalan yang diberi. Oh ya, nama team BBL, akak Ruby, Kak Seri dan Dboy Ahmad ialah Shopiholic. Takut tak dengar? Tahu tak, ada 14 malls kami kena terjah untuk lengkapkan semua task.


Dengan semangat waja kami planning road journey dari Avenue K, Fehreneit 88, Sunway Velocity Mall, Sunway Putra Mall, Lot10, Pavillion Kuala Lumpur, Suria KLCC, Sungei Wang Plaza, Plaza Low Yat, Sogo Kuala Lumpur, Central Market dan Quill City Mall sebelum ke lokasi penamat di MyTOWN Shopping Centre. Berpeluh nak habiskan semua task.


Antara tugasan di lokasi ialah upload gambar ahli kumpulan ke Facebook dan mesti dapatkan minima 5 likes sebelum boleh cop pengesahan untuk ke next lokasi. Memang tuff juga task Tourism bagi dan paling mencabar nak cari marshall dalam mall. Bayangkan task bergambar di kedai level 4 dan marshall berada kat Ground Floor. Itu belum masuk period nak cari dorang. Boleh ‘katang’ kaki dibuatnya.


Antara task lain termasuklah menggunakan applikasi Boost untuk membeli donut, mengira jumlah restoren kat food court, bergambar dengan logo shopping mall, selfie bersama ikon Miss Shophia, jawab soalan kuiz dan banyak lagi la.


Nak pendekkan cerita, jam 4 petang baru kami habiskan semua ‘job’ dan tiba kat lokasi terakhir di MyTOWN Cheras. Penat memang Allah sahaja tahu tapi memang puas hati bila dapat medal Miss Shophia Hunt 2.0. Berbaloi rasanya keluar peluh jantan.

Tahniah kepada juara dan semua pemenang bagi kategori public dan media yang membawa pulang hadiah lebih RM17 000 terdiri wang tunai dan cash voucher BOOST. Paling best mestilah dapat lucky draw voucher shopping, tiket flight, mata ganjaran AirAsia dan voucher hampir RM160 000. Memang bertuah dapat cash voucher Zara.


Sebenarnya tujuan utama Miss Shophia Hunt 2.0 dibuat adalah nak promote tempat membeli belah yang kini boleh diakses dengan public transport. Tak payah lagi risau soal jalan jem, parking mahal atau risau tak jumpa parking kereta sebab semua orang boleh shopping dengan hati gembira naik bas Rapid, LRT, Monorel dan MRT je. Senang kan?


Apa-apa pun memang seronok habis dapat join Miss Shophia Hunt 2017 ni. Harap-harap tahun depan boleh join lagi sekali. Confirm lagi ramai orang join dan ganjaran hadiah lagi mendebarkan. Yelah siapa tak berdebar kalu ada lucky draw Zara voucher RM500?

See ya!

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici