Harga Tiket Masuk Taman Negara Johor Tanjung Piai

10:56 PM


Yes berjaya capai wishlist nak jejak kaki kat penghujung tanah besar benua Asia di Tanjung Piai Johor. Jealous tengok ramai kawan instagram dah sampai sana. Menagis tepi bucu katil like swafoto dorang. Sob sob


Well kini BBL sendiri dah boleh berbangga akhirnya sampai hajat nak berada di ufuk benua Asia.  Rasanya dulu kawasan globe ni luas kan. Mungkin sebab hakisan laut, tinggal ini sahaja. Btw ini lokasi unik anda boleh melihat tiga negara dalam satu pandangan iaitu Malaysia, Singapura dan Indonesia.

terima kasih Borakkita.com

Untuk sampai ke titik akhir Asia ini, korang akan melalui titian paya bakau menghubungkan pintu masuk utama terus mengelilingi kawasan ini. Jangan bimbang, staff Taman Negara Johor Tanjung Piai mesra dan tak lekok bercerita mengenai lebih 20 spesis tumbuhan bakau sebenar dan 9 spesis bakau berkaitan serta keistimewaan menjaga ekosistem paya bakau. Salah satunya, akar pokok bakau sebenarnya memerangkap sampah dari laut. Jangan la suka buang sampah ke sungai atau pantai. 


Bukan hanya lokasinya sahaja menjadi tarikan, malah mamalia monyet liar yang menghuni hutan ini turut menjadi bualan pengunjug. Be carefull dengan barangan peribadi anda terutama topi, makanan atau beg kerana mereka pantas mencuri. Tapi jangan risau mereka ni comel.


Jika kebetulan anda datang waktu air pasang besar, beruntunglah dapat mandi manda kawasan pintu masuk utama Taman Negara kerana ia juga saat dinanti oleh penduduk tempatan. Air laut melimpah hingga ke laman utama sering menjadi tumpuan masyarakat bersuka ria dengan aktiviti air seperti berenang, sukan air tradisional dan macam-macam lagi.


Harga Tiket Masuk Taman Negara Johor Tanjung Piai

Tiket
Umur
Harga
Dewasa
18 tahun – 59 tahun
RM 5.30
Pelajar
7 tahun – 17 tahun
RM 3.20
Warga Emas
60 tahun keatas
RM 3.20
Kanak-kanak
6 tahun ke bawah
PERCUMA
Tiket Memancing
RM 5.30
*sila pamerkan kad pengenalan di kaunter tiket 

Waktu Operasi Taman Negara Tanjung Piai

Hari
Waktu Operasi
Isnin - Khamis
9 pagi – 5 petang (last entry jam 4.30 petang)
Jumaat  - Ahad
Cuti Sekolah / Cuti Umum
8.30 pagi – 6 petang (last entry jam 5.30 petang)


Jumaat
Ditutup sementara untuk Solat Jumaat
12.30 tenghari - 2.3 petang
(last entry jam 12 tengahari)
Sebagai tanda kenangan dan bukti anda telah sampai ke sini, elok sangat beli poskad atau sijil penghargaan yang turut dijual. Boleh jadikan prove kepada anak cucu. Balik rumah boleh frame besar-besar kat wall ruang tamu.


Jangan tak tahu, para pengunjung boleh terus hantar poskad melalui peti surat Pos Malaysia yang merupakan pos surat paling hujung benua ni. Nak kirim pada diri sendiri pun tiada masalah. Bagi pembaca BBL tak belum sampai ke sini, apa kata luangkan sedikit masa untuk menokai keistimewaan Taman Negara Johor Tanjung Piai. 

Perbadanan Taman Negara Johor
Alamat   : Mukim Serkat, 82030 Pontian
Tel           : 07-6969 712/ 6969 796
Faks        : 07-6969 786 / 07-6961 029
Website : www.johorparks.com.my

You Might Also Like

0 Budak Suka Minum Bandung Laici