Seronok Bercuti Di Sand & Sandals Resort & Spa Desaru Johor

1:01 AM

Tak sangka pantai negeri Johor cantik sekali, tambah lagi kawasan Desaru. Kali ini BBL bercuti di Sand & Sandal Resort & Spa Desaru yang masih baru beroperasi tidak sampai dua tahun. Resort menawarkan suasana damai berpaksi panorama pantai Laut China Selatan serta dikelilingi hutan tropika. Terasa menjejak kaki ke syurga dunia saat melangkah masuk ke kawasan resort dengan persekitaran cukup indah. Terutama saat matahari terbit di ufuk langit.


Lokasi Sand & Sandals Resort & Spa Desaru terletak di tengah daerah Desaru dan uniknya ia mempunyai pantai pasir putih sepanjang 22km. Tambah lagi seluas mata memandang dari bakoloni bilik. Boleh nampak kapal dagang berlayar ditengah laut. Wallah memang sesuai untuk korang nak berbulan madu atau berehat bersama family.

Bilik Berkonsep Urban Tropika

Bercakap pasal bilik hotel, Sand & Sandals Resort & Spa Desaru menawarkan 208 bilik dan suite yang baru diubahsuai Malah setiap suite serta bilik mendapat sentuhan moden untuk memberi ketenangan sepanjang anda berada di sini. Even BBL sendiri tak boleh move on dekorasi suite. Rasa nak stay dalam bilik je.

Ada sembilan jenis bilik penginapan yang cukup sesuai bagi setiap tetamu seperti
-          Superior Room
-          Superior Room with Private Garden
-          Deluxe Room
-          Deluxe Room with Private Garden
-          Couple Deluxe Room
-          Couple Deluxe Room with Private Garden
-          Couple Deluxe Room with Private Pool
-          Couple Suite (Dua tingkat)
-          Family Suite (Dua tingkat)


Untuk anda datang dengan anak kecil, sesuai sangat pilih Family Suite sebabnya dua tingkat untuk ibu ayah bahagian atas dan anak-anak di tingkat bawah. Malah bilik mandi juga berasingan demi keselesaan anda. Wallaper ceria tingkat bawah memberi mood pirate of sea.

 - Family Suite - 

BBL stay di Premium Deluxe Room with Private Garden lengkap bathtub luar dan ada buaian lagi. Dari bilik boleh terus ke swimming pool melalui garden tu. Well kalu korang nak tahu, Sand and Sandals Resort & Beach ni telah menerima anugerah World Luxuy Resort 2017 pada Disember lepas. Ha bukan calang-calang resort berjaya dapat pencapaian ni. 


Berhibur Sambil Berehat

Pihak hotel juga menyediakan kemudahan aktivti untuk korang cuba. Antaranya
-          Berenang dalam Tropical Pool
-          Kolam kanak-kanak dengan peluncur
-          Gym ditengah-tengah Tropical Pool
-          Jacuzzi (sebumbung dengan The Sunken Bar)
-          Game Room – ini memang best giler
-          Kids playroom
-          Sea sport centre menawarkan kanu, jet ski, banana boat dan viper
-          Outdoor adventures seperti merentas denai dengan ATV, paintball (target shooting)
-        Manjakan diri di Sense Spa (indoor atau outdoor spa) – BBL sempat try massage kaki sambil dengar bunyi ombak untuk outdoor spa. High recomanded!

Tropical pool & tengah tu ada gym

Nah BBL kongsi sikit bestnya dapat massage kaki di Senses Spa. Tambah lagi urut kaki kat outdoor spa mengadap laut. Sambil baring tu dengar alunan ombak laut, tahu-tahu dah cukup 60 minit. Hilang lenguh badan jelajah selatan Johor bersama Borakkkita.com. Actually spa ni berkonsep urutan tradisional Bali, Indonesia. Pintu masuk utama spa pun dibawa khas dari sana dan usia pintu ni lebih 150 tahun. Cantik ukiran tangan masyarakat Bali ni, jangan lupa snap gambar sebelum pergi massage ye. 


Sebelah petang tu, BBL cuba aktivti target shooting pintball & ATV. Baru plan nak bersuka ria naik banana boat tapi keadaan laut bergelora. So tak berapa elok nanti terpelanting time riding. Hahaha


Jamu Selera Tujuh Jenis Restoren
Dah puas seronok main game, massage badan atau berenang dalam kolam. Apa kata isi perut anda dengan tujuh pilihan sajian makanan termasuk chines, japanes, western, tempatan atau Thai. Nak senang BBL list menu signature mungkin boleh korang cuba setiap restoren.

Restoren /Café
Cuisine
Signatures
Fortune Kitchen
Chinese
Dim Sum & Herbal Soup dihidang dalam Teapot
Shiokaze Teppan
Japanese
Bento
Spices & Herbs
Pelbagai
(Western, Malay, Indian)
Crispy Chicken Chop & Thali
The Café
Café
Cake & Coffee
Beach Hut Bistro
Western Delight
Gaint Pizza
Snuk Thai Street BBQ
Sajian Thai
Thai Combo Set
BBL nak #cadangmakan di Snuk Thai Street BBQ. Thai food lovers confirm suka restoren ni yang terletak sebelah bangunan utama resort. 


Jadi hujung minggu ni boleh dah planning weekend gateway ke Sand & Sandals Resort & Spa Desaru Johor bersama anak-anak atau rakan anda.

Alamat : Sand & Sandals Resort & Spa Desaru Johor
Lot 2263, jalan desaru, 81930 bandar penawar, johor
No telefon : 07-822 2222 / 07-822 2223
Facebook : sandandsandals
Instagram : @sandandsandals

You Might Also Like

3 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. seronoknyaaa dapat stay sana. ni x cukup sehari ni kalo betul2 nak enjoy resort ni.. kena pecahkan tabung ayam hehe..

    ReplyDelete
  2. Selesanya bilik. Nak cuba duduk la kat sini.

    ReplyDelete
  3. aik dekat dah dgn rumah ni tapi pernah plak taw pasal hotel ni.. hahahhaha

    ReplyDelete