Makan Buahan Tempatan & 10 Aktiviti Best Boleh Buat Di Melaka Tropical Fruit Farm Sg Udang Melaka

12:53 AM


Selain tarikan sejarah Melaka, ada tempat unik boleh terokai di sini. Kepada anda yang mahu lari dari kesesakkan pusat bandar, nampaknya kereta korang harus menuju Melaka Tropical Fruit Farm (MTFF) yang ada tawar pengalaman unik kepada pengunjung. MTFF terletak di Sg Udang ye, 20 minit memandu dari bandar Melaka.

peta kawasan MTFF

Kawasan agro-pelancongan berkeluasan 173 ekar ini mempunyai fasiliti menarik terutama pengunjung luar Melaka. Tidak terhad kepada lawatan sambil belajar, MTFF ada sediakan bermacam aktiviti kepada family, kanak-kanak termasuk para pelajar. Malah hampir semua tarikan boleh dilakukan oleh anda antaranya:

1. Makan buah tempatan dalam dusun
Ingin makan buahan seperti durian, duku, rambai, rambutan, ciku dipetik segar dari pokok? Inilah tempat harus anda datang terutama musim buah-buahan. MTFF ada pakej menarik -

Pakej tiket masuk bersama buahan
RM60 per pax (unlimited buahan + durian)
RM40 per pax (unlimited buahan tanpa durian)

crying bestnya!

2. Bagi haiwan ternakan makan
Mempunyai mini zoo nampaknya pelawat berpeluang memberi makan ternakan burung unta, rusa, lembu, arnab, burung puyuh. Rasanya kanak-kanak teruja dengan aktivti ini. Rata-rata mamalia disini mesra, comel dan jinak dengan manusia.


3.  Jungle tracking
Cabar diri anda berjalan melalui denai hutan lebih 30 kilometer merentasi kawasan MTFF berbukit, anak sungai serta lihat sendiri tumbuhan hutan seperti pokok periuk kera, pokok mengkuang dan pelajari tips surviving dalam hutan. Mana tahu berguna nanti kan.


4. Water rafting
Pengalaman baru bermain water rafting diperbuat dari buluh dan belajar water confident sangat teruja bagi BBL. Setidaknya boleh tambah keyakinan menyelamatkan diri tika kecemasan dalam air.


5.  Flying fox
Rasanya ini kali ke dua BBL bermain flying fox. Kepada anda yang gayat atau tidak penah mencuba flying fox, elok sangat cabar diri ‘terbang’ merentas tasik MTFF


6.  Bermain sukan tradisional
Well sukan tradisional futsal air mesti korang cuba. Bezanya futsal ini bermain dalam bendang sawah. Tahan gelak jelah korang berusaha membuat gol. Malah cuba juga permainan bola api iaitu bola kepala berapi. Nampak macam scary sebenarnya anda perlu yakin kepada diri sendiri. Then have fun jelah okay!

fuh seronok sakan main bola dalam bendang

bola kepala siap ada api..menarik

Tidak setakat itu, lokasi ini memang popular sebagai tempat family day, team building, camping kalangan masyarakat tempatan, sekolah, institusi pendidikan dan koprat. Mungkin anda boleh propose company buat team building kat sini. Nice okay.


Berminat mahu datang ke sini boleh rujuk laman tertera berikut

Alamat
Melaka Tropical Fruit Farm Sdn Bhd
d/a Pusat Latihan Pertanian Sungai Udang, 
76300 Melaka, Malaysia
No telefon
06-351 6916
Tiket masuk MTFF
Dewasa RM 7
Kanak-kanak RM 5

Waktu operasi
setiap hari bermula jam 9 pagi -  5 petang


You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Sangat menarik! LeYa dan Otomen yang kampung di Melaka pun belum singgah ke sini lagi. Okay...boleh lah nanti jadi lokasi family fun day kat sini

    ReplyDelete