Lunch Menu Kampung Di Johoriau Seafood Restoren, Pontian Johor

8:41 PM



Orang Johor kata datang negeri Harimau Selatan ni belum sah kalu tak merasa masakan belangkas. Kebetulan along the way balik dari Tanjung Piai - penghujung tanah besar benua Asia, kami singgah makan tengahari di Johoriau Seafood Restoren.

Menawarkan sajian tradisional negeri Johor, inilah lokasi harus anda kunjungi untuk menikmati masakan asli penduduk disini. Dibuka bermula jam 12 tengahari hingga 11 malam serta lokasi strategik laluan ke Tanjung Piai membuatkan ramai pengunjung terasa terpanggil untuk singgah. 


Hidangan menu tempatan segar dari laut memang sedap. Tambah lagi makan bersama nasi putih panas-panas. Kombinasi ulam kampung dan sambal belacan ternyata membuka selera team Borakkita.com dalam edisi #TravelogueJohor. Malah semua masakan ini dimasak sendiri oleh pemilik Johoriau Seafood Restoren. Wallah perfector!. Antara menu mesti korang cuba ialah...eh jangan terliur sudah

  Lokan masak kunyit

  Siput Sedut

 Belangkas lemak cili padi - seekor RM20

 Ikan Asam Pedas 
 
 signature Sup Riau


Uniknya otak-otak Johoriau Seafood Restoren sama seperti BBL mahukan iaitu isi ikan tengiri. Jarang sekarang boleh jumpa otak-otak berisi isi ikan dan dibalut sempurna dalam daun kelapa. Rasa pedas manis gitu. Terubat rindu nak makan otak-otak ala air tangan mak sendiri. Tak sangka boleh jumpa kat sini. Nak tapau otak-otak balik bakar sendiri pun boleh sebab ia tersedia secara frozen. Kot lah nak berkelah tepi pantai atau air terjun boleh bakar otak-otak ni. 


Ha ini bukan rambutan tau tetapi buah pulasan. Cara nak buka mesti kena pulas bukan gigit kulit tu. Amboi pahit amat kalu gigit kulit tu, BBL sendiri terus gigit. Mak ai sampai petang rasa pahit lidah. Isinya pun just like rambutan cuma lebih padat dan manis. 

sedap kunyah buah lepas kenyang makan nasi 


Kepada penggemar masakan kampung dan seafood, singgah-singgah ke Johoriau Seafood Restoren, Pontian Johor. Mereka sedia menerima kunjungan anda bersama family untuk sebarang keraian seperti majlis hari lahir, makan besar atau jamuan rombongan. 

Alamat : T 16 Kg Parit Maiden 82030 Serkat Pontian, Johor
No Telefon : Natasha -  01136961070 / Bella - 012 6737631
Facebook : facebook.com/Johoriau 

You Might Also Like

1 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Belangkas dan lokan memang sedap... Kalau nak lagi, jom travel ke kampung otomen.. Belakang rumah ade paya bakau.. Dan selalu cari dan buat bakar-bakar.. Hehe... Apa pun cantik dan meriah makanan di situ

    ReplyDelete