11 Tempat Makan Best Area Perlis

10:04 AM

Bercuti tanpa try makanan tempatan rasanya tak complete itenary. Sepanjang travel negeri Perlis tempoh hari banyak tempat makan menarik sempat saya discover dan cuba dari makanan signature masyarakat hingga hidangan hipster. Malah ada lokasi tempat makan memang cukup rate dan unik. Standby everyone, jom start makan!


Sarapan pagi 

1. Nat Pokok Getah
Beroperasi sebagai pasar bagi penduduk sekitar mendapatkan barang dapur basah atau kering, NAT pokok getah juga menjadi lubuk bagi anda menikmati aneka juadah tradisional Perlis. Mostly harga makanan murah, sedap dan dalam kuantiti yang banyak. Contohnya Emping atau Ringgi, jagung rebus digaul kelapa parut, laksa perlis, kueh karas perlis, jeruk maman dan pulut harum manis. Malah masakan peniaga pasar NAT sedap-sedap belaka.


2. Warung Tepi Sawah
Tiada hari lebih indah dapat breakfast berlatar belakang sawah padi dan bukit seolah-olah sebuah lukisan. Wait..ini bukan ilusi tapi real. Menu breakfast capati, peknga ikan sekor, pulut ikan kering dan roti canai awek tebar mesti cuba. Harga pun memang mesra dompet. Wallah!


FB : Facebook.com/Warung-Tepi-Sawah 
Waktu operasi : 7 pagi - 12 tengahari

Makan tengahari

3. Samudera Coffee & House Hotel Putra Brasmana Kuala Perlis
Sangat dekat dengan jeti feri Kuala Perlis, apa kata datang singgah makan tengahari harga cukup murah RM 15 untuk 2 orang. Memang mur mur betul makanan sini. 


Nasi putih, kari ikan, ikan goreng, ulaman & sambal, buah tembikai dan air sirap

Makan petang

4. The Houze Cafe Perlis
Paling famous dengan Bingsu Korea, choco die, boat noodle, mojito, tortila wrap dan bermacam lagi menu di cafe hipster The Houze. Sesuai sangat time tengah panas pekena bingsu bersama laksa tom yam. Boleh tahan banyak portion bingsu sampai terpaksa kongsi dua orang. 


FB : Facebook.com/TheHouzeCafe
Waktu operasi : 12 tengahari - 7.30 petang

5. Waffle Bar
Makan waffle dengan peanut butter, chocklate atau madu dah mainstain sangat. Inilah pilihan sandwich waffle yang mesti anda cuba diapit bersama ayam goreng, kepingan steak, tuna dan egg mayo. Cafe ni terletak sebelah pintu masuk utama The Store Perlis. Kenyang jangan cakap la. Cukup berbaloi..this the best waffle in town. 5 bintang BBL kasi 


FB : Facebook.com/WafflesBarOfficial

6. Big Tas'tea Arau 
Ini cafe paling popular di negeri Perlis. Satu sebab variasi menu seperti restoren makanan segera dan paling penting ada servis drive-thru. Sesuai untuk orang malas macam BBL. Teringin nak try makanan Big Tast'tea tapi malas nak keluar dari kereta. Tas-t pizza seperti supreme seafood, meat & chicken mania, meatball pizza harus anda rasa. Seleksi ayaq blend, coffee & tea, coklat dan horlick blend ganjaran baik hilangkan haus. Tapau  sekali aiskrim Dark Choc, Hawaii, Oreo Crunch dan Vanilla Caramel sebelum pulang.


FB : Facebook.com/bigtasteaarau
Waktu operasi : Setiap hari bermula jam 11.40 pagi - 10.00 malam

Makan malam

7. Pelo Kicthen
Menyajikan masakan persis home-made air tangan cheff sendiri rasanya ini kepuasan sebenar dapat menikmati hampir ke semua menu yang di sediakan terus dari dapur dengan bahan-bahan segar dibeli setiap hari. Chef sendiri sangat berbakat mengubah menu mengikut selera tekak Malaysia. Ada pelbagai makanan dari sajian tempatan, cina, baba nyonya, western dan Thai boleh anda cuba. Portion cukup besar dan kenyang..


Pelo Kicthen Yibin - Asian & Western Cuisini
315,Tingkat Bawah ,Jalan Kangar-Alor Setar, 
Taman Pengkalan Asam, 01000 Kangar Perlis
Waktu operasi : Setiap hari jam 12 tengahari ke 10 malam

8. Bossku House
Walaupun baru beroperasi dua bulan lepas namun hampir setiap malam terutama hujung minggu sentiasa penuh dengan pelanggan. Lokasinya sebelah Persiaran Jubli Emas dan dekorasi lampu menjadikan ia menarik perhatian pengguna jalan untuk datang singgah. Anda boleh menikmati sajian tempatan, asian, western dan italian food di sini. 


breakfast - Nasi Lemak Pak Mid, Wantan Soup, Mee Too Yu, Bossku English Beakfast 
lunch - Lauk pauk ala kampung Masak Lemak Siput Retak Seribu, Gulai Ikan Seludu, Ayam Masak Rose, Pajeri Nenas Terung, Air Asam Perut, Kerabu
dinner - chicken chop, cheesy chicken, burger, sandwich, pasta, nasi ayam hainan, ketupat + rendang, char kuey teaw & sizzling n hotplate

FB : facebook.com/bosskuhousekangar  
Waktu operasi : 7 pagi - 12 tengahmalam

9. Maulana Caffe

Harga makanan tradisional rakyat bermula dari RM1.90/semangkuk SANGAT MURAH. Jika korang individu tak boleh makan banyak tapi nak makan bermacam-macam, inilah tempat sesuai untuk anda. Ada lebih 20 jenis sajian boleh cuba (list menu). Yang best dekorasi outdoor top roof persis sarang burung terasa berada atas pokok. Cubalah datang sini.


Alamat : Maulana Cafe, 460, Jalan Baru Kampung Sri Medan Utan Aji, Kangar Perlis
Waktu operasi : Isnin - Sabtu bermula 4 petang - 12 tengahmalam

10. Al-Die York Burger

Tak sangka kat Perlis boleh pulak craving nak makan burger. Well BBL boleh suggest korang pula cuba burger by Al-Die York kat Dataran 350. Tengok menu dah terkelu nak pilih mana satu antaranya Nacho Burger, Doubel Cheese Burger, Melted Burger, Nastry Tripple X dan banyak lagi. Daging burger dibuat sendiri oleh owner terasa padat dengan isi serta juicy. Nasihat saya, sila makan sampai habis. Ada brand?


Al-Die York Burger
Lokasi : Dataran Tok Shiek (Dataran 350)
Waktu operasi : 3.30 petang - 12 tengahmalam
FB : Facebook.com/Roti-John-KingKong-131044294329544 

11. Samudera Bistro
Nasi Ayam Brasmana, Mee Ketam (ketam sekor), Cucur Udang dan air smoothie menu perlu anda cuba sendiri. Datang ke Kuala Perlis boleh datang singgah menjamu selera selepas tengok sunset persisir Kuala Perlis.


Hotel Putra Brasmana, Kuala Perlis
Waktu operasi : Setiap hari bermula jam 7.00 malam

Ha boleh lah singgah makan kat tempat BBL list atas tu. Alang-alang nak ke Perlis boleh baca sekali entri 9 tempat menarik mesti pergi di Perlis. Selamat bercuti okay!

You Might Also Like

2 Budak Suka Minum Bandung Laici

  1. Warung Tepi Sawah tu paling menarik... nak gi

    ReplyDelete
  2. sedapnya semua makanan kat perlis, teringin nak pergi warung tepi sawah tu

    ReplyDelete