Happy Birthday To Me : 21 Tahun Hidup Di Bumi
1:08 PMAssalamualaikum & salam Ramadhan buat semua pembaca BBL. Terima kasih sudi singgah teratak blog BBL yang makin lesu ni. BBL bukan suka sangat perkataan "sibuk" tapi bila waktu itu telah menyebadkan kita sibuk, tiada cara yang lain selain berhadapan dengan kesibukan itu. Tak normal hidup kalu tanpa masalah kan?
Entri ini dikeluarkan pada 4.08 pagi, 10 0gos 2011. BBL dilahirkan pada tanggal 10 0gos 1990, lebih kurang jam 4.30 pagi. Alhamdulilah sudah genap 21 tahun BBL menghirup udara di bumi ni. Sungguh cepat masa berlalu meninggalkan BBL.
Sepanjang 20 ke 21 tahun ini, memang banyak dugaan BBL lalui..
DIRI..
Berat masih lagi sama kot..antara 50kg-53kg. Diet yang bagus cuma mungkin ketinggian dah berubah sedikit selepas mengamalkan Calcium. Hehehe
Mungkin BBL dah gelap kena sunburn hari-hari kan. Adoi malu pulak nak beraya nanti.
CINTA & KASIH SAYANG..
Bercakap tentang cinta & pasangan, ini paling berat nak tulis. Sebenarnya mungkin lebih baik BBL simpan sahaja. Bukan nak bermegah dengan apa yang BBL miliki atau apa yang BBL alami dengan si dia sebelum ini. Mungkin BBL sendiri bukan seorang yang suka bercerita tentang pasangan BBL kepada orang lain. Cukup jika BBL mengaku gembira dengan kehidupan sekarang ini.
KELUARGA..
Setakat ini belum ada penambahan ahli baru. Cukup dengan adik beradik BBL sekarang ini sebab dah pening nak layan adik-adik makin membesar.
Itu sebahagian pembelajaran BBL nak jaga anak sendiri nanti.
Anak sendiri?? NO..NO...
KERJAYA SAMPINGAN..
Alhamdulilah blog BBL ini masih "bayi" lagi. Jadi banyak subjek & sukatan pelajaran blog BBL kena khatam. Hehehe Ini semua berkat sokongan kawan-kawan & pembaca BBL yang tidak putus-putus singah ke BBL ini. Terima kasih untuk semua.
HADIAH...
Masih mencari hadiah untuk diri sendiri.
Ini hadiah yang terawal BBL terima dari salah seorang junior BBL.
Itu sahaja dari BBL nak update. Selamat hari jadi untuk diri sendiri, jangan nakal-nakal & sentiasalah jadi comel. Semoga menjadi anak yang baik, seorang abang, seorang sahabat, seorang kekasih, seorang pelajar, seorang blogger yang berguna untuk semua & serba sedikit boleh mengembirakan hari orang di sekeliling. BBL berdoa agar dipanjangkan umur & dibuka pintu rezeki oleh Allah S.W.T. Amin...
Birthday tahun di sambut sama dengan tahun lepas sebab tahun lepas pun jatuh pada bulan Ramadhan yang mulia. Amin.. Untuk tahun ni, BBL hanya menyambut bersama dengan sahabat terdekat walaupun sedih dibandingkan tahun lepas.
Terima kasih juga buat semua pembaca BBL. Kalu nak wish birthday kat BBL,
sila tinggalkan di bahagian komen ye.. Thanks...
---- SELAMAT HARI LAHIR MAROU APPLE HIJAU ----
BBL ~ terima kasih mak & ayah
[^.^]
seronok baca? apa kata share dengan kawan-kawan...
1 Budak Suka Minum Bandung Laici
hepi besday kamoo...may GOD bless u n give the best moment in your life ^-^
ReplyDelete